Wanita Tentera Darat Rasmi

Wanita Tentera Darat Rasmi Laman ini bertujuan untuk menyalurkan segala maklumat dan hebahan berkaitan Wanita Tentera Darat
(1)

14/08/2026
09/08/2026

𝗝𝗔𝗧𝗔 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—žπ—”π——π—”π—₯ π—Ÿπ—”π— π—•π—”π—‘π—š. π—œπ—” π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› 𝗦𝗔𝗧𝗨 π—π—”π—‘π—π—œ.

Pernahkah kita benar-benar berhenti seketika untuk melihat Jata Negara? Bukan sekadar melihatnya terpampang pada dokumen rasmi, bangunan kerajaan atau pakaian seragam, tetapi memahami maksud di sebalik setiap lambang yang membentuk identiti sebuah negara bernama Malaysia.

Dua ekor harimau bukan sekadar hiasan. Ia melambangkan keberanian, kekuatan dan kesediaan mempertahankan tanah air. Bintang pecah 14 mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia lahir daripada perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan. Anak bulan menzahirkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Malaysia, manakala setiap simbol pada perisai membawa kisah sejarah, warisan dan jati diri negeri-negeri yang membina negara ini.

Setiap kali anggota Angkatan Tentera Malaysia mengangkat sumpah, mengawal sempadan, belayar di lautan atau mengawal ruang udara, mereka bukan sekadar mempertahankan wilayah. Mereka mempertahankan makna yang terkandung di dalam Jata Negara iaitu kedaulatan, perpaduan dan maruah Malaysia.

Ada pihak yang cuba memecahkan perpaduan melalui fitnah, hasutan dan maklumat yang mengelirukan. Namun, rakyat yang memahami sejarah, menghormati simbol negara dan bersatu hati akan sentiasa menjadi kekuatan terbesar Malaysia. Itulah sebabnya Jata Negara bukan sekadar lambang rasmi, tetapi simbol yang menyatukan seluruh rakyat di bawah satu identiti, satu Perlembagaan dan satu tanah air.

Jata Negara mengingatkan kita bahawa walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, kita berkongsi satu lambang, satu tanah air dan satu tanggungjawab. Bersatu mempertahankan kedaulatan, memelihara keharmonian dan mewariskan Malaysia yang aman kepada generasi akan datang.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Angkatan Tentera Malaysia - Bersama Mempertahankan Kedaulatan, Memperkukuh Perpaduan.

PROGRAM DINAMIK SRIKANDI TENTERA DARAT TAHUN 2026 MENCUNGKIL BAKAT FUTSAL WANITA TENTERA DARAT7 Ogos 26 - Jawatankuasa H...
08/08/2026

PROGRAM DINAMIK SRIKANDI TENTERA DARAT TAHUN 2026 MENCUNGKIL BAKAT FUTSAL WANITA TENTERA DARAT

7 Ogos 26 - Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) telah menganjurkan Pertandingan Futsal Wanita TD yang telah disertai oleh peserta dari sekitar Lembah Klang. Pertandingan telah diadakan di Gelanggang Futsal, KD Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat Wanita TD dalam sukan futsal disamping membentuk disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan Wanita TD dalam satu pasukan.

Johan telah disandang oleh Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Naib Johan disandang oleh gabungan elemen Kor Perkhidmatan Am (KPA) manakala tempat Ketiga disandang oleh Kor Risik Diraja (KRD) dan tempat Keempat oleh Rejimen Semboyan Diraja (RSD).

Pemain terbaik disandang oleh Pbt Hellyrisah Tiana Edzoth (KPA-BK), penjaring terbanyak disandang oleh Pbt Dechardiena anak Gibson (KPA-BK) dan penjaga gol terbaik disandang oleh Sjn Hafidah binti Salam (KPTD).

Pengerusi JKHEWTD dan seluruh Wanita TD mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.


05/08/2026
Tatacara Pemakaian No.8 (Khidmat) bagi Wanita Tentera Darat.
03/08/2026

Tatacara Pemakaian No.8 (Khidmat) bagi Wanita Tentera Darat.

03/08/2026
02/08/2026
Sekalung tahniah diucapkan dari Wanita Tentera Darat πŸ‘
02/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan dari Wanita Tentera Darat πŸ‘

18/06/2026
Menjelma lagi tahun baru,Penyatuan ummah jiwa raga,Muharram membuka lembaran baru,Tingkatkan amalan menuju syurga. Salam...
17/06/2026

Menjelma lagi tahun baru,
Penyatuan ummah jiwa raga,
Muharram membuka lembaran baru,
Tingkatkan amalan menuju syurga.

Salam Maal Hijrah 1448H buat seluruh Wanita Tentera Darat.

Address

Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Telephone

+60340140413

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Tentera Darat Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita Tentera Darat Rasmi:

Shortcuts

Share