01/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
MEMPAGA, 30 Jun 26 โ Seramai 6 pegawai dan 69 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai Perbarisan Pegawai Memerintah 93 Pusat Peluru yang telah berlangsung di Padang Kawad 93 DPP, Kem Mempaga.
Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat kepada Pegawai Memerintah 93 DPP, YBhg Kol Mohd Zubir bin Sulaiman, diikuti pemeriksaan perbarisan yang diiringi oleh Lt Kol Mohd Safri bin Zakri selaku Ketua Perbarisan.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menegaskan bahawa sebagai anggota tentera, disiplin dan integriti merupakan asas utama dalam melaksanakan amanah serta menjaga nama baik pasukan. Sehubungan itu, setiap anggota hendaklah menjauhi segala bentuk salah laku seperti penyalahgunaan dadah, ketum, bahan terlarang, arak, perjudian, jenayah syariah dan Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan kerjaya, kesihatan, kewangan serta keharmonian institusi kekeluargaan.
Beliau turut mengingatkan bahawa semua peringkat anggota hendaklah sentiasa mematuhi peraturan, mengamalkan nilai murni dan berusaha membetulkan kesilapan demi mengekalkan kecemerlangan diri serta martabat pasukan.
Penegasan ini bertujuan memastikan warga 93 DPP sentiasa berada dalam landasan disiplin yang tinggi, berintegriti serta bersatu padu demi menjamin kesiapsiagaan dan kecemerlangan Tentera Darat Malaysia amnya dan pasukan khususnya.
Perbarisan kali ini juga diadakan pemakaian pangkat yang melibatkan seorang anggota LLP. P/Sjn Mohd Syafiq bin Mohammed Yusoff, dinaikkan pangkat daripada Kpl kepada P/Sjn.
Usai perbarisan, telah berlangsung Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2026 bertempat di Auditorium PULNORD-SLP, Kem Mempaga. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah dan telah dihadiri oleh semua peringkat anggota pasukan 93 DPP. Antara agenda utama mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kebajikan warga pasukan, perancangan aktiviti kebajikan pasukan serta pembentangan akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) pasukan.
Oleh: Lt Amirul Amzar bin M Hasni