Hospital Orang Asli Gombak

Hospital Orang Asli Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Orang Asli Gombak, Government Organization, KM 24, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan akan diberikan dalam persekitaran yang selesa, sesuai dan selamat dengan menggunakan kaedah, peralatan serta kemudahan yang sesuai dan berfungsi baik.

4 Ogos 2026. Pengarah  Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah hadir ke Sesi Libat Urus Program My Champion Bersama JAK...
05/08/2026

4 Ogos 2026.

Pengarah Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah hadir ke Sesi Libat Urus Program My Champion Bersama JAKOA Malaysia. Program My Champion ini dikendalikan oleh Bhg. Pendidikan Kesihatan KKM. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah, Bhg. Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan, JAKOA Malaysia. Selain taklimat mengenai Program My Champion, perbincangan turut diadakan bertujuan mempromosikan program ini kepada komuniti Orang Asli. HOAG menyokong pelaksanaan dan peluasan program ini kepada komuniti Orang Asli. Diharapkan My Champion akan menjadi wadah memperkasakan dan mensejahterakan komuniti Orang Asli dalam aspek kesihatan.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Pada 24 hingga 26 Julai 2026 yang lepas, delegasi Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) yang diketuai oleh Pengarah HOAG se...
28/07/2026

Pada 24 hingga 26 Julai 2026 yang lepas, delegasi Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) yang diketuai oleh Pengarah HOAG sendiri telah hadir menjayakan Program "Jelajah Perubatan Tradisional Orang Asli: Kesedaran Awam dan Dokumentasi Ketersediaan Komuniti" anjuran Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jelajah diadakan di RPS Kuala Betis dan Pos Brooke, Daerah Gua Musang, Kelantan. Turut hadir menjayakan program wakil dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam KKM, Pejabat JAKOA Daerah Gua Musang, Penyelidik Universiti Malaysia Kelantan, para penghulu, para Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung Orang Asli dan para Pengamal Perubatan Tradisional Orang Asli Suku Kaum Temiar & Bateq.

HOAG mengucapkan tahniah kepada BPTK KKM diatas penganjuran jelajah ini. Semoga dengan jelajah ini akan memberi kesedaran dan menzahirkan kesediaan komuniti Orang Asli untuk menyokong pengiktirafan warisan komuniti Orang Asli ini.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Seluruh warga Hospital Orang Asli,  Gombak (HOAG) menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pembantu Kesihatan Awam ...
25/07/2026

Seluruh warga Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pembantu Kesihatan Awam di Direktorat Kesihatan Awam, En. Winson Kong Su di atas perkhidmatan cemerlang beliau di HOAG. En. Winson akan bertukar keluar dan akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Kesihatan Negeri Sabah pada 27 Julai 2026. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau. Semoga beliau terus berkhidmat dengan cemerlang di negeri bawah bayu.

16 Julai 2026. Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah menerima kunjungan Prof. Dr. Ian J. Wallace dari University of N...
16/07/2026

16 Julai 2026.

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah menerima kunjungan Prof. Dr. Ian J. Wallace dari University of New Mexico, United States. Prof. Dr. Ian banyak menjalankan penyelidikan Medical Anthropology dalam kalangan masyarakat Orang Asli. HOAG sangat menghargai kolaborasi penyelidikan yang dijalankan. Semoga kolaborasi ini memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan termasuk komuniti Orang Asli sendiri.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

10 Julai 2026. Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) ingin merakamkan ucapan  penghargaan dan terima kasih kepada En.Tommy ...
14/07/2026

10 Julai 2026.

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En.Tommy Bin Jaimin, Juru Teknologi Makmal Perubatan, Makmal Patologi HOAG di atas segala jasa, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di HOAG. En. Tommy akan bertukar keluar dari HOAG dan meneruskan perkhidmatan di Hospital Tawau, Sabah pada 13 Julai 2026.

Selamat maju jaya kepada En. Tommy Bin Jaimin.

