Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak IKBN Peretak Professional Terunggul

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu....
21/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21

Warga IKBN Peretak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak mulia dan sunnah Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda sebagai teladan dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan lagi rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta membentuk insan yang berakhlak mulia, penyayang dan berintegriti.

🤍 “Rasulullah SAW: Teladan Sepanjang Zaman” 🤍

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada warga IKBN Peretak.

MENCUNGKIL POTENSI BELIA: LAWATAN KERJAYA SMK PROTON CITY KE IKBN PERETAK CETUS INSPIRASI HALA TUJU TVETIKBN Peretak, 20...
21/08/2026

MENCUNGKIL POTENSI BELIA: LAWATAN KERJAYA SMK PROTON CITY KE IKBN PERETAK CETUS INSPIRASI HALA TUJU TVET

IKBN Peretak, 20 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City, Tanjong Malim, Perak.

Kunjungan ini merupakan inisiatif proaktif pihak sekolah untuk mendedahkan hala tuju kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selepas tamat persekolahan menengah.

Delegasi lawatan disambut mesra oleh Encik Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar yang menyampaikan ucapan aluan, diikuti taklimat ringkas oleh Cik Norsyahidatul Farah binti Nanyan, Ketua Cawangan Hubungan Industri

Sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan ke bengkel bagi memberikan pengalaman interaktif kepada pelajar terhadap kemahiran yang ditawarkan. Pelajar berpeluang menyaksikan suasana kelas di bengkel Jabatan Hospitaliti serta Jabatan Kosmetologi.

Selain itu, pendedahan turut diberikan di Jabatan Fesyen dan Pakaian menerusi Mari Mencuba Kraf Kreatif. Pendedahan ini diharapkan dapat menyemarakkan minat serta memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar mengenai potensi TVET.

Pengalaman menyaksikan kemahiran secara langsung ini penting dalam membina keyakinan diri pelajar. Diharapkan lawatan ini menjadi titik tolak kepada mereka dalam memilih hala tuju kerjaya yang menjamin masa depan gemilang dalam bidang kemahiran.



HARI TERAKHIR | MINI KARNIVAL SUKMA 2026 – HULU SELANGOR 🏆🎉Program Mini Karnival SUKMA 2026 Daerah Hulu Selangor melabuh...
20/08/2026

HARI TERAKHIR | MINI KARNIVAL SUKMA 2026 – HULU SELANGOR 🏆🎉

Program Mini Karnival SUKMA 2026 Daerah Hulu Selangor melabuhkan tirainya hari ini! 💙💛

IKBN Peretak berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan program ini sebagai pempamer, bersempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 bagi acara Bola Sepak Wanita.

Sepanjang program berlangsung hari ini, reruai IKBN Peretak menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpeluang mencuba aktiviti kraftangan, menghias beg calico serta mendapatkan informasi berkaitan latihan kemahiran TVET khususnya untuk golongan belia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa singgah ke reruai IKBN Peretak sepanjang Mini Karnival SUKMA 2026. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna buat kami! 🙌

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pasukan Bola Sepak Wanita Perak yang berjaya meraih tempat ketiga dalam saingan SUKMA 2026. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kesukanan ⚽🥉🎉

Semoga semangat terus berkobar, seiring dengan usaha memperkasa generasi muda melalui pendidikan, kemahiran dan pendidikan TVET. 🇲🇾💪

Terima kasih Hulu Selangor! Jumpa lagi di program akan datang! 💙💛

INISIATIF PROMOSI INSTITUSI TVET DI SMK TUANKU ABDUL RAHMANBatu Arang, 19 Ogos 2026 – Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK ...
20/08/2026

INISIATIF PROMOSI INSTITUSI TVET DI SMK TUANKU ABDUL RAHMAN

Batu Arang, 19 Ogos 2026 – Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tuanku Abdul Rahman telah menganjurkan Pameran Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Dewan Balau, hari ini. Program yang menyasarkan pelajar Tingkatan 3, 4, dan 5 ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai prospek kerjaya dalam bidang kemahiran serta membantu pelajar merancang hala tuju pendidikan yang tepat selepas menamatkan persekolahan.

