Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Halaman rasmi Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara yang dikelolakan oleh Bah. Pengurusan KRM Bukit Kiara

ASRAMA KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA DITUTUP SEMENTARA BAGI KERJA PEMBAIKAN DAN NAIK TARAF KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2026 –...
14/08/2026

ASRAMA KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA DITUTUP SEMENTARA BAGI KERJA PEMBAIKAN DAN NAIK TARAF KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2026 – Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara akan ditutup sementara bermula 3 Ogos hingga 31 Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf bilik asrama. Kerja-kerja yang dijalankan meliputi penyelenggaraan dan pembaikan bilik asrama, selain kerja-kerja naik taraf perabot (loose furniture) bagi meningkatkan keselesaan serta kualiti kemudahan yang disediakan. Sehubungan dengan penutupan tersebut, semua tempahan dan penggunaan kemudahan asrama ditangguhkan sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dan naik taraf dilaksanakan. Pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi sepanjang tempoh penutupan serta amat menghargai kerjasama dan perhatian semua pihak. Penutupan sementara ini diharap dapat memastikan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf dilaksanakan dengan lancar demi menyediakan kemudahan asrama yang lebih selesa dan berkualiti kepada pengguna pada masa akan datang.

GELANGGANG SERBAGUNA KRM BUKIT KIARA DITUTUP SEMENTARA BAGI KERJA PEMBAIKAN DAN NAIK TARAF KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – ...
14/08/2026

GELANGGANG SERBAGUNA KRM BUKIT KIARA DITUTUP SEMENTARA BAGI KERJA PEMBAIKAN DAN NAIK TARAF KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – Gelanggang Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara akan ditutup sementara bermula 10 Ogos hingga 31 Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan naik taraf kemudahan. Penutupan sementara ini dilaksanakan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar, selain meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan dan kualiti kemudahan gelanggang untuk kegunaan warga Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara serta orang ramai. Sehubungan itu, semua pengguna diminta mengambil maklum mengenai penutupan berkenaan dan tidak menggunakan gelanggang sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan. Pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta perhatian semua pihak sepanjang tempoh penutupan tersebut. Gelanggang dijangka dapat digunakan semula selepas kerja-kerja pembaikan dan naik taraf selesai, tertakluk kepada keadaan serta perkembangan kerja di tapak

NOTIS PENUTUPAN STADIUM SUKAN LASAK BUKIT KIARA
24/07/2026

NOTIS PENUTUPAN STADIUM SUKAN LASAK BUKIT KIARA

24 Julai 2026 | Kompleks Rakan Muda Bukit KiaraKompleks Rakan Muda Bukit Kiara mengalu-alukan kehadiran peserta Kem Pema...
24/07/2026

24 Julai 2026 | Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara mengalu-alukan kehadiran peserta Kem Pemantapan Sahsiah Murid daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar yang akan menginap di fasiliti penginapan KRM Bukit Kiara sepanjang 24 Julai 2026 hingga 26 Julai 2026.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar akan mengikuti pelbagai aktiviti dan pengisian yang memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah, pembangunan jati diri, kepimpinan, semangat kerjasama serta penerapan nilai-nilai murni. Program ini bertujuan membentuk pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Semoga program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini berjalan lancar dan memberi manfaat serta pengalaman yang bermakna kepada semua peserta. Terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar kerana memilih Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara sebagai lokasi penginapan dan pelaksanaan program.

MESYUARAT KHAS SKU DAN TASK FORCE PENDAFTARAN ASET KRM DIADAKAN DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA15 Julai 2026 | Komple...
15/07/2026

MESYUARAT KHAS SKU DAN TASK FORCE PENDAFTARAN ASET KRM DIADAKAN DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA

15 Julai 2026 | Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

Satu Mesyuarat Khas SKU dan Task Force Pendaftaran Aset KRM telah diadakan pada 15 Julai 2026 (Rabu), bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan SKU serta pelaksanaan pendaftaran aset KRM secara lebih teratur dan sistematik. Perbincangan turut memberi fokus kepada penyelarasan tugas, semakan status aset, serta tindakan susulan bagi memastikan proses pendaftaran aset dapat dilaksanakan dengan lancar dan mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Semua pegawai dan kakitangan yang terlibat telah diwajibkan menghadiri mesyuarat ini sebagai komitmen dalam memperkukuhkan pengurusan aset dan meningkatkan kecekapan pentadbiran Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

BERITA PEMBUKAAN SEMULA DEWAN UTAMA KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARADewan Utama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kembali B...
30/06/2026

BERITA PEMBUKAAN SEMULA DEWAN UTAMA KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA

Dewan Utama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kembali Beroperasi

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026 – Dewan Utama Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara kini kembali dibuka kepada semua pengguna selepas kerja-kerja pembaikan serta menaik taraf bumbung berjaya disiapkan dengan sempurna. Pembukaan semula ini membolehkan dewan kembali digunakan bagi pelbagai program, mesyuarat, seminar, kursus dan aktiviti komuniti dalam suasana yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

Kerja-kerja penambahbaikan yang telah dilaksanakan bertujuan meningkatkan kualiti kemudahan serta memastikan keselesaan pengguna sentiasa menjadi keutamaan. Dengan siapnya projek ini, Dewan Utama kini bersedia memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik kepada semua pengunjung.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan penggunaan Dewan Utama boleh berbuat demikian melalui Sistem Tempahan Fasiliti (STF) secara dalam talian. KRM Bukit Kiara komited untuk terus menyediakan kemudahan yang berkualiti serta perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.

Semoga pembukaan semula Dewan Utama ini dapat menyokong penganjuran pelbagai program belia, sukan dan komuniti serta memberi manfaat kepada semua pengguna Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

Bukit Kiara, 27 Jun 2026 – Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) WPKL 2026 bagi Kemahiran Barista sedang berlangsu...
29/06/2026

Bukit Kiara, 27 Jun 2026 – Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) WPKL 2026 bagi Kemahiran Barista sedang berlangsung di Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara bermula 26 hingga 28 Jun 2026. Program ini menghimpunkan golongan belia yang berminat untuk mendalami kemahiran penyediaan kopi secara profesional serta meneroka peluang dalam bidang keusahawanan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan latihan teori dan praktikal berkaitan teknik penyediaan minuman berasaskan kopi, pengendalian peralatan barista, khidmat pelanggan serta asas pengurusan perniagaan bagi membantu mereka membina kerjaya atau memulakan perniagaan sendiri.

Penganjuran Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) ini diharap dapat melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan, selaras dengan usaha memperkasa pembangunan belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

LAWATAN TAPAK SEBUT HARGA PEMBAIKAN ASRAMA KRM BUKIT KIARA BUKIT KIARA, 24 JUN 2026 – Seramai 17 wakil kontraktor telah ...
24/06/2026

LAWATAN TAPAK SEBUT HARGA PEMBAIKAN ASRAMA KRM BUKIT KIARA BUKIT KIARA, 24 JUN 2026 – Seramai 17 wakil kontraktor telah menghadiri sesi lawatan tapak bagi Sebut Harga Kerja-Kerja Pembaikan Bilik Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Lawatan ini bertujuan memberi penerangan mengenai skop kerja yang melibatkan pembaikan tandas asrama, penggantian dan pembaikan pintu gelangsar (sliding door) serta penggantian kunci tombol pintu yang rosak. Para kontraktor turut dibawa meninjau lokasi terlibat bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan fasiliti sebelum mengemukakan tawaran sebut harga. Projek ini dijangka dapat meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan kualiti kemudahan penginapan yang disediakan kepada pengguna Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

23/06/2026
BERITA RINGKAS PENGINAPAN SEKOLAH ANAK MALAYSIA (SAM) 23 Jun 2026 | Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kompleks Rakan Muda ...
23/06/2026

BERITA RINGKAS PENGINAPAN SEKOLAH ANAK MALAYSIA (SAM) 23 Jun 2026 | Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara telah menerima kemasukan peserta Program Penginapan Sekolah Anak Malaysia (SAM) yang berlangsung mulai 22 Jun 2026 hingga 10 Julai 2026. Program ini melibatkan seramai 200 orang peserta yang akan menginap sepanjang tempoh program tersebut. Penginapan ini bertujuan menyediakan kemudahan yang selesa dan kondusif kepada para peserta bagi menjalani aktiviti pembelajaran, pembangunan sahsiah serta pelbagai program yang telah dirancang oleh pihak penganjur. SAM merupakan sekolah digital pertama Malaysia yang menekankan pendidikan berkualiti, inovatif dan berorientasikan masa depan. Pihak KRM Bukit Kiara mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan berharap program ini dapat berjalan dengan lancar serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada para peserta sepanjang berada di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

Address

Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Kuala Lumpur
60000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara:

Shortcuts

Share