03/08/2026
Lawatan Semakan Pematuhan Keselamatan Perlindungan dan Audit Pengurusan Rekod telah dilaksanakan oleh Unit Keselamatan, Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama Unit Pengurusan Rekod, Bahagian Pentadbiran di Bahagian Pengurusan Ilmu dan Maklumat Digital (PIMD) pada 30 Julai 2026 (Khamis).
PIMD menyahut pelaksanaan audit ini dengan menjadi bahagian pertama yang menjalani semakan bagi tahun 2026 sebagai tanda komitmen dalam memperkukuh pematuhan keselamatan perlindungan dan pengurusan rekod.
Segala teguran dan syor penambahbaikan yang diterima akan diambil tindakan serta dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan amalan tadbir urus yang lebih cekap, berkualiti dan berintegriti.