Pameran ini dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai institusi TVET terkemuka termasuk IKBN Peretak, Kolej Komuniti Kelana Jaya, ADTEC Shah Alam, STDC, Unisel dan beberapa kolej swasta. Melalui perkongsian maklumat dan pameran hasil kerja pelajar seperti demonstrasi jahitan batik oleh IKBN Peretak, program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk mempertimbangkan bidang kemahiran, khususnya di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), sebagai pilihan utama dalam kerjaya masa depan mereka.





CERAMAH AGAMA BIL 27/2026 - PERINGATAN DARIPADA ALLAHIKBN Peretak, 17 Ogos 2026 (Isnin) - Surau Nursalam, Institut Kemah...
19/08/2026

CERAMAH AGAMA BIL 27/2026 - PERINGATAN DARIPADA ALLAH

IKBN Peretak, 17 Ogos 2026 (Isnin) - Surau Nursalam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Kuliah Maghrib yang bertajuk “Peringatan Daripada Allah” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan.

Kuliah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan setiap insan untuk sentiasa mengambil iktibar dan menghayati peringatan yang disampaikan oleh Allah SWT melalui al-Quran, hadis serta pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Ustaz Muhammad bin Hassan turut mengingatkan para pelajar agar sentiasa melakukan muhasabah diri, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan amalan kebaikan sebagai bekalan dalam menjalani kehidupan. Setiap peringatan yang diterima hendaklah dijadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menjauhi perkara yang boleh membawa kepada kelalaian dan kemaksiatan.

Program yang berlangsung di Surau Nursalam IKBN Peretak ini turut menjadi wadah dalam membentuk sahsiah dan kerohanian pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap tuntutan agama.

Semoga program kuliah Maghrib seperti ini dapat terus dilaksanakan secara berterusan sebagai salah satu usaha IKBN Peretak dalam melahirkan generasi belia yang bukan sahaja berkemahiran, malah mempunyai akhlak mulia, jati diri dan pegangan agama yang kukuh.





SOROTAN HARI KEEMPAT: MINI KARNIVAL SUKMA 2026Kuala Kubu Bharu, 17 Ogos 2026 - Pada hari keempat karnival, IKBN Peretak ...
19/08/2026

SOROTAN HARI KEEMPAT: MINI KARNIVAL SUKMA 2026

Kuala Kubu Bharu, 17 Ogos 2026 - Pada hari keempat karnival, IKBN Peretak terus aktif sebagai pempamer bagi acara Bola Sepak Wanita SUKMA 2026. Reruai IKBN Peretak menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat tentang peluang pendidikan TVET serta menyertai aktiviti interaktif seperti pameran produk roti dan demonstrasi Putter golf.

Program hari ini berakhir dengan penghargaan kepada para pengunjung, sementara orang ramai dijemput hadir menyaksikan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada 19 Ogos 2026 di Stadium Kuala Kubu Bharu.

TAHNIAH! PINGAT EMAS & TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN IDEA’26Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Dara Couture, IKBN...
19/08/2026

TAHNIAH! PINGAT EMAS & TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN IDEA’26

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Dara Couture, IKBN Peretak atas kejayaan membanggakan meraih Pingat Emas dan Johan (Tempat Pertama) dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities – IDEA) 2026 Zon Timur.

🏅 Bidang: Teknologi Rekabentuk Fabrik
📅 16 & 17 Ogos 2026
📍 Temerloh, Pahang
🎯 Inovasi: MultiStitch Climber Luggage

Kejayaan ini dipacu oleh komitmen dan kreativiti pasukan yang dibimbing oleh Puan Syahmun binti Mohd Zin selaku penyelia, bersama tiga orang pelajar:
👩🎓 Saudari Siti Alya Binti Yusof
👩🎓 Saudari Siti Maisarah Binti Hassan
👩🎓 Saudari Nurul Ain Nadia Binti Zakaria

Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi, kreativiti dan kemahiran TVET mampu menghasilkan idea yang bernilai serta berdaya saing. Tahniah kepada seluruh pasukan atas usaha, dedikasi dan semangat juang yang ditunjukkan! 👏🔥

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga IKBN Peretak untuk terus mencipta, berinovasi dan mengharumkan nama institusi di peringkat yang lebih tinggi.

