Pejabat Pentadbiran Zon 1

Pejabat Pentadbiran Zon 1 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pentadbiran Zon 1, Government Organization, Kuala Lumpur.

Pejabat Pentadbiran Zon 1 JAWI
Mengurus-tadbir Masjid-Masjid, Surau-Surau Jumaat dan Surau-Surau Biasa bagi kawasan Kepong, Segambut, Batu dan Selayang Kuala Lumpur.

Sesi Taklimat dari mantan PTA Z1 kepada PTA Z1 yang baharu iaitu YBrs. Ustaz Ahmad Yusri Bin Abdul Manap. Dan juga perke...
24/08/2026

Sesi Taklimat dari mantan PTA Z1 kepada PTA Z1 yang baharu iaitu YBrs. Ustaz Ahmad Yusri Bin Abdul Manap.

Dan juga perkenalan santai bersama YBrs. Brigedier General (B) Tn Hj Abdul Razak Hussain, Pengerusi Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara.

23/08/2026

Sesi bergambar kenang-kenangan selepas Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Masjid / Surau Zon 1 JAWI Bil.3/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŒπ€π’π‰πˆπƒ-πŒπ€π’π‰πˆπƒ π™πŽπ 𝟏 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π1 . MASJID AL IMAM AL GHAZALI...
23/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŒπ€π’π‰πˆπƒ-πŒπ€π’π‰πˆπƒ π™πŽπ 𝟏 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π

1 . MASJID AL IMAM AL GHAZALI
πŸ‘‰πŸ» Program Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Masjid Al-Imam Al-Ghazali Zon 1 JAWI
Alunan Qasidah dan Selawat, Mahallul Qiyam

πŸ“… 27 Ogos 2026
⏰ 6.15 Petang - 11:00 Malam
πŸ‘³πŸ» Penceramah : Da’i Azrin bin Md Isa
πŸ‘³πŸ» Kumpulan Qasidah : Al-Busyra
πŸ“ Masjid Al-Imam Al-Ghazali
πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/1CA8NLuHGK/

2 . MASJID ANAS BIN MALIK
πŸ‘‰πŸ» Ceramah Maulidur Rasul 1448H.
πŸ“† 03 September 2026
⏰ Selepas Maghrib
πŸ“Masjid Anas bin Malik dan Surau-surau

3 . MASJID AL-QURTUBI
πŸ‘‰πŸ» Ceramah Perdana Maulidur Rasul
πŸ“† 11 Sep 2026
⏰ Selepas Maghrib
πŸ‘³πŸ» Penceramah : Ybrs Al-Fadhil Us Zul Ramli
πŸ“ Dewan Solat Masjid Al Qurtubi
πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/1D2L88Npbi/

4 . MASJID AZ-ZAKIRIN
πŸ‘‰πŸ» Program Maulidur Rasul Ceramah Perdana : Penghayatan Sirah Nabi Muhammad SAW
πŸ“† 27 Ogos 2026
⏰ Selepas Maghrib
πŸ“Anjuran Masjid Al-Zakirin
πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/1CtcbEP45U/?mibextid=wwXIfr

5 . MASJID AL-UBUDIAH
πŸ‘‰πŸ» Sambutan Maulidur Rasul & Semarak Kemerdekaan
πŸ“† 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 8.30 Pagi - 11 Malam
πŸ“Dewan Solat Utama
πŸ‘³πŸΌβ€β™€οΈ Penceramah : 1) Peg Waran 2 Mohd Nor bin Ahmad Hashim, 2) Ustazah Khadijah Din

6 . MASJID SAIDINA HAMZAH
πŸ‘‰πŸ» Ceramah Maulidur Rasul oleh IM Asyraf : "Merdeka Minda, Junjung Sunnah."
πŸ“† 28 Ogos 2026
⏰ Selepas Maghrib
πŸ“Dewan Solat Masjid Saidina Hamzah
πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/16HL7qtwenB/?mibextid=wwXIfr

7 . MASJID AL-FIRDAUS
πŸ‘‰πŸ» Prog. Semarak Cinta Rasul SAW (Perarakan Dan Iringan Solawat Bersama Surau-Surau serta Ceramah Khas)
πŸ“† 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
πŸ“ Masjid Al Firdaus
πŸ‘³πŸ»β€β™‚οΈ Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari
πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/1c553Phbcx/

