JASA LIPIS

JASA LIPIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JASA LIPIS, Government Organization, Kuala Lipis.

Isnin, 9 April 2018, 12.30 tengah hari - Tuan Saharudin b. Hj. Sulaiman, Pengarah JASA Pahang di Program Santuni Warga E...
09/04/2018

Isnin, 9 April 2018, 12.30 tengah hari - Tuan Saharudin b. Hj. Sulaiman, Pengarah JASA Pahang di Program Santuni Warga Emas Peringkat DUN Padang Tengku, Parlimen Lipis.

Khamis, 1 Mac 2018, 3.00 petang - Sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG SK Padang Tengku yang dirasmikan oleh Pengarah...
01/03/2018

Khamis, 1 Mac 2018, 3.00 petang - Sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG SK Padang Tengku yang dirasmikan oleh Pengarah JASA Pahang, YH Tuan Saharudin Hj. Sulaiman.

Jangan lupa pukul 2.00 petang ini program Bual Bicara JASA Di Radio @ Pahang Fm di frequensi 107.5 fm di Kuala Lipis.
23/01/2018

Jangan lupa pukul 2.00 petang ini program Bual Bicara JASA Di Radio @ Pahang Fm di frequensi 107.5 fm di Kuala Lipis.

Program MesraJiran Dun Cheka di Kg Mela
19/12/2017

Program MesraJiran Dun Cheka di Kg Mela

Alhamdulillah Program Mesra Jiran JASA Dun Cheka di Surau Sungai Kerpan 3 dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambut...
19/12/2017

Alhamdulillah Program Mesra Jiran JASA Dun Cheka di Surau Sungai Kerpan 3 dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan

MAHATHIR DAKWA RCI BERMOTIF POLITIKMohd Puad Zarkashi MT UMNOMahathir dakwa, banyak hujah dia masa dipanggil oleh RCI ti...
08/12/2017

MAHATHIR DAKWA RCI BERMOTIF POLITIK

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

Mahathir dakwa, banyak hujah dia masa dipanggil oleh RCI tidak dimasukkan dalam laporan RCI. Justeru penubuhan RCI bermotif politik. Tetapi dia tidak dedahkan p**a apa hujah hujah tersebut.

Tetapi apa masalahnya? Mahathir boleh kemukakan hujah tersebut kalau dia dipanggil ke mahkamah nanti. Pihak RCI sudah pun membuat laporan polis supaya tindakan lanjut diambil. Sudah tentu Mahathir, Anwar, Daim dan TS Nor Yackop tidak senang duduk.

Bermotif politik? Apakah pembohongan Mahathir mengenai isu 1MDB bukan bermotifkan politik? Apakah menaja pelobi Amerika supaya kes itu dibawa oleh DOJ untuk tindakan sivil bukan bermotif politik? Sampai ke hari ini walauoun sudah masuk DOJ 2.0 saman sivil tersebut (bukan kriminal) tidak pernah dibicarakan. Apakah mahkamah Amerika terlalu lemah kerana saman sivil hampir tiga tahun itu masih tidak ada bukti untuk dibicarakan.

Lim Kit Siang p**a mempersoalkan kenapa sekarang baru tubuh RCI. Sepatutnya dia tanya Tun M sekutu barunya itu, kenapa RCI tidak diwujudkan semasa Tun M jadi PM berbelas tahun. Sedangkan laporan RCI itu telah membongkar ada pihak yang mahu menutupnya sehingga sanggup melaporkan di kabinet ia hanya “paper lost” dan kerugian yang dilaporkan cuma RM5 Bilion. Maka, siapa yang bermain politik dan bermotif politik?

RCI dibentuk walaupun sudah lama berlaku kerana ditutup oleh seorang diktator dan kedua setelah terdapatnya pihak seperti Datuk Murad tampil ke depan membuat pendedahan.

Maka siapakah pengamal kleptokrasi sebenarnya? Kerugian forex RM31.5 Bilion tidak akan dapat diganti sampai bila bila. Duit rakyat hangus begitu sahaja.

Sedangkan 1MDB hanya berhutang RM42 Bilion untuk membeli aset. Bukan dicuri. Najib tidak bailout 1MDB. RM2.6 Bilion bukan dari 1MDB. Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM18 Bilion sudah selesai dibayar. Bahkan 1MDB sudah mula menampakkan keuntungan.

Tun Razak Exchange (TRX) akan menjana RM40 Bilion dan 40 ribu peluang pekerjaan. Bandar Malaysia akan menjana RM170 Bilion dan 200 ribu peluang pekerjaan. Menara Warisan Merdeka PNB akan menyediakan 10 ribu peluang pekerjaan.

