Pejabat Agama Islam Daerah Lipis

Pejabat Agama Islam Daerah Lipis PAID Lipis
27200 Kuala Lipis. No Tel : 09-3121384
No Fax : 09-3121694
No Aduan : 019-626 8408

27/05/2026
21/05/2026
๐Ÿ“ Surau Pejabat Agama Islam Daerah Lipis๐Ÿ“… 21 Mei 2026 | Khamis๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 3.00 petangAlhamdulillah, dengan izin Allah...
21/05/2026

๐Ÿ“ Surau Pejabat Agama Islam Daerah Lipis
๐Ÿ“… 21 Mei 2026 | Khamis
๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 3.00 petang

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsungnya Majlis Walimatulurus melibatkan 3 pasangan pengantin bertempat di Surau Pejabat Agama Islam Daerah Lipis dalam suasana penuh harmoni dan diberkati. Majlis yang berlangsung ini menjadi detik bermakna buat para mempelai dalam melangkah ke alam rumah tangga yang diimpikan.

Majlis turut disempurnakan bersama Timbalan Qadhi Daerah Lipis, Tuan Ahmad Tajuddin Bin Mat Zin serta dibantu oleh dua orang saksi iaitu Ustaz Muhamad Firdaus Bin Abu Daha dan Ustaz Yusri Bin Mohd Yusuf. Semoga segala urusan yang dipermudahkan pada hari ini menjadi permulaan yang baik buat setiap pasangan dalam membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.

โ€œDan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan daripada jenismu sendiri agar kamu berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu kasih sayang dan rahmat.โ€
(Surah Ar-Rum : 21)






21/05/2026
โœจ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ท๐‘น๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ๐‘พ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฐ๐‘บ. ๐‘ด๐‘ถ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘ผ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ด. ๐‘บ๐‘ฐ๐‘น๐‘ฐ ๐Ÿฏ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.โœจแด˜แด‡ษดแด…แด€๊œฐแด›แด€ส€แด€ษด แด‹ษชษดษช แด›แด‡สŸแด€สœ แด…ษชส™แดœแด‹แด€โ—แด˜แด‡ษดแด…แด€๊œฐแด›แด€...
18/05/2026

โœจ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ท๐‘น๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ๐‘พ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฐ๐‘บ. ๐‘ด๐‘ถ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘ผ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ด. ๐‘บ๐‘ฐ๐‘น๐‘ฐ ๐Ÿฏ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.โœจ
แด˜แด‡ษดแด…แด€๊œฐแด›แด€ส€แด€ษด แด‹ษชษดษช แด›แด‡สŸแด€สœ แด…ษชส™แดœแด‹แด€โ—
แด˜แด‡ษดแด…แด€๊œฐแด›แด€ส€แด€ษด แด‹ษชษดษช แด›แด‡สŸแด€สœ แด…ษชส™แดœแด‹แด€โ—
๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 27 & 28 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Œ๐š๐ฌ๐š: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ: Pejabat Pendidikan Daerah Lipis

โœ๐˜๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ
๐Ÿ”” ๐“๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ–๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฃ๐š.
๐Ÿ’ณ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฌ๐š๐ก๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ ๐๐ข๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐›๐š๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ญ๐ฎ๐ง๐š๐ข ๐๐ข ๐ค๐š๐ฎ๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‹๐ข๐ฉ๐ข๐ฌ
๐Ÿ“Œ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง: ๐Ÿ๐Ÿต ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ—
๐ŸŽ“ ๐’๐€๐‡ ๐‹๐€๐Š๐” ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง.
๐Ÿ“ž ๐ŸŽ๐Ÿ—-๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ–๐Ÿ’
๐Ÿ“ ๐๐š๐ค ๐ƒ๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ? ๐Š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฌ๐ข๐ง๐ข :
๐ŸŒ https://prakahwin.pahang.gov.my
๐Š๐ฎ๐จ๐ญ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ โ— ๐Œ๐จ๐ก ๐๐ž๐ฆ๐ž ๐ฐ๐ž๐ก ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ ! ๐Ÿ”ฅ
๐ŸŒ https://prakahwin.pahang.gov.my
๐’๐ž๐ค๐ข๐š๐ง, ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก.








๐Ÿ† *MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) PERINGKAT DAERAH LIPIS TAHUN 2026M / 1447H* ๐Ÿ†Alhamdulillah,...
18/05/2026

๐Ÿ† *MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) PERINGKAT DAERAH LIPIS TAHUN 2026M / 1447H* ๐Ÿ†

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program MIISRA Peringkat Daerah Lipis Tahun 2026M bersamaan 1447H anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Lipis dengan kerjasama Pertubuhan Guru-Guru SAR Daerah Lipis.

Program ini telah dilaksanakan secara *bersemuka* dan juga *rakaman video* melibatkan penyertaan murid-murid KAFA seluruh daerah Lipis dalam lapan acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Tulisan Jawi, Tulisan Khat, Bercerita, Nasyid, Azan dan Khutbah bagi kategori lelaki dan perempuan.

Pertandingan Hafazan telah berlangsung pada 27 April 2026, manakala pertandingan Tulisan Jawi dan Tulisan Khat telah diadakan pada 28 April 2026. Sementara itu, pertandingan melibatkan rakaman video turut menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para peserta.

