Parti Keadilan Rakyat Cabang Cheras

Parti Keadilan Rakyat Cabang Cheras Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Parti Keadilan Rakyat Cabang Cheras, Political organisation, Cheras, Kuala Lumpur.

16/09/2026

Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar. Pada 16 September 1963, kita memilih untuk membina sebuah negara bersama, menghimpunkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam satu ikatan yang lebih besar.

Lebih enam dekad kemudian, semangat itu mesti terus kita pertahankan. Malaysia dibina atas kepelbagaian. Perbezaan agama, bahasa, budaya dan latar kehidupan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk jati diri negara.

Sebagai rakyat, kita mempunyai tanggungjawab memastikan tiada siapa yang merasa tersisih daripada arus pembangunan. Kemajuan ekonomi mesti disertai keadilan, peluang yang saksama, integriti dan kesejahteraan untuk semua.

Marilah pada Hari Malaysia ini, kita memperbaharui tekad untuk menjaga perpaduan, menghormati kepelbagaian dan mempertahankan kedaulatan negara. Malaysia yang kita wariskan kepada generasi akan datang harus lebih kuat, lebih adil dan lebih bersatu.

Inilah tanah air kita. Inilah Malaysia yang kita cintai. 🇲🇾


*Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.*    *SELAMAT HARI MALAYSIA 2026...
15/09/2026

*Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.*

*SELAMAT HARI MALAYSIA 2026* 🇲🇾

16 September — hari lahirnya semangat Malaysia. Satu detik bersejarah di mana tanah air ini mula melangkah dengan penuh harapan, menyatukan pelbagai kaum, budaya dan wilayah di bawah panji Jalur Gemilang.

Kita mungkin datang dari pelbagai latar belakang — Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dayak, dan banyak lagi — namun kita semua adalah *Anak Malaysia*.

Inilah kekuatan sebenar kita.
Bukan pada persamaan, tetapi pada penerimaan dan kebersamaan.

Setiap kali kita menyanyikan lagu Negaraku, setiap kali bendera dinaikkan; itu bukan sekadar simbol. Ia adalah ingatan bahawa kita mewarisi sebuah negara yang dibina atas pengorbanan, darah dan air mata mereka yang terdahulu.

Tanggungjawab kita hari ini ialah memastikan legasi itu terus hidup dan subur.

Malaysia, engkau bukan sekadar nama di peta. Engkau adalah denyut nadi kami, semangat kami, dan masa depan anak-anak kami.

*Selamat Hari Malaysia 2026.*
Teruslah melangkah megah, tanah airku.
Kami sentiasa bersamamu.

Sekian, terima Kasih

Salam hormat,
Haji Mohamad Raimi Ab Rahim
Ketua KeADILan Cabang Cheras

Pada 13 September 2026 - Saf Kepimpinan Ahli Jawatankuasa ( KeADILan) Cabang Cheras telah menghadiri Majlis Maulidur Ras...
15/09/2026

Pada 13 September 2026 - Saf Kepimpinan Ahli Jawatankuasa ( KeADILan) Cabang Cheras telah menghadiri Majlis Maulidur Rasulullah SAW 2026 di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya, Selangor.Majlis ini anjuran bersama Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA),Biro Pendidikan dan Biro Veteran Keadilan Malaysia.

15/09/2026

Makin disebut “Guru”, makin ramai p**a anak murid sebenar Anwar Ibrahim muncul membawa cerita masing-masing.

Kali ini datang satu lagi kisah daripada bekas pelajar Yayasan Anda Akademik sesi 1983–1984.

Bukan kisah seorang pelajar cemerlang yang perjalanan pendidikannya memang sudah tersedia cantik sejak awal.

Dia pernah gagal SPM.

Peluang untuk meneruskan pendidikan melalui sekolah kerajaan p**a sudah tertutup.

Ketika itu, dia sendiri melihat laluan STPM sebagai antara peluang terakhir untuk mengubah perjalanan hidupnya.

Dan di situlah Yayasan Anda membuka satu lagi pintu.

