21/08/2026
P
AMERAN INTERAKTIF AADK DI SMK Bukit Sentosa 2
Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 | 18 Ogos 2026
Pada 18 Ogos 2026, AADK Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Pameran Interaktif AADK di SMK Bukit Sentosa 2.
Pameran ini merupakan salah satu usaha AADK dalam menyampaikan informasi dan kesedaran berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah kepada para peserta. Pendekatan interaktif yang digunakan memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan pengetahuan secara lebih dekat, santai dan menarik.
Melalui program sebegini, AADK terus memperkukuhkan usaha pendidikan pencegahan dan kesedaran awam bagi membentuk generasi yang lebih berilmu, berdaya tahan serta mampu membuat pilihan yang positif dalam kehidupan.
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjauhi dadah serta memilih gaya hidup yang sihat.