14/07/2026
PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN MEMAHAMI SEJARAH KEPIMPINAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN MUZIUM PDRM TAHUN 2026 DI GALERIA SRI PERDANA
Pada 14 Julai 2026 (Selasa), jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari, telah diadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Memahami Sejarah Kepimpinan dan Pemeliharaan Warisan Muzium tahun 2026.
Lawatan ini disertai seramai 38 Peserta di kalangan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah polis dan Pegawai Awam Muzium PDRM.
Objektif lawatan adalah bagi memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Dr Mahathir bin Mohamad sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Galeria yang merangkumi tiga tingkat galeri pameran dan satu blok pejabat pentadbiran. Galeria Perdana memaparkan lebih 3,500 memorabilia termasuk koleksi perabot, kenderaan, dokumen dan pakaian milik Tun Dr Mahathir.
Sebagai penutup, lawatan ke Galeria Sri Perdana telah memberikan pengalaman baru serta menambah pengetahuan berkaitan sejarah negara dan kepimpinan Malaysia.