Maka beranikah Lim Kit Siang membuat kenyataan terbuka bahawa Tun M adalah pengamal kleptokrasi sebenar kerana tidak dapat memulangkan kerugian forex RM31.5 Bilion dan bailout p**a PERWAJA, syarikat perkapalan milik Mirzan, dan MAS.

The only thing consistent with them (DAP) as the opposition is that, they are continuously in-con-sis-tent.

Pada hari ini dalam tahun 1960, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Bahagian Ehwal Kha...
30/11/2017

Pada hari ini dalam tahun 1960, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Bahagian Ehwal Khas (BHEK) telah ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong semasa titah ucapan perasmian pembukaan parlimen penggal pertama selepas Pilihan Raya 1958. Tujuan asal penubuhan BHEK adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan. Pada akhir tahun 1960, BHEK telah ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas di dalam Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

Pada Mac 2000, mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan satu Jabatan baru iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) dengan menaikkan taraf Cawangan Hal Ehwal Khas di Jabatan Perkhidmatan Penerangan kepada sebuah Jabatan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia. JHEK merupakan sebuah Jabatan tersendiri yang merancang dan merangka strategi berkesan untuk mendidik rakyat dari pelbagai kaum supaya memahami dan menghayati semangat kenegaraan dan kebangsaan serta menerapkan nilai-nilai murni, progresif dan maju terutama dikalangan bumiputera bersesuaian dengan arus pembangunan sosio-politik dan agama. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh JASA sebagai perantara dalam hubungan timbal balik antara rakyat dan kerajaan berjaya memelihara dan mempertahankan kestabilan negara.

MESRA JIRAN LIPIS SIRI 4 OKTOBER 2017
28/11/2017

MESRA JIRAN LIPIS SIRI 4 OKTOBER 2017

WAN AZIZAH SALAH FAKTA KONONNYA GAJI KETUA PENGARAH JASA LEBIH TINGGI DARIPADA GAJI MENTERI1. Tuduhan Kak Wan mengenai g...
27/11/2017

WAN AZIZAH SALAH FAKTA KONONNYA GAJI KETUA PENGARAH JASA LEBIH TINGGI DARIPADA GAJI MENTERI

1. Tuduhan Kak Wan mengenai gaji KP JASA membuktikan pembangkang tidak selidiki terlebih dahulu fakta;

2. Gaji KP JASA adalah di bawah tajuk VU5 bukan VU7 (RM20,592) seperti yang didakwa oleh Kak Wan;

3. Gaji KP JASA sekarang di bawah tajuk VU5 adalah sebanyak RM19, 398;

4. Gaji KP JASA adalah gaji 'Lump Sum'. Bermakna dia tidak boleh claim elaun lain seperti keraian, perumahan, cola, insentif khas, pembantu rumah, elaun tetap jawatan JUSA dan elaun penyelenggaraan rumah dan lain-lain;

5. Gaji Menteri sebanyak RM14 ribu yang disebut oleh Kak Wan adalah 'gaji pokok' iaitu tidak termasuk elaun dan claim-claim lain. Kalau dicampurkan dengan elaun elaun lain jumlah gaji Menteri ialah lebih kurang RM38,000.00

6. KP JASA menerima gaji 'Lump Sum' sebab dia adalah pegawai 'Contract for Service' bukannya “of Service”.

7. Bahkan Pegawai JUSA A “contract of service” turut layak menerima beberapa elaun seperti Menteri tetapi tidak kepada Pegawai “Contract for Service” seperti KP JASA sekarang.

8. Wan Azizah mungkin tidak tahu bahawa GAJI pokok di bawah VU5 (JUSA A) adalah RM9,038 (minimum) dan RM24,465 (maksimum) tidak termasuk elaun elaun lain berjumlah hampir RM12K.

9. Wan Azizah patut tanya kenapa GAJI pokok Saifuddin Nasution Pengarah Strategik Lim Guan Eng RM12,000 lebih tinggi daripada GAJI pokok wakil rakyat RM11,250.

*MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15!!!*"Mengurus Negeri Mengikut Kemampuan Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Keb...
21/11/2017

*MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15!!!*

"Mengurus Negeri Mengikut Kemampuan Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Kebajikan Rakyat". Demikian tema bagi pembentangan Bajet Negeri Pahang 2018 kali ini.

Pembentangan bajet itu dibuat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Yaakob sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

" Mengurus Negeri Mengikut Kemampuan Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Kebajikan Rakya t". Demikian tema bagi pembentangan Bajet Negeri P...

Address

Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6093101310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JASA LIPIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JASA LIPIS:

Share