Wanita Amanah Gombak

Wanita Amanah Gombak Amanah, Progresif, Peduli

Ziarah Santunan Kasih ke rumah Ahli AWAN Gombak, NadiaSemoga cepat sembuh Nadia
23/08/2026

Ziarah Santunan Kasih ke rumah Ahli AWAN Gombak, Nadia

Semoga cepat sembuh Nadia

Ziarah Santunan Kasih sempena Anak Ahli AWAN gombak Siti Izwah yang telah pun berangkat ke luar negara untuk melanjutkan...
23/08/2026

Ziarah Santunan Kasih sempena Anak Ahli AWAN gombak Siti Izwah yang telah pun berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan.

Tahniah diucspkan.

20/08/2026

JELAJAH PENERANGAN ISU RCI TABUNG HAJI BERMULA DI ALOR SETAR

Gerakan penerangan mengenai dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan masyarakat memahami isu berkaitan pengurusan simpanan institusi itu secara menyeluruh.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, gerakan berkenaan akan dilaksanakan dengan penglibatan alim ulama dan agamawan yang akan membantu masyarakat memahami dapatan RCI TH melalui masjid, surau, sekolah, jabatan kerajaan, kolej, universiti serta ruang pendidikan masyarakat.

Beliau berkata, usaha itu susulan penganjuran Persidangan Khas Ulama dan Agamawan: Hifz al-Mal yang menghimpunkan lebih 100 alim ulama dan agamawan dari seluruh negara hari ini bagi bermuzakarah mengenai isu RCI TH serta amanah menjaga simpanan 9.7 juta pendeposit yang majoritinya umat Islam.

"Matlamatnya jelas fakta mesti diterangkan, amanah mesti dipertahankan dan penyelewengan terhadap harta umat tidak boleh dibiarkan berulang. Tabung Haji adalah amanah umat. Menjaganya adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mujahid yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata, persidangan yang berlangsung di sebuah hotel di sini digerakkan Sekretariat Ulama Malaysia bersama Mursyid al-’Am Majlis Ulama Malaysia Abdul Rahim Abdul Rahman.

"Menariknya, persidangan ini bukan hanya menghimpunkan agamawan. Ia turut melibatkan panel daripada pelbagai latar belakang profesional dan keilmuan termasuk akauntan bertauliah, pengulas ekonomi, pengamal undang-undang, asatizah serta ulama pondok.

"Gabungan kepakaran ini membolehkan isu RCI TH dibincangkan secara lebih menyeluruh, merangkumi aspek agama, kewangan, ekonomi, perakaunan, perundangan, tadbir urus serta amanah dalam menjaga harta umat,” katanya.

Antara pengisian utama ialah sesi ‘Merungkai RCI Tabung Haji’ yang membincangkan dapatan berkaitan RCI dari sudut profesional, diikuti sesi ‘RCI Tabung Haji Kebangkitan Ummah dan Ulama’ yang memberi tumpuan kepada peranan agamawan serta masyarakat dalam memahami dan mempertahankan amanah umat.

Mujahid berkata, prinsip Hifz al-Mal, iaitu menjaga dan melindungi harta, menjadi asas persidangan berkenaan, khususnya dalam konteks TH yang menguruskan simpanan jutaan umat Islam bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

Kredit to berita Bernama

MCA bantah larangan arak....tapi rakyat nk MCA juga sb MCA gabung dengan Melayu UMNO Dan Islam PAS... Rakyat x sedar mer...
20/08/2026

MCA bantah larangan arak....tapi rakyat nk MCA juga sb MCA gabung dengan Melayu UMNO Dan Islam PAS... Rakyat x sedar mereka gabung dengan musuh ISLAM

Cuba tengok siapa yg suruh undi MCA maka bermaharajalela la depa

20/08/2026

PELUPUSAN HUTANG ABRAJ SELAMATKAN BEBANAN PENDEPOSIT

Penjualan saham Abraj Sdn. Bhd., yang dimiliki 50% oleh Tabung Haji (TH) dan 50% oleh Amanah Raya Berhad (ARB), merupakan salah satu daripada 14 pelaburan bermasalah yang disebut dalam Laporan RCI Tabung Haji.

Pada 20 Februari 2020, saya telah menandatangani surat persetujuan untuk menjual pegangan saham TH dalam Abraj setelah pihak pengurusan Tabung Haji membuat keputusan bagi mengelakkan TH terus terdedah kepada risiko yang boleh menjejaskan kepentingan para pendeposit.

Dalam urus niaga tersebut, nilai saham TH yang dijual kepada ARB adalah sebanyak RM100,000. Namun, angka RM100,000 itu tidak boleh dilihat secara berasingan kerana ARB selaku pembeli turut bersetuju mengambil alih bebanan hutang TH dalam Abraj yang berjumlah sekitar RM192 juta.