🔥 247 PELATIH PLKN 3.0 SIRI 3/2026 SERBU IKBN PERETAK, TEROKA DUNIA TVET!18 Ogos 2026 | IKBN Peretak – Institut Kemahira...
18/08/2026

🔥 247 PELATIH PLKN 3.0 SIRI 3/2026 SERBU IKBN PERETAK, TEROKA DUNIA TVET!

18 Ogos 2026 | IKBN Peretak – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menjadi destinasi eksplorasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi 247 pelatih wanita bersama 31 jurulatih daripada Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 515, Kuala Lumpur menerusi Program PLKN 3.0 Siri 3/2026 Modul Eksplorasi Pendidikan TVET.

Turut hadir Yang Berusaha Mejar Mohd Solehin bin Ahmad, Komandan Kem Latihan Khidmat Negara Cawangan Rejimen 515 Askar Wataniah, Mejar Tun Mohd Barikh bin Tun Mohd Fadzil serta Yang Berusaha Kapten Vikganeswary A/P Arumugam, Timbalan Komandan Kem Latihan Khidmat Negara Cawangan Rejimen 515 Askar Wataniah.

Program ini merupakan kali kedua IKBN Peretak telah diberikan kepercayaan sebagai lokasi pelaksanaan Modul Eksplorasi Pendidikan TVET bagi pelatih PLKN, sekali gus memperlihatkan komitmen Institut dalam memperkenalkan dunia TVET kepada generasi muda melalui pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan menyeronokkan.

Menerusi aktiviti “Mari Mencuba”, para pelatih bukan sahaja didedahkan kepada bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan di IKBN Peretak, malah berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran secara hands-on melalui aktiviti praktikal yang disediakan oleh tiga (3) jabatan utama institut.

Jabatan Teknologi Fesyen & Pakaian telah membawa para pelatih meneroka kreativiti melalui aktiviti Folded Fabric Appliqué dan Doodle Bag, yang memberi peluang kepada peserta menghasilkan sentuhan reka bentuk kreatif menggunakan kemahiran asas fesyen dan pakaian. Jabatan Teknologi Hospitaliti p**a menyediakan pengalaman yang pastinya mencuit selera menerusi aktiviti Deco Cupcake, Chocolate Muffin, Non Aerated Beverage dan Chicken Spaghetti Aglio Olio. Para pelatih berpeluang mengenali asas penyediaan makanan dan minuman sambil merasai sendiri suasana pembelajaran dalam bidang hospitaliti. Manakala Jabatan Teknologi Kosmetologi memperkenalkan Asas Penjagaan Kuku, memberikan pendedahan kepada para pelatih tentang kemahiran asas penjagaan dan kekemasan diri dalam bidang kosmetologi.

Semoga program seperti ini dapat membuka perspektif baharu dalam kalangan para pelatih PLKN bahawa TVET bukan sekadar pembelajaran berasaskan kemahiran, tetapi merupakan laluan pendidikan yang dinamik, kreatif dan mempunyai prospek kerjaya yang luas. Bukan sekadar melihat dan mendengar, Modul Eksplorasi Pendidikan TVET ini memberikan peluang kepada para pelatih untuk mencuba sendiri, merasai pengalaman dan mengenali potensi diri dalam pelbagai bidang kemahiran.

IKBN Peretak komited untuk terus menjadi platform dalam memperkenalkan dunia TVET kepada generasi muda serta menyokong aspirasi negara dalam melahirkan generasi yang berkemahiran, kreatif, kompeten dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan masa hadapan.