“Terima kasih PMX kerana seawal waktu muda lagi beliau telah memikirkan jalan untuk membuka peluang kedua untuk pelajar-pelajar yang agak kebelakangan dalam pendidikan menengah, untuk meneruskan perjalanan dalam mengejar cita-cita,” tulisnya.

Bagi keluarga yang bukan datang daripada latar berada, soal yuran tentunya bukan perkara kecil.

Tetapi menurutnya, kadar yang dikenakan Yayasan Anda ketika itu masih dalam kemampuan abangnya yang mahu melihat dia terus belajar.

“Yayasan Anda menyediakan aku dengan peluang untuk meneruskan persekolahan, dengan yuran yang sangat berpatutan dalam kemampuan abang aku yang mahu aku teruskan usaha menguji kemampuan diri.”

Dia datang dari kampung.

Tinggal di tingkat 14 Asrama Flat Kampung Kerinchi.

Setiap hari berjalan kaki pergi dan balik ke sekolah di Jalan Pantai Baharu.

Tak ada cerita hidup mewah.

Yang ada cuma satu peluang kedua dan kemahuan untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Akhirnya keputusan STPM yang diperoleh memberangsangkan.

Walaupun masih belum berjaya mendapatkan tempat di universiti tempatan, kali ini dia tidak berhenti.

Satu pintu tertutup, pintu lain p**a terbuka.

Dia mendapat peluang menghadiri temu duga MARA bagi Program AAD.

Berjaya dipilih.

Dan perjalanan seorang pelajar yang pernah gagal SPM itu akhirnya membawanya jauh sehingga ke California State University, Sacramento.

Dari kampung.

Ke Flat Kampung Kerinchi.

Berjalan kaki ke Yayasan Anda.

Kemudian sampai ke California.

Yang menariknya, sepanjang tempoh belajar di Yayasan Anda, beliau bukanlah pelajar yang setiap hari duduk mendengar Anwar mengajar di hadapannya.

Menurutnya, hanya sekali beliau sempat mendengar sendiri kata-kata semangat Anwar ketika tokoh itu datang melawat Yayasan Anda.

Sekali sahaja.

Tetapi selepas lebih empat dekad, pertemuan itu masih berada dalam ingatannya.

“Jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayat.”

Beliau turut mendoakan supaya segala usaha Anwar terus mendapat keberkatan dan rahmat Allah.

Dan di sinilah cerita mengenai gelaran “Guru” semakin menarik.

Mulanya perkataan itu mahu dimainkan sebagai sindiran politik.

Tetapi semakin dimainkan, semakin ramai p**a bekas pelajar membuka cerita lama.

Ada yang datang membawa kenangan tahun 1970-an.

Ada dari 1980-an.

Ada yang pernah belajar tanpa yuran.

Ada yang membayar yuran pada kadar yang mampu ditanggung keluarga.

Ada yang tercicir daripada pendidikan.

Ada yang datang dari kampung.

Ada yang akhirnya masuk universiti.

Ada yang menjadi guru.

Dan kali ini, ada seorang yang bermula selepas gagal SPM tetapi akhirnya sampai belajar ke California.

Mereka bukan sedang bercerita tentang Anwar selepas menjadi Perdana Menteri.

Cerita mereka bermula puluhan tahun sebelum Putrajaya.

Ketika Anwar masih muda dan belum ada jawatan Perdana Menteri untuk dikejar.

Sebab itu kadang-kadang politik memang mempunyai cara yang pelik untuk membuka sejarah.

Niatnya mahu menyindir “Guru”.

Sekali anak-anak murid sebenar p**a muncul seorang demi seorang membawa kisah hidup mereka.

Iyeker?

Dulu gagal SPM, Yayasan Anda bagi peluang kedua.

Akhirnya sampai ke California.

Lebih 40 tahun kemudian dia muncul bukan minta apa-apa.

Cuma nak cakap:

“Jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayat.”

15/09/2026
15/09/2026

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Cabang Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share