Oleh itu, adalah tidak adil sekiranya hanya angka RM100,000 dipetik untuk menggambarkan keseluruhan transaksi tanpa menjelaskan bahawa pembeli turut mengambil alih bebanan hutang tersebut.

Begitu juga, adalah tidak tepat untuk membandingkan secara langsung harga jualan saham RM100,000 dengan nilai hartanah sekitar RM300 juta. Penilaian hartanah tersebut dibuat pada tahun 2016, sedangkan Abraj telah berdepan masalah sejak tahun berkenaan. Menjelang 2019, bebanan hutangnya telah meningkat kepada sekitar RM192 juta.

Keadaan menjadi lebih serius apabila rosot nilai sekitar RM40 juta direkodkan pada 2019. Bank juga telah mengeluarkan notis pelanggaran dan amaran berkaitan hutang antara Ogos hingga Oktober 2019.

Dalam keadaan TH sedang berhadapan defisit sekitar RM10 bilion yang dikenal pasti pada penghujung 2018, bebanan hutang Abraj sebanyak RM192 juta berisiko menjejaskan lagi usaha pemulihan dan penstrukturan semula yang sedang dilaksanakan.

Justeru, keputusan melepaskan pegangan saham TH dalam Abraj, dengan bebanan hutang RM192 juta diambil alih oleh pembeli, merupakan keputusan yang dianggap terbaik berdasarkan keadaan kewangan TH ketika itu.

Demi menjaga kepentingan para pendeposit dan mengelakkan TH daripada mengalami “pendarahan” kewangan yang lebih parah, saya telah memberikan persetujuan berdasarkan mandat kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Tabung Haji.

Saya memberikan komitmen sepenuhnya untuk membantu sebarang siasatan berkaitan kes Abraj dan bersedia mempertahankan keputusan yang dibuat ketika itu. Keputusan tersebut perlu dinilai berdasarkan keseluruhan keadaan kewangan dan risiko yang dihadapi TH pada waktu berkenaan, khususnya usaha memulihkan institusi serta memelihara kepentingan sekitar 9 juta pendeposit Tabung Haji.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa
Mantan Menteri Agama (2018–2020)
13 Ogos 2026

Semua orang lain kafir kecuali sokong dia...Na u zubillah
20/08/2026

Semua orang lain kafir kecuali sokong dia...Na u zubillah

MAKIN EXTREME PAS: ULAMA BESAR PUN DICOP “KAFIR HARBI” KERANA ULAS ISU TABUNG HAJI?

Kalau ulama pun boleh dicop begitu, esok lusa siapa p**a yang akan dilabel?

Makin pelik politik sekarang. Bila seorang ulama besar Kedah mengulas dan mempersoalkan isu RCI Tabung Haji, tiba-tiba ada p**a ahli PAS yang melabel beliau sebagai “kafir harbi”.

Korang tahu apa maksud kafir harbi? Dalam istilah fiqh klasik, ia merujuk kepada orang bukan Islam yang berada dalam keadaan bermusuhan atau berperang dengan umat Islam. Bukan sekadar gelaran untuk orang yang berbeza pandangan.

Yang lebih mengejutkan, label itu datang daripada anak buah kepada yang dikaitkan dengan pimpinan PAS sendiri.

Tak setuju dengan pandangan, boleh. Nak berbahas, silakan. Tapi sampai melabel orang sebagai kafir harbi hanya kerana berbeza pandangan tentang isu Tabung Haji?

Ini dah bukan soal Tabung Haji semata-mata. Ini soal adab dalam berbeza pandangan.

20/08/2026

“Dan istilah-istilah harbi itu dikeluarkan sebenarnya bahaya. Harbi, kalau kita tengok dia punya definisinya adalah, orang kata apa, negara ataupun orang yang tidak ada apa-apa perjanjian dengan kita. Maka tidak ada apa-apa kontrak kerjasama diplomasi.

Tetapi kita sekarang ni dah ada perjanjian di antara negara. Kemudian semua dah ada IC ataupun dipanggil kewarganegaraan, apa, warganegaraan.

Jadi benda-benda tersebut, ia tidak boleh. Walaupun katakanlah mereka ini benci Islam, tak boleh kata orang yang benci Islam tu harbi.

Kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bermuamalah dengan golongan munafiqun yang menzahirkan Islam, tapi dalam batin mereka membenci Islam.

Dan [sebahagian] mereka menunjukkan kebencian pada Islam. Tetapi selagi mereka tak mengangkat senjata dan mematuhi kontrak, maka tidak boleh diitlakkan harbi kepada mereka.

Sebab harbi ni makna kita terputus kontrak dan halal darah dan harta mereka.”

Address

Jalan AU 4/11
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Amanah Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share