16/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐- ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ฆ ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐ง๐ญ๐จ๐ง๐ฆ๐๐ง, ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ โ - MK RAJD Pakar (AW) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea sempena meraikan Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan Baharu Pegawai Sukarela dari RAJD Pakar (AW) dan Skn RAJD (AW) di Wisma Perwira RAJD KL, Kem Batu Kentonmen.
Terdahulu di sebelah pagi, seramai 44 x Pegawai Sukarela dari RAJD Pakar (AW), 23 Skn RAJD (AW) dan 24 Skn RAJD (AW) telah terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Baharu AW yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi.
Majlis Hi-Tea dimulakan dengan ketibaan Ketua Jurutera, Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh dan diteruskan dengan acara bergambar bersama Pegawai Sukarela yang diraikan. Majlis turut diserikan dengan Pemakaian 3 x Pegawai yang dinaikkan ke pangkat Mej dan Kapt.
Majlis dimeriahkan dengan iringan Band DโExplosion dari 91 Rej Bantuan RAJD dan diikuti dengan Sesi Suai Kenal Pegawai yang baharu ditauliahkan dan ucapan oleh Ketua Jurutera.
Dalam ucapan Ketua Jurutera, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Sukarela yang dinaikkan pangkat dan ditauliahkan. Beliau berharap agar dengan pangkat yang diberi mampu memberi suntikan semangat yang lebih tinggi kepada setiap Pegawai Sukarela dalam menabur bakti kepada Perkhidmatan Angkatan Sukarela amnya dan RAJD khasnya.
Turut hadir adalah KP BPKP, TKP Perancangan BPKP, TKP Pelaksanaan BPKP, Pegawai Memerintah dan Pegawai-Pegawai Kanan RAJD.
๐ท๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐โ ๐๐๐ ๐ด๐, ๐ฝ๐๐ ๐
๐ด๐ฝ๐ท