Pusat Khidmat ADN Cheka

Pusat Khidmat ADN Cheka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat ADN Cheka, Political organisation, No. 30, Tingkat 1, Jalan PPBR 34, Pusat Perniagaan Bukit Residen, Kuala Lipis.

15/08/2026

Apa syarat dalam Taawun?

Syarat dalam Taawun ialah berdasarkan firman Allah iaitu saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan perkara takwa.

YB Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

15/08/2026
14/08/2026

Inilah harinya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang kali ke-44 akan berlangsung.

Kami para Pemuda PAS Negeri Pahang mengalu-alukan kesudian YB Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS dan Ketua Pembangkang DUN Pahang merangkap ADN Cheka dan Ahli Parlimen Kubang Kerian untuk merasmikan Muktamar DPPNP kali ke-44 ini.

Semoga setiap bait kata, titipan nasihat, panduan dan pedoman yang akan dikongsikan oleh YB Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan kita selaku para Pemuda PAS Negeri Pahang akan bawa pulang dan gerakkan segala tindakan di kawasan-kawasan kita semua. In sha Allah.

Moga Allah merahmati, memberkati dan membantu kita semua selalu hingga kita mencapai kemenangan di dunia dan mencapai kemenangan memasuki Syurga Firdaus tanpa hisab wal azab atas asbab kita mahu menegakkan syiar Islam yang menyeluruh di bumi Pahang Darul Makmur ini.

Jumaat | 14 Ogos 20261. Ziarah keluarga Mak Teh di Mela.2. Ziarah dan santuni keluarga asnaf di Mela.3. Santuni peniaga ...
14/08/2026

Jumaat | 14 Ogos 2026

1. Ziarah keluarga Mak Teh di Mela.

2. Ziarah dan santuni keluarga asnaf di Mela.

3. Santuni peniaga tempatan di Mela:

- Kedai Makan 4 Ibu

- Kedai Makan Soffi

4. Rawatan Islam di Kg Jeram Landak.

5. Meninjau dan menerima aduan berkaitan rumah di Kg Ganding.

6. Solat Jumaat di Masjid Kg Limau Purut.

PKAC terus bergerak menyantuni masyarakat dari urusan kebajikan, kesihatan dan ziarah hinggalah mendengar sendiri aduan rakyat di lapangan.

Kecil atau besar sesuatu urusan, selagi mampu dibantu, insya-Allah PKAC cuba usahakan sekadar kemampuan yang ada.


Nak cari sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang  di Kg Mela? Boleh cuba Kedai Makan 4 Ibu, terletak di perkara...
14/08/2026

Nak cari sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang di Kg Mela? Boleh cuba Kedai Makan 4 Ibu, terletak di perkarangan Masjid Kampung Mela.

Pelbagai pilihan menu disediakan, sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari hinggalah minum petang, Kami dah cuba… anda bila lagi?



PKAC dijemput menghadiri Taklimat Pemasangan Solar Tanpa Kos bagi Masjid Daerah Lipis bertempat di Dewan Masjid Sultan M...
13/08/2026

PKAC dijemput menghadiri Taklimat Pemasangan Solar Tanpa Kos bagi Masjid Daerah Lipis bertempat di Dewan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu masjid mengurangkan kos penggunaan elektrik serta memanfaatkan tenaga hijau.

Selesai taklimat, kami membawa pembentang, En. Mizi, ke PASTI Taman Emas bagi melihat lokasi dan mendapatkan sebut harga pemasangan sistem solar di PASTI tersebut.

Moga ada jalan dan rezeki untuk PASTI Taman Emas turut menikmati manfaat tenaga solar, insya-Allah.


Khidmat awal PKAC hari ini 🚐Menyediakan perkhidmatan penghantaran pesakit yang mempunyai appointment di hospital.Pagi in...
13/08/2026

Khidmat awal PKAC hari ini 🚐

Menyediakan perkhidmatan penghantaran pesakit yang mempunyai appointment di hospital.

Pagi ini giliran Abg Faizun, antara sahabat yang kerap mendapatkan bantuan kami untuk setiap urusan temujanji rawatan beliau.

Perkhidmatan ini khusus bagi kes ringan yang tidak memerlukan ambulans atau van hospital, sekadar membantu urusan pergi dan balik mendapatkan rawatan.
Insya-Allah, selagi termampu kami cuba membantu dan memudahkan urusan masyarakat. Semoga segala urusan rawatan Abg Faizun dipermudahkan Allah SWT.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2026Belia ialah harapan dan tenaga penggerak masa depan negara. Semoga generasi muda...
12/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2026

Belia ialah harapan dan tenaga penggerak masa depan negara. Semoga generasi muda terus berilmu, berdaya saing dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Selamat Hari Belia Negara 2026 buat seluruh anak muda, khususnya belia di Kubang Kerian.




Insan yang paling banyak jasa di Unit Forensik Hospital Lipis. Siapa kenal Abg hensem ni?Jasa beliau kepada masyarakat d...
12/08/2026

Insan yang paling banyak jasa di Unit Forensik Hospital Lipis. Siapa kenal Abg hensem ni?

Jasa beliau kepada masyarakat dan juga kepada Pusat Khidmat ADN Cheka khususnya yang melibatkan kematian Dun Cheka. Terima kasih Abg Wan.

Pagi ini sempat ngetea bersama insan hebat ni... Semoga Abg Wan senantiasa di berikan kesihatan dan kekuatan untuk terus berkhidmat walau dah menghampiri usia bersara wajib ( 20.8.2026 )

Address

No. 30, Tingkat 1, Jalan PPBR 34, Pusat Perniagaan Bukit Residen
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat ADN Cheka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share