LAWATAN STRATEGIK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KE HOSPITAL ORANG ASLI, GOMBAKHospital Orang Asli, Gombak (HOAG) amat berbesar ...
05/07/2026

LAWATAN STRATEGIK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KE HOSPITAL ORANG ASLI, GOMBAK

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diketuai oleh En. Mohd Nur Fadhli Bin Yohman (Ketua Jabatan Pengurusan Sosial dan Kebajikan LZS) pada 1 Julai 2026 yang lalu.

Tujuan utama lawatan strategik ini adalah untuk mengetahui perkhidmatan dan pengoperasian HOAG. Di samping itu, lawatan ini juga menjadi platform perbincangan dua hala bagi menjalinkan kerjasama khususnya dalam Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) demi manfaat para pesakit Orang Asli muslim dan muslimah.

Pihak pengurusan dan JK Hospital Mesra Ibadah HOAG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Zakat Selangor atas lawatan ini, disamping pemberian sumbangan bagi menjayakan aktiviti program HMI. Semoga jalinan kerjasama ini akan membuahkan impak positif kepada pengurusan ibadah pesakit Orang Asli yang mendapatkan perkhidmatan di HOAG.

Pada 27 sehingga 28 Jun 2026, Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak telah dijemput ...
29/06/2026

Pada 27 sehingga 28 Jun 2026, Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak telah dijemput menjayakan bersama Program Khidmat Masyarakat "Reaching Out:USR UiTM dan Kursus Kepimpinan Kelab KAMI HEALX UiTM 2026" di Kg. Klewang dan Kg. Sungai Kejar, Royal Belum. Pengarah HOAG telah diberi penghormatan merasmikan program ini bertempat di Kg. Klewang pada 27 Jun 2026. Antara objektif program adalah promosi amalan gaya hidup sihat dan pengurangan tingkah laku berisiko. Program ini juga mendedahkan para mahasiswa terhadap realiti dan cabaran kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di kedua-dua kampung. HOAG merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Kesihatan UiTM, Kelab HEALX UiTM Shah Alam, Fakulti Perubatan UiTM, Hospital Al Sultan Abdullah UiTM dan Alumni UiTM diatas jemputan ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada Yang Beradat Batin Zamri Kg. Klewang, Batin Baying Kg. Sg. Kejar dan seluruh komuniti kedua-dua kampung yang turut serta menjayakan program sinergi ini.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Tuan/Puan,Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.2. Dimaklumkan bahawa Hospital...
05/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Hospital Orang Asli, Gombak ingin mempelawa tawaran Sebut Harga bagi Kerja-Kerja Pemasangan Sistem Pendingin Hawa Di Wad Hospital Daerah Dan Kerja-Kerja Lain Berkaitan Di Hospital Orang Asli, Gombak .
3. Tuan/Puan yang berminat dipelawa untuk menyertai tawaran sebut harga tersebut.
Sekian, terima kasih.

29 April 2026.Pengurusan Tertinggi Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan tahniah kepada 18 orang kakitangan HOA...
30/04/2026

29 April 2026.

Pengurusan Tertinggi Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan tahniah kepada 18 orang kakitangan HOAG yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Peringkat Jab. Kesihatan Negeri Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kem. Kesihatan Malaysia bertempat di Bangi Avenue Convention Centre.

"Kecemerlangan Perkhidmatan Kesihatan, Memacu Aspirasi MADANI".

23/04/2026

22 April 2026.

Program Penyerahan Sumbangan Kaki Palsu kepada penerima Orang Asli anjuran bersama Yayasan UNITI dan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah berjaya dilaksanakan di HOAG. Program ini telah mendapat sokongan penyumbang daripada Yayasan Waqaf Malaysia, Affin Islamic Bank Berhad, Tenaga Nasional Berhad & UMW.

Program bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup penerima melalui penyediaan bantuan mobiliti.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil agensi penyumbang, JAKOA dan Jab. Kesihatan Negeri Selangor. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat serta sinar baharu kepada para penerima dalam menjalani kehidupan harian dengan lebih baik.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Address

KM 24, Jalan Gombak
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Orang Asli Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Orang Asli Gombak:

Shortcuts

Share