13/08/2026
MAJLIS LAWATAN PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM (JKDNKA) KE PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2026 – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah menerima lawatan rasmi YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) ke Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketibaan YDH Pengarah JKDNKA telah disambut oleh YDH SAC Rosli bin Md Yusof, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, bersama barisan pegawai kanan PSP dan JKDNKA.
Majlis dimulakan dengan Detasmen dan Kawalan Kehormatan mengambil tempat, diikuti ketibaan YDH Timbalan Komander PSP, YDH Komander PSP serta barisan pegawai kanan JKDNKA.
Seterusnya, berlangsung Majlis Pemakaian Beret Pasukan Simpanan Persekutuan kepada YDH Pengarah JKDNKA, diikuti Baris Lapor dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Pengarah JKDNKA.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, persembahan khas serta nyanyian lagu Sedia Berkhidmat, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.
YDH Pengarah JKDNKA bersama pegawai-pegawai Jabatan KDNKA kemudiannya bergerak ke Holding Room, sebelum meneruskan lawatan ke Pejabat Pentadbiran bagi sesi bergambar dan menandatangani Buku Pelawat.
Seterusnya, rombongan bergerak ke Bilik Gerakan bagi mengikuti taklimat pentadbiran dan pengoperasian oleh Komander PSP, diikuti bacaan doa serta penyampaian cenderahati.
Lawatan diteruskan ke Dewan Terbuka ‘A’ bagi penyampaian amanat oleh YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah JKDNKA, sebelum majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Lawatan rasmi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan, kerjasama dan sinergi antara JKDNKA dan PSP, khususnya dalam aspek pentadbiran, pengoperasian serta kesiapsiagaan pasukan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.