18/05/2026
πππ ππππ πππ‘πππππ‘ π£ππ‘ππππ§ ππ‘πππ’π§π ππππ‘-ππππ‘ π£ππ‘ππππ§ (πππ£ πππ£) ππ’π₯ ππ‘πππ‘π§π₯π π¦ππ₯π π/ππππ (ππ’π‘ π¦ππππ)
SABAH, 15 Mei 26 β Jabatanarah Infantri (Jab Inf) telah menganjurkan Lembaga Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LKP LLP) Kor Infantri Siri 2/2026 mulai 10 hingga 15 Mei 26 bertempat di 3 RAMD Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Objektif utama LKP LLP adalah untuk menilai dan menguji secara komprehensif aspek fizikal, personaliti, penampilan, tahap keyakinan diri, kredibiliti, kemahiran komunikasi serta kompetensi yang diperlukan oleh seseorang anggota untuk memenuhi peranan sebagai Pemimpin Rendah yang berdaya saing dan berwibawa. Melalui pelaksanaan Lembaga ini, Kor Infantri berupaya memastikan bahawa pemilihan barisan Pemimpin Rendah dilaksanakan secara telus, sistematik dan berasaskan merit selaras dengan keperluan semasa pasukan.
Di samping itu, Lembaga ini turut berfungsi sebagai platform pemantapan profesionalisme anggota dengan menekankan aspek kepimpinan, disiplin, integriti dan kesediaan operasi. Justeru, LKP LLP menjadi mekanisme penting dalam melahirkan pemimpin yang lebih kompeten, berkualiti tinggi dan berupaya mendukung misi serta visi Kor Infantri secara konsisten dan berkesan.
Lembaga ini melibatkan seramai 57 calon daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Rejimen Sempadan (RS) yang telah dikenal pasti sebagai layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan kekosongan perjawatan semasa. Proses pemilihan Lembaga dilaksanakan melalui tiga peringkat penilaian yang ditetapkan.
Peringkat 1 - Pemeriksaan Dokumentasi serta penilaian Body Mass Index (BMI) bagi memastikan setiap calon memenuhi syarat asas kelayakan.
Peringkat 2 - Ujian Bertulis, Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan Ujian Kompetensi yang bertujuan mengukur tahap pengetahuan, kecergasan fizikal serta kemahiran profesional calon.
Peringkat 3 - Sesi Temuduga Akhir yang memberi ruang kepada panel untuk menilai aspek kepimpinan, sahsiah, komunikasi dan potensi calon sebagai Pemimpin Rendah di pasukan kelak.
Sesi Temuduga Akhir telah dipengerusikan oleh Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani, Pengarah Infantri pada 14 Mei 26 bertempat di Rumah BAKAT, 3 RAMD. Turut hadir sebagai Ahli Panel Sesi Temuduga Akhir adalah Leftenan Kolonel Shahril bin Shaarani, Pegawai Staf 1 Anggota dan Leftenan Kolonel Mohd Shaiful Amir bin Omar, Pegawai Memerintah 3 RAMD.
Jab Inf merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Memerintah dan seluruh warga 3 RAMD di atas segala bantuan logistik serta kemudahan yang diberikan sepanjang lembaga ini dilaksanakan.