Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Kubu Bharu

Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Kubu Bharu CEPAT DAN MESRA Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu adalah merupakan Balai Bomba kategori C yang mempunyai satu ‘turn out’ atau keluaran jentera. Hj.

Jumlah anggotanya mengikut waran perjawatan Bil.S 17 2008 adalah seramai 42 orang iaitu 1 orang Gred KB29, 1 orang Gred KB 24, 3 orang Gred KB 22 dan 37 orang gred KB 17. Bagaimanapun buat masa sekarang hanya 26 orang sahaja dapat dipenuhkan. Balai ini wujud sejak tahun 1930 di atas tapak tanah seluas lebih kurang 0.5 ekar yang mengandungi sebuah 'engine bay' dan ruang pejabat. Terdapat sebuah rum

ah pegawai dan lima unit rumah anggota (rumah kembar dua dan rumah teres tiga pintu). Pada tahun 1995 salah sebuah rumah anggota dijadikan rumah Perkeba (rumah kembar dua) dan sebuah lagi dijadikan setor menyimpan barang barang yang tidak digunakan lagi (rumah teres tiga pintu). Pada tahun 1999 hanya sebuah sahaja rumah anggota yang telah diduduki manakala yang lain masih kosong. Pada tahun 2001 atas nasihat Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana, bangunan balai dan rumah pegawai tidak selamat untuk diduduki kerana terdapat banyak keretakkan di bahagian dinding bangunan dan juga terdapat mendapan di bahagian struktur bangunan tersebut. Oleh sebab itu, pejabat telah berpindah ke rumah anggota (rumah kembar dua) manakala Pegawai Penjaga (Tn. Kamis Bin Nahar) telah berpindah ke rumah sendiri di alamat Taman Bukit Bunga, Kuala Kubu Bharu. Sekali lagi pada tahun 2002 pejabat dan balai bomba telah berpindah ke bangunan kedai di No. 32 & 32 A, Jalan Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM 2,700.00 (dua ribu tujuh ratus sahaja) sebulan untuk selama tempoh tiga tahun mengikut dalam perjanjian. Sekarang ini pada tahun 2008, kadar sewa yang ditanggung adalah sebanyak RM 3, 267.00. Pada tahun 2006, Kuarters Pegawai dan Balai Bomba yang lama telah dibuat penyelenggaraan. Balai bomba yang lama telah diserahkan oleh Jabatan kepada pihak Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia untuk tujuan dijadikan Muzium Bomba kemudian pada tahun 2009 dirancang untuk dijadikan sebagai Balai Pasukan Bomba Sukarela Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu. Sehingga sekarang balai tersebut masih lagi kosong tanpa diduduki. Kuarters Pegawai dijadikan stor simpanan peralatan Jabatan yang lama. Rumah Perkeba p**a dijadikan satu rumah 2 pintu dan didiami oleh salah seorang anggota balai. Kuarters anggota (Rumah teres 3 pintu) tidak boleh didiami lagi kerana terlampau usang. Pada 12.03.2007, pembinaan Balai baru dijalankan di tapak balai bomba seluas 5 ekar berhampiran dengan taman Ampang Pecah. Pembinaan balai ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 12 juta dan siap dibina pada 24.08.2008. Pada 25.11.2009, balai ini telah secara rasminya dilancarkan oleh Y.S Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor pada masa itu iaituDato' Soiman Bin Jahid. Pada 22.04.2010, balai ini telah selamat dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Kawasan Jagaan Balai
Kawasan Daerah Hulu Selangor meliputi seluruh Daerah Hulu Selangor yang terletak di dalam Wilayah Lembah Bernam. Ianya di sempadani oleh Daerah Batang Padang di Negeri Perak di sebelah utara. Daerah Gombak di selatan. Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di sebelah barat dan Negeri Pahang di timur. Luas kawasan Daerah Hulu Selangor adalah kira-kira 174,047 hektar.Gunatanah utama kawasan Daerah Hulu Selangor adalah terdiri daripada hutan dan pertanian yang masing-masing meliputi 48 peratus dan 33 peratus daripada keseluruhan kawasan.