🥇 PINGAT EMAS DAN TEMPAT PERTAMA MILIK MULTISTITCH CLIMBER LUGGAGE DARIPADA IKBN PERETAK! 🏆✨TEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Alh...
17/08/2026

🥇 PINGAT EMAS DAN TEMPAT PERTAMA MILIK MULTISTITCH CLIMBER LUGGAGE DARIPADA IKBN PERETAK! 🏆✨

TEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Alhamdulillah, pasukan inovasi Dara Couture dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Pingat Emas (Gold) dan Tempat Pertama dalam pertandingan Innovation Development Through Educational Activities Tahun 2026 (iDEA’26) yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

Kejayaan ini diraih menerusi inovasi “Multistitch Climber Luggage” dalam kategori Rekaan Masa Hadapan, yang mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk berkonsepkan reka bentuk masa hadapan.

Pasukan Dara Couture dibimbing oleh Puan Syahmun binti Mohd Zin selaku penyelia, bersama tiga orang pelajar iaitu Siti Alya Bini binti Yusof, Siti Maisarah binti Hassan dan Nurul Ain Nadia binti Zakaria.

Pertandingan iDEA’26 merupakan platform yang memberi peluang kepada peserta untuk mempersembahkan hasil inovasi di peringkat akhir serta melalui sesi penilaian oleh panel juri. Pertandingan berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2026, dengan sesi penilaian projek pada hari pertama, diikuti pameran projek iDEA’26 dan Majlis Perasmian Penutupan Jelajah TVET ILKBS Zon Timur serta Penyampaian Hadiah Pertandingan iDEA’26 pada 17 Ogos 2026.
Pencapaian Pingat Emas dan Tempat Pertama ini membuktikan komitmen, kreativiti, kemahiran teknikal dan kesungguhan pasukan DARA COUTURE dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti serta berdaya saing. Kejayaan ini juga mencerminkan keupayaan pelajar TVET IKBN Peretak dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan produk inovatif yang berpotensi untuk dikembangkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Syahmun binti Mohd Zin serta barisan pelajar DARA COUTURE atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta inovasi yang kreatif, berimpak dan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.

IKBN PERETAK — INOVASI, KREATIVITI DAN KECEMERLANGAN TVET! 🏆✨

TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul





PROGRAM CITRA IBADAH: MENYEMAI CINTA SOLAT DAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR IKBN PERETAKIKBN Peretak, 16 Ogos 2026 – ...
16/08/2026

PROGRAM CITRA IBADAH: MENYEMAI CINTA SOLAT DAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR IKBN PERETAK

IKBN Peretak, 16 Ogos 2026 – Program Citra Ibadah: Cintai Solat & Al-Quran telah berlangsung selama tiga hari, dari 14 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak. Program ini dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dengan kerjasama Pusat Ulul Albab, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bertemakan “Membina Muslim Berilmu, Beribadah dan Berintegriti.”

Program yang melibatkan seramai 115 orang peserta terdiri daripada pelajar Semester 1 ini dilaksanakan menerusi tujuh slot utama yang merangkumi aktiviti berbentuk ceramah, latihan dalam kump**an (LDK) serta aktiviti riadah. Pelbagai pengisian tersebut dirangka bagi membantu peserta memahami, menghayati dan mengamalkan ibadah dengan betul, di samping memperbaiki bacaan dalam solat dan Al-Quran. Aktiviti riadah turut memberi penekanan kepada pembentukan Muslim Qawiy, iaitu Muslim yang kuat dari aspek fizikal, mental, rohani dan sahsiah.

Antara objektif utama program adalah untuk memperdalam ilmu tentang ibadah secara benar dan seimbang, melahirkan komuniti Muslim TVET yang positif serta memberi manfaat kepada masyarakat, selain membantu peserta memperbaiki bacaan Al-Quran agar bacaan yang digunakan dalam solat lebih tepat dan betul.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKBN Peretak dan turut dihadiri oleh Dr. Samsuddin bin Abd Hamid, Penyelaras Pusat Ulul Albab, UPSI. Sebagai penghargaan atas penglibatan, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program, para peserta turut menerima hadiah.

Setinggi-tinggi penghargaan, tahniah serta terima kasih diucapkan kepada Unit Bina Insan, IKBN Peretak dan Pusat Ulul Albab UPSI atas segala komitmen, kerjasama dan usaha dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dan berterusan pada masa akan datang.




Address

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
Kuala Kubu Bharu
44000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15

Telephone

+60360996000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Belia Negara Peretak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share