Politik Dalam Politik

Politik Dalam Politik Sendirian Berhad

Bimbang melihat landskap politik hari ini.Setiap hari yang diperkatakan ialah siapa bakal ketua, siapa bakal Perdana Men...
31/05/2026

Bimbang melihat landskap politik hari ini.

Setiap hari yang diperkatakan ialah siapa bakal ketua, siapa bakal Perdana Menteri, siapa akan bergabung dengan siapa, dan siapa akan meninggalkan siapa. Jika ditanya, semuanya mengaku mahu berjuang untuk rakyat, membela agama dan mempertahankan bangsa.

Tetapi bagaimana p**a dengan isu rakyat?

Dulu kita bimbang kerana terlalu banyak parti politik sehingga orang Melayu dan Islam berpecah. Hari ini, bukan sahaja parti semakin banyak, malah gabungan demi gabungan terus muncul. Kini timbul p**a cadangan untuk menubuhkan gabungan baharu.

Semua gabungan mendakwa mahu menyatukan ummah. Benarkah itu?

Atau sebenarnya masing-masing sedang berlumba-lumba untuk menjadi yang paling berkuasa?

Apa yang lebih membimbangkan, pertelingkahan sesama sendiri semakin menjadi kebiasaan. Kawan hari ini menjadi lawan esok. Masing-masing menyerang secara terbuka seolah-olah hanya diri sendiri yang betul.

Semua bercakap seakan-akan mereka paling suci.
Semua bercakap seolah-olah mereka mengetahui segala-galanya.
Semua bercakap seolah-olah kump**an merekalah penyelamat bangsa dan agama.

Hakikatnya, semakin hari semakin sukar melihat perjuangan agama, bangsa dan rakyat menjadi keutamaan. Yang lebih jelas kelihatan ialah perjuangan untuk kepentingan kelompok dan individu.

Umpatan, sengketa, provokasi, hasutan dan fitnah berlegar tanpa rasa bersalah. Seolah-olah apabila berpolitik, segala batas yang ditetapkan agama boleh diketepikan.

Adakah kerana politik, batu api menjadi harus?
Adakah kerana politik, menghasut menjadi kebiasaan?
Adakah kerana politik, menambah cerita dan memfitnah dianggap perkara biasa?

Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa dalam dunia politik. Tidak kira dari mana datangnya, kebanyakan gerakan politik akhirnya terperangkap dalam percaturan kuasa. Bukan semua, tetapi terlalu ramai.

Ada yang mengatur untuk memecahkan.
Ada yang mengatur untuk merosakkan.
Ada yang mengatur untuk menjatuhkan.
Dan ada yang hidup dengan kebencian.

Siapa mahu menafikannya?

Sebab itulah politik Melayu sukar untuk benar-benar bersatu. Kerana kepentingan kump**an sering mengatasi ukhuwah. Kerana kepentingan peribadi sering didahulukan daripada kepentingan ummah.

Akhirnya, slogan demi slogan terus dilaungkan.

"Untuk ummah."
"Demi agama."
"Demi perpaduan."

Tetapi jika hati masih dipenuhi nafsu kuasa dan kepentingan diri, bukankah kita sebenarnya sedang membohongi diri sendiri?

Berkenaan isu panas antara PAS dan Bersatu ketika ini, sebenarnya ramai yang sudah dapat menjangka perubahan sikap PAS a...
23/05/2026

Berkenaan isu panas antara PAS dan Bersatu ketika ini, sebenarnya ramai yang sudah dapat menjangka perubahan sikap PAS apabila semakin kuat dan mempunyai kuasa politik yang besar.

Sikap sukar menerima pandangan parti lain, rasa terlalu yakin dengan diri sendiri, dan merasakan perjuangan mereka sahaja yang paling betul, perkara ini bukan sahaja dapat dilihat di peringkat pimpinan tertinggi, malah turut dirasai hingga ke akar umbi.

Mungkin kerana bentuk tarbiah dan pemikiran yang diterapkan, ada dalam kalangan mereka yang merasakan tiada perjuangan lebih baik daripada perjuangan mereka, tiada pemimpin lebih layak daripada pemimpin mereka, dan tiada pihak lain yang lebih benar daripada mereka.

Dalam soal gerak kerja pilihan raya p**a, ada ketika mereka dilihat lebih daripada UMNO-BN dahulu. Segalanya bagi mereka perlukan wang, tiada wang, tiada pos pilihan raya. Tiada wang, tiada PACABA. Tiada wang, tiada keselamatan. Tiada wang, maka tiadalah gerakan membantu di bawah. Permintaan demi permintaan akhirnya membuatkan ramai sahabat mula bertanya dalam hati, “Inikah perjuangan yang sebenar?”

Hakikatnya, manusia tidak mampu menipu hati sendiri. Tidak mampu menipu naluri sendiri. Dan tidak mampu menipu kehendak serta nafsu peribadi yang ada dalam diri.

Ini baru permulaan daripada apa yang ingin saya perkatakan. Tetapi secara jujur, saya melihat ramai dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS sebenarnya gemar menipu diri sendiri, mengulang pembohongan sehingga akhirnya mereka sendiri percaya bahawa apa yang dilakukan itu sentiasa betul.

Ingat… jangan kita sangka hanya kerana seseorang itu berkopiah, berserban, berjanggut, membuka tahfiz atau pusat pengajian agama, maka dia automatik suci daripada sifat mazmumah dan hati yang hitam.

Jangan menipu diri sendiri dengan berselindung di sebalik imej agama sedangkan dalam masa yang sama hati sedang bergelora dengan nafsu kuasa, pengaruh dan kepentingan tertentu. Jangan sampai menghalalkan cara dengan terus membohongi diri sendiri, sehingga akhirnya diri sendiri turut tenggelam dalam pembohongan yang dicipta.

Sekian.

— Aslam Ahmad
Pemerhati rapat Perikatan Nasional

Address

Setapak
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politik Dalam Politik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share