PROGRAM LAWATAN, LATIHAN FIRE DRILL & SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SK ANTARA GAPIBalai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu...
08/07/2026

PROGRAM LAWATAN, LATIHAN FIRE DRILL & SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SK ANTARA GAPI

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu berbesar hati menerima kunjungan warga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Antara Gapi bagi menjayakan Program Lawatan, Latihan Fire Drill serta Sambutan Hari Lahir.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai aspek keselamatan kebakaran, tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya kecemasan serta memperkenalkan peranan dan tanggungjawab anggota bomba dalam menjaga keselamatan masyarakat.

Sepanjang program, para peserta berpeluang menyaksikan demonstrasi operasi kebombaan, mengenali kelengkapan serta jentera bomba, menyertai latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) dan merasai pengalaman berinteraksi bersama anggota bomba dalam suasana yang ceria, selamat dan penuh bermakna.

Majlis turut diserikan dengan Sambutan Hari Lahir murid-murid PPKI sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang, sekali gus mencipta kenangan indah buat semua yang hadir.

Semoga program seumpama ini dapat terus memupuk kesedaran mengenai keselamatan kebakaran, meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan institusi pendidikan serta komuniti setempat.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga PPKI Sekolah Kebangsaan Antara Gapi atas kunjungan yang amat bermakna. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan pada masa hadapan.

Utamakan keselamatan dalam setiap tugasan kerana nyawa dan kesihatan adalah keutamaan. Ingat, amalan keselamatan hari in...
03/07/2026

Utamakan keselamatan dalam setiap tugasan kerana nyawa dan kesihatan adalah keutamaan. Ingat, amalan keselamatan hari ini adalah jaminan untuk p**ang dengan selamat kepada insan tersayang.

Pesanan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor





LAWATAN KEBAJIKAN KETUA BALAIAtas rasa tanggungjawab, keprihatinan dan semangat kekeluargaan yang sentiasa menjadi tunja...
29/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA BALAI

Atas rasa tanggungjawab, keprihatinan dan semangat kekeluargaan yang sentiasa menjadi tunjang dalam warga Jabatan, PPgB Azliza bersama PB Norbaizura dan PB Nasiruddin telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Selayang bagi menziarahi anggota serta pelajar Kadet Bomba yang sedang menerima rawatan.

Lawatan dimulakan dengan menziarahi Penyelia Pasukan C yang sedang menerima rawatan akibat penyakit apendisitis (appendik). Kehadiran rombongan adalah sebagai tanda sokongan moral dan kebersamaan agar beliau terus tabah menghadapi ujian serta diberikan kesembuhan yang segera. Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mendoakan agar beliau kembali pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan tugas seperti sediakala.

Rombongan seterusnya menziarahi pelajar Kadet Bomba, Adik Nurin Eryna Sofea, yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat serangan sawan yang berulang sehingga memerlukan beliau ditidurkan selama seminggu bagi tujuan rawatan dan pemantauan rapi. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan usaha gigih pasukan perubatan, beliau kini telah sedar serta dipindahkan ke wad biasa untuk meneruskan proses pemulihan.

Semoga kehadiran rombongan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan, semangat dan harapan kepada kedua-dua mereka serta ahli keluarga yang sentiasa setia menemani sepanjang tempoh rawatan.

Sesungguhnya, nilai keprihatinan dan semangat kekeluargaan merupakan asas yang mengeratkan hubungan sesama warga JBPM. Di saat ada yang diuji dengan kesakitan, menjadi tanggungjawab kita untuk hadir, menyantuni dan mendoakan agar setiap ujian dipermudahkan.

Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

“Keprihatinan bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi lambang sebuah keluarga yang sentiasa bersama, sama ada ketika bertugas mahupun ketika diuji.”

17/06/2026
04/06/2026
02/06/2026
*⭐️Gotong Royong Perdana Balai Bomba KKB Dan kuarters⭐️*Tarikh : 02/06/2026Masa : 9.00 pagi hingga Selesai
02/06/2026

*⭐️Gotong Royong Perdana Balai Bomba KKB Dan kuarters⭐️*
Tarikh : 02/06/2026
Masa : 9.00 pagi hingga Selesai

Address

Jalan HAMZAH
Kuala Kubu Bharu

Telephone

+60360641444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Kubu Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Kubu Bharu:

Shortcuts

Share