Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak

Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, Government Organization, 41-1, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

14/08/2026
12/08/2026
ZIARAH CAKNA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN OGOS 202612 OGOS 2026 | RABU | 11.00 PAGISekitar Parlimen Bandar Tun RazakProgram ...
12/08/2026

ZIARAH CAKNA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN OGOS 2026

12 OGOS 2026 | RABU | 11.00 PAGI
Sekitar Parlimen Bandar Tun Razak

Program Ziarah Cakna sempena bulan sambutan Hari Kebangsaan merupakan satu usaha mendekati masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Kunjungan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail bersama dengan Datuk Haji Azman Abidin; Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi membawa mesej bahawa semangat kemerdekaan turut diterjemahkan melalui nilai keprihatinan, kasih sayang dan perpaduan sesama rakyat Malaysia.

Dalam kita mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kemerdekaan, tidak dilupakan mereka yang sedang berdepan kesukaran. Kemerdekaan yang sebenar turut bermakna apabila setiap insan merasa dihargai, disantuni dan tidak dipinggirkan.

Terima kasih kepada pihak PERKESO, Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Bandar Tun Razak (BTR), MAIWP dan semua pihak yang menjayakan ziarah ini secara langsung dan tidak langsung.

“Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati”







12/08/2026

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama warga setempat memeriahkan Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak bersempena Bulan Kemerdekaan 2026.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud.

Wartawan: Aiyshah Baslie

Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM.

Dapatkan berita terkini di Channel WhatsApp Berita RTM! Follow kami di https://whatsapp.com/channel/0029VavQxy21t90TQpwl281t

'Yang sahih di RTM'

12/08/2026
PROGRAM SEMARAK MERDEKA PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK 12 OGOS 2026 | RABU | 10.00 PAGIPekarangan Pejabat Cawangan DBKL Banda...
12/08/2026

PROGRAM SEMARAK MERDEKA PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

12 OGOS 2026 | RABU | 10.00 PAGI
Pekarangan Pejabat Cawangan DBKL Bandar Tun Razak

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail bersama dengan Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud; Datuk Bandar, Kuala Lumpur dan Datuk Haji Azman Abidin; Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri hadir ke program ini.

Program Semarak Merdeka disambut dalam suasana penuh ceria dan semangat patriotik yang menghimpunkan masyarakat setempat bersama MPPWP Bandar Tun Razak, warga kerja DBKL, Komuniti MADANI Bandar Tun Razak, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Bandar Tun Razak dan Cheras, Persatuan Penduduk sekitar Bandar Tun Razak, BOMBA, POLIS dan dari semua agensi dan rakan-rakan strategik di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sambutan ini menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan melalui edaran Jalur Gemilang kepada semua pemimpin dan wakil masyarakat, badan beruniform, perkhidmatan awam (kerajaan), agensi penguatkuasaan dan keselamatan awam serta warga sekitar.

Marilah kita sama-sama menyemarakkan mengibarkan Jalur Gemilang dimana kita meraikan kemerdekaan, jangan pernah lupa untuk mensyukuri nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini. Ketika masih ada saudara-saudara kita di beberapa negara yang berdepan peperangan, kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam ketakutan, kita di Malaysia dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih diberi ruang untuk hidup bersama dalam aman dan harmoni.

Hargailah keamanan, peliharalah perpaduan dan pertahankan keharmonian. Kerana kemerdekaan dan keamanan adalah nikmat yang tidak ternilai.

“Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati”





🛒 JUALAN RAHMAH 🔉Mari berbelanja sambil berjimat! 📅 Tarikh : 12 OGOS 2026 (RABU)⏱️ Masa   : 4.00 PETANG - 8.00 MALAM📍 Lo...
12/08/2026

🛒 JUALAN RAHMAH 🔉

Mari berbelanja sambil berjimat!

📅 Tarikh : 12 OGOS 2026 (RABU)
⏱️ Masa : 4.00 PETANG - 8.00 MALAM
📍 Lokasi : BERHADAPAN PENTAS SRI PENARA
______________________________________

📅 Tarikh : 12 OGOS 2026 (RABU)
⏱️ Masa : 4.00 PETANG - 8.00 MALAM
📍 Lokasi : LORONG 2&3,TAMAN IKAN EMAS

Kenapa anda perlu hadir:
1️⃣ Jimat sambil menyokong program kerajaan MADANI
2️⃣ Dapatkan keperluan harian pada harga berpatutan
3️⃣ Sokong usahawan tempatan

💡 Pro Tip: Bawa beg kitar semula anda! Kita jimat dan hijau serentak!




Usai menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB kembali ke sisi suami tersayang yang sedang men...
11/08/2026

Usai menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB kembali ke sisi suami tersayang yang sedang menjalani rawatan.

Tanggungjawab kepada rakyat ditunaikan, tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah dilupakan. 🩵

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta kesihatan yang baik. 🤲🏻


Menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak walaupun suami tercinta masih berada di hospital, tanggu...
11/08/2026

Menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak walaupun suami tercinta masih berada di hospital, tanggungjawab kepada negara tetap menjadi keutamaan.

Hadir ke Sesi Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Antara keluarga dan amanah negara, kedua-duanya menuntut kekuatan hati. Tanggungjawab tetap digalas, demi kepentingan rakyat dan negara. 🇲🇾




SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN yang ke - 79.Seluruh warga Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menzahirkan ucapan ...
10/08/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN yang ke - 79.

Seluruh warga Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menzahirkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Allah SWT penghilang segala kesakitan, mengurniakan kesembuhan yang sempurna, serta memberikan kesabaran dan kekuatan kepada yang sedang diuji. 🙏🏽

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pejabat Ahli Parlimen
Bandar Tun Razak


Address

41-1, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share