Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM

Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM Laman Facebook rasmi Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

KURSUS BASIC DATA ANALYTICS TOOLS 2026Telah berlangsung Kursus Basic Data Analytics Tools pada 27 hingga 30 Julai 2026 b...
14/08/2026

KURSUS BASIC DATA ANALYTICS TOOLS 2026

Telah berlangsung Kursus Basic Data Analytics Tools pada 27 hingga 30 Julai 2026 bertempat di Hotel Hatten Melaka, yang melibatkan seramai 35 orang peserta daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Encik Amir Onn bin Mustapha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kompetensi.

Objektif kursus adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai asas analisis data dan kepentingannya dalam membuat keputusan, serta meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Excel, Google Sheets dan Google Looker Studio untuk mengurus, menganalisis dan mempersembahkan data dengan lebih berkesan. Peserta juga didedahkan kepada kaedah mentafsir data bagi mengenal pasti corak, trend dan kejanggalan dalam data.

Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengadakan Kursus Colored Brain Communicati...
14/08/2026

Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengadakan Kursus Colored Brain Communication (CBC) Siri 4/2026 (Zon Borneo) di Pullman Kuching Hotel, Sarawak pada 11 dan 12 Ogos 2026. Kursus ini melibatkan seramai 30 orang pegawai gred 9-12 yang terdiri daripada enam (6) skim perkhidmatan di KKM.

Kursus ini merupakan satu kursus generik untuk memahami personaliti diri sendiri dan individu lain berdasarkan empat warna iaitu merah (linear), biru (intuitive), ungu (relational) dan hijau (chaotic). Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memupuk persekitaran tempat kerja yang kolaboratif, meramalkan kemungkinan konflik serta menerapkan sistem komunikasi yang berkesan bagi memantapkan kompetensi dan potensi pegawai.

Pada 4 - 6 Ogos 2026 telah diadakan Kursus Dispute Management Siri 3 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) ...
14/08/2026

Pada 4 - 6 Ogos 2026 telah diadakan Kursus Dispute Management Siri 3 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) dengan kehadiran seramai 30 orang peserta dari Gred 5 - 13.

Objektif kursus ini bagi memahami konsep dan kepentingan pengurusan komunikasi berkesan dan perhubungan di dalam organisasi. Selain itu, mengaplikasi strategi dan kaedah kemahiran perundingan (negotiation skills) di dalam pengurusan konflik/pertikaian. Objektif akhir kursus ini adalah menganalisis kaedah dan langkah untuk menerima dan memberikan maklumbalas terhadap kritikan/bantahan yang diterima.

KURSUS PEMANDU AMBULANS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 2/2026Kursus Pemandu Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia...
06/08/2026

KURSUS PEMANDU AMBULANS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 2/2026

Kursus Pemandu Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia Siri 2/2026 telah berjaya dianjurkan pada 27 hingga 31 Julai 2026 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau melalui kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis. Kursus ini telah menghimpunkan seramai 32 orang peserta pemandu ambulans dari Zon Utara yang merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak, termasuk dua peserta agensi luar iaitu dari UiTM Perlis dan UniMAP. Bagi memantapkan pengisian program, Unit GI BPK telah menjemput penceramah daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di samping penglibatan beberapa orang fasilitator daripada pihak JPJ.

Majlis Perasmian Kursus Pemandu Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia Siri 2/2026 Zon Utara yang dilaksanakan bersekali dengan Penutupan Kursus Penyelia Pemandu Ambulans Tahun 2026 pada 27 Julai 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ghazali Bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis. Majlis berkenaan turut diseri dengan kehadiran Timbalan Pengarah Kesihatan Daerah Perlis serta Rektor UiTM Perlis.

Antara objektif kursus ini memberi pengetahuan, melatih dan menilai kompetensi pemandu ambulans dengan menggunakan konsep pemanduan ambulans secara berhemah. Selain itu, kursus juga meningkatkan kualiti perkhidmatan memandu sebagai pemandu ambulans yang profesional. Oleh itu, kursus ini memberi motivasi kepada pemandu ambulans untuk menjadi lebih yakin, berjaga-jaga dan menyemai nilai positif dalam pemanduan serta mendidik mereka untuk menjadi lebih mahir dan berpengetahuan.

KKM PERKUKUH KOMPETENSI PENYELIA PEMANDU AMBULANS TAHUN 2026ARAU, PERLIS, 27 Julai 2026 – Kementerian Kesihatan Malaysia...
06/08/2026

KKM PERKUKUH KOMPETENSI PENYELIA PEMANDU AMBULANS TAHUN 2026

ARAU, PERLIS, 27 Julai 2026 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah berjaya melaksanakan Kursus Penyelia Pemandu Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2026 pada 26 hingga 27 Julai 2026 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau.

Kursus ini melibatkan seramai 20 orang peserta Zon Utara yang mewakili negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, termasuk penyertaan daripada UiTM Cawangan Perlis.

Majlis Perasmian Kursus Pemandu Ambulans KKM Siri 2/2026 Zon Utara yang bersekali dengan Majlis Penutupan Kursus Penyelia Pemandu Ambulans Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

Kursus ini dilaksanakan dengan penglibatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), KKM dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui modul berkaitan perundangan, penyeliaan pemanduan, pengurusan kenderaan serta keselamatan ambulans.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuh kompetensi peserta dalam pengurusan dan penyeliaan operasi ambulans bagi memastikan penyampaian perkhidmatan ambulans KKM yang selamat, cekap, berkualiti dan profesional.

Pada 21 & 22 Julai 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Bengkel ...
06/08/2026

Pada 21 & 22 Julai 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Bengkel Pandu Citra untuk Pemimpin Siri 2 tahun 2026 kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Kursus ini dihadiri seramai 25 orang pegawai yang terdiri daripada Gred 9 - Gred Khas Jusa C daripada pelbagai skim di bawah KKM dan diadakan secara bersemuka di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Pada 14 - 16 Julai 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus...
06/08/2026

Pada 14 - 16 Julai 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Projek Siri 2/2026 (Zon Utara).

Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang pegawai yang terdiri daripada Gred 9 dan ke atas dari pelbagai skim di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kursus ini dilaksanakan secara bersemuka di Vouk Suites Hotel, Penang.

Pada 7 - 9 Julai 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus P...
06/08/2026

Pada 7 - 9 Julai 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Strategik Siri 3/2026.

Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang pegawai yang terdiri daripada Gred 10 dan ke atas dari pelbagai skim di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kursus ini dilaksanakan secara bersemuka di Melia Hotel Kuala Lumpur.

Pada 23 - 25 Jun 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus P...
06/08/2026

Pada 23 - 25 Jun 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Perubahan bagi Pengarah Hospital Tahun 2026.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pegawai perubatan yang terdiri daripada Gred 13 dan ke atas. Kursus ini dilaksanakan secara bersemuka di Wyndham Acmar Hotel, Klang.

Pada 9 - 11 Jun 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Kursus Pemi...
06/08/2026

Pada 9 - 11 Jun 2026, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Kursus Pemikiran Kreatif Siri 2/2026.

Kursus ini dihadiri seramai 29 orang pegawai yang terdiri daripada Gred 11 dan ke atas dari pelbagai skim di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diadakan secara bersemuka di Hotel Ideas Kuala Lumpur.

Address

Blok A, Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur
50590

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM:

Shortcuts

Share