Kemuncak program iaitu *Majlis Penutup MIISRA Peringkat Daerah Lipis Tahun 2026* telah berlangsung pada 16 Mei 2026 dengan dimulakan sesi pendaftaran pada jam 8.30 pagi dan diteruskan dengan pertandingan Nasyid Lelaki dan Perempuan bermula jam 9.30 pagi yang telah diadili oleh lima orang juri berpengalaman.

Majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi bin Ismail Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan. Turut berlangsung sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi fotografi sebagai kenangan sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini khususnya para urus setia, guru-guru, juri, peserta serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama.

Semoga program seperti ini terus menjadi medan mencungkil bakat, memupuk kecintaan terhadap ilmu agama serta melahirkan generasi murid yang cemerlang dunia dan akhirat.








โœจLawatan Sambil Belajar ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Pertama Daerah Lipis Bersama Al Fadhil Qadhi Tuan Amirul Fa...
15/05/2026

โœจLawatan Sambil Belajar ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Pertama Daerah Lipis Bersama Al Fadhil Qadhi Tuan Amirul Farhan Bin Wahi โœจ

โฐ Masa : 14 Mei 2026 | 2.30 petang
๐Ÿ“Tempat : Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Pertama

Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Agama Rakyat Taman Pertama Daerah Lipis bersama Al Fadhil Tuan Amirul Farhan Bin Wahi serta disambut dengan penuh mesra oleh Guru Besar sekolah, Ustaz Shuhaib bin Baharum.

Lawatan ini menjadi satu platform yang sangat bermakna dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang pendidikan agama.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan serta keredaan daripada Allah SWT. Terima kasih atas sambutan dan layanan yang amat baik sepanjang lawatan berlangsung. ๐Ÿค

โ€œAllah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.โ€
(Surah Al-Mujadalah : 11) ๐Ÿ“–

โ€œMenimba ilmu, menyemai ukhuwah, membina ummah.โ€ โœจ






๐Ÿ“ข HEBAHAN KHUTBAH JUMAAT DAERAH LIPIS ๐Ÿ“ข15 MEI 2026 | 28 ZULKAEDAH 1447H (JUMAAT)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakat...
15/05/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN KHUTBAH JUMAAT DAERAH LIPIS ๐Ÿ“ข

15 MEI 2026 | 28 ZULKAEDAH 1447H (JUMAAT)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Khutbah Jumaat pada hari ini akan membawakan tajuk:

๐Ÿ•Œ โ€œHARI GURUโ€ ๐Ÿ•Œ

Khutbah ini disediakan oleh Jabatan M***i Negeri Pahang dan akan disampaikan di seluruh masjid serta Surau Kebenaran Solat Jumaat (SKJ) di Negeri Pahang, termasuk Masjid-Masjid Daerah Lipis yang melibatkan :

1. Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
2. Masjid Bandar Benta
3. Masjid Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Benta
4. Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan
5. โ Masjid Al Sultan Abdullah Padang Tengku

Jom kita bersama-sama hadir awal ke masjid mengimarahkan solat Jumaat.

Jumpa di masjid, insya-Allah.








โœจ Majlis Perjumpaan Guru KAFA Lantikan Baharu Daerah Lipis Bersama Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis, Tuan Amirul Farhan Bin ...
14/05/2026

โœจ Majlis Perjumpaan Guru KAFA Lantikan Baharu Daerah Lipis Bersama Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis, Tuan Amirul Farhan Bin Wahi โœจ

๐Ÿ“… Masa :14 MEI 2026 | 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat : Bilik Mesyuarat PAID

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi perjumpaan dan taaruf bersama 6 orang Guru KAFA lantikan baharu Daerah Lipis. Majlis turut diserikan dengan amanat dan nasihat daripada Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis , Tuan Amirul Farhan Bin Wahi sebagai panduan serta pembakar semangat dalam mendidik anak-anak ummah.

Turut diadakan bacaan ikrar Guru KAFA sebagai tanda komitmen dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Semoga semua guru baharu terus istiqamah, dipermudahkan urusan dan menjadi pendidik yang membawa keberkatan serta manfaat kepada masyarakat. ๐Ÿค

โ€œDan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.โ€- Surah Taha : 114






SABTU, 9 MEI 2026 | 11.00 PGMajlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 dan Bengkel Kecemerlangan SPM 202...
10/05/2026

SABTU, 9 MEI 2026 | 11.00 PG

Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 dan Bengkel Kecemerlangan SPM 2026 Dewan Negeri Jelai yang bertempat di SMK FELDA Sungai Koyan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh,
YAB Datoโ€™ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh,
Tuan Amirul Farhan Bin Wahi,
Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis.

Dalam program tersebut, YAB Menteri Besar Pahang turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar cemerlang SPM serta menyaksikan penajaan daripada UNITEN kepada 10 orang pelajar bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Seterusnya, pada waktu Zohor, YAB Menteri Besar Pahang telah menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Kampung Tanjung Gahai bersama Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis, pegawai-pegawai Masjid Daerah Lipis, pelajar Maahad Tahfiz Ar-Rushd serta penduduk setempat. Solat berjemaah tersebut telah diimamkan oleh Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis dan diteruskan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Imam 1 Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan serta Imam 1 Masjid Sultan Mahmud, Lipis.







Address

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH LIPIS
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093121384

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Islam Daerah Lipis:

Share