02/09/2026
๐TINJAUAN KETUA PENGARAH JKKP MALAYSIA BAGI PELAKSANAAN TAYANGAN VIDEO PENDEK SEMPENA PROMOSI DAN HEBAHAN SAMBUTAN 150 TAHUN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) NEGARA
KUALA LUMPUR, 2 September 2026 โ Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon telah mengadakan tinjauan terhadap pelaksanaan tayangan video pendek sempena Promosi dan Hebahan Sambutan 150 Tahun Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara melalui medium 'Transit Advertising' di dalam tren LRT Laluan Ampang anjuran JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Tinjauan yang bermula dari Stesen LRT Bandaraya hingga Stesen LRT Sungai Besi ini memberi peluang kepada Ketua Pengarah melihat sendiri pelaksanaan inisiatif promosi berkenaan yang mengetengahkan mesej-mesej KKP kepada pengguna pengangkutan awam.
Beliau diiringi oleh Pengarah JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Ir. Ts. Hajah Habsah binti Md Ishak, bersama barisan pengurusan tertinggi JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya. Turut hadir ialah Pengarah-pengarah beserta wakil Bahagian dari JKKP Ibu Pejabat Putrajaya
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JKKP dalam memperluas capaian promosi KKP melalui pendekatan yang lebih kreatif dan dekat dengan masyarakat, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kehidupan seharian.