8 . MASJID ABI AYUB AL-ANSARI
πŸ‘‰πŸ» Program Maulidur Rasul
Nama Prog. : Majlis Gema Selawat 2.0
πŸ“† 25/8/2026
⏰ 10.00 pagi
πŸ‘³πŸ» Dibimbing Ustaz Syed Solihin & Kumpulan Shoutul Misbah
πŸ“ Dewan solat utama Masjid Abi Ayub Al-Ansari
πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/1DdXDQAQ6r/

9 . MASJID ABU HURAIRAH
πŸ‘‰πŸ» Gema maulid dan Ceramah Khas "Ust Ahmad Rizam"
πŸ“† 15.08.2026
⏰ Selepas Maghrib
πŸ“Masjid Abu Hurairah

10 . MASJID AMANIAH
πŸ‘‰πŸ» Program Maulidur Rasul
Nama Prog. : Ceramah Perdana "Dr. Abdul Basit"
πŸ“† 12 September 2026
⏰ Selepas Solat Maghrib
πŸ“Masjid Amaniah

22/08/2026

Ramai ke macam ni kat masjid tadi? Kita kena dengar khutbah bukan main telefon ya tuan-tuan.

Gambar Janaan AI

MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN MASJID / SURAU ZON 1 JAWIKHAMIS | 20 OGOS 2026 – Pejabat Pentadbiran Masjid / Surau Zon...
21/08/2026

MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN MASJID / SURAU ZON 1 JAWI

KHAMIS | 20 OGOS 2026 – Pejabat Pentadbiran Masjid / Surau Zon 1 JAWI telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Masjid / Surau Zon 1 Bil. 3/2026 bersama pegawai-pegawai masjid Zon 1.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Zon 1 dimulakan dengan Taklimat AED selama 20 minit yang memberi pendedahan berkaitan kepentingan kesiapsiagaan serta tindakan awal menghadapi situasi kecemasan di masjid.

Seterusnya, PTA menyampaikan amanat dan hasrat Pengurusan Tertinggi JAWI untuk perhatian serta tindakan ahli mesyuarat sebelum agenda diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, perkara-perkara berbangkit, laporan pentadbiran masjid-masjid Zon 1 serta perbincangan hal ehwal pengurusan masjid dan surau.

Antara perkara yang disampaikan untuk perhatian dan tindakan semua kakitangan adalah:

πŸ”Ή Status pemantauan Surau Jumaat dan Surau Biasa perlu diberi perhatian secara berterusan.

πŸ”Ή Urusan permohonan kelulusan pembayaran elaun kepada AJK dan kakitangan daripada Jabatan hendaklah dilaksanakan, ia mengikut garis panduan yang ditetapkan.

πŸ”Ή Surau Jumaat yang berhasrat melantik Imam Ratib dan Pembantu Bilal hendaklah melalui pihak masjid kariah terlebih dahulu.

πŸ”Ή Bagi urusan lantikan Imam Ratib, Pembantu Bilal dan Noja, pihak yang memerlukan sokongan hendaklah hadir berjumpa PTA Zon untuk tindakan selanjutnya.

πŸ”Ή Setiap masjid perlu memperkasakan program Imam dan Bilal sebagai platform peningkatan kompetensi serta pengimarahan surau di bawah kariah.

πŸ”Ή Pertemuan PTA Zon bersama AJK baharu perlu diadakan bagi memperkukuh hubungan kerja dan penyelarasan pentadbiran.

πŸ”Ή Naqib dan Imam hendaklah memastikan setiap minit mesyuarat AJK Masjid disusun dan difailkan dengan teratur sebagai rekod rasmi pengurusan.

πŸ”Ή Sebarang jemputan atau urusan melibatkan pegawai di luar waktu bekerja, khususnya pegawai HQ, hendaklah dilaksanakan dengan tertib serta mengambil kira perkara berkaitan kebajikan dan penghargaan kepada pihak yang diundang.

πŸ”Ή Pegawai masjid diseru supaya lebih pantas bertindak dan responsif terhadap arahan, di samping memanfaatkan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu mempercepatkan serta memperkemaskan gerak kerja.

πŸ”Ή Pengurusan masjid perlu memberi perhatian terhadap ketelusan dan komunikasi yang baik dengan anak kariah. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah perkara berkaitan pengurusan kewangan yang tidak dