09/02/2026
PBSK Kepong / Segambut Jayakan Kempen BEST (Bersih Setiap Tempat) Mega WPKL 2026 di Parlimen Segambut
SEGAMBUT, 7 Februari 2026 โ PBSK Kepong / PBSK Segambut dan sukarelawan Rakan Muda bersama-sama mengerah tenaga dalam menjayakan Kempen BEST Mega WPKL 2026 Parlimen Segambut yang berlangsung dari jam 7.15 pagi hingga 11.00 pagi di sepanjang Jalan Dutamas Raya, Segambut. Penganjuran kempen ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan persekitaran dalam kalangan komuniti setempat.
Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SWCorp, Majlis Perwakilan Penduduk, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PEMADAM Segambut serta pasukan sukarelawan. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah plogging dan pengecatan kerb, yang mendapat sambutan menggalakkan.
Kempen berkenaan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ismadi Bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang menzahirkan penghargaan terhadap komitmen semua pihak terlibat. Beliau turut berharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha berterusan memperkukuh penglibatan komuniti serta menyokong aspirasi WPKL 2026 ke arah bandar yang bersih, sihat dan sejahtera.