29/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Bukit Aman, 29 Julai 2026 (Rabu) - CP Datoโ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman.
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDNKA disambut oleh DCP Datoโ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA PGA/WCB/PSK. Lawatan kerja dimulakan dengan Pengarah Jabatan KDNKA menandatangani buku lawatan.
Majlis ini diteruskan dengan bacaan doa dan kemudiannya ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah KDNKA PGA/WCB/PSK. Sesi taklimat Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman telah disampaikan oleh SAC Shaiful Azmi @ Hussein bin Omar, Ketua Penolong Pengarah PGA berkenaan latar belakang, keberhasilan dan hala tuju Pasukan Gerakan Am. Akhir majlis, Pengarah Jabatan KDNKA telah menyampaikan amanat kepada semua ahli mesyuarat agar menjalankan kerja dengan ikhlas dan amanah dengan slogan ISPO iaitu Integrity In Service, Professional in Operation.
Turut hadir dalam majlis ini DCP Datuk M.V. Sri Kumar a/l Madhavan Nair, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am/Krisis Bencana),SAC Datuk Mohd Zaki bin, Komander WCB/PSK, SAC Hakemal Bin Hawari, Komander Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia, SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA, SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA Official, ACP Rizal bin Mohamed, Penolong Pengarah Pengoperasian PGA, ACP Mohd Hazazi bin Othman, Timbalan Komander Briged Tenggara PGA Rasmi, Supt Noor Zailan bin Ahmad, Penolong Pengarah Teknikal / Kepolisan Am PGA, Supt. Suhaimi bin Omar, Pegawai Turus Operasi/Risik PGA, Supt. Ku Majidin bin Che Jusoh dan Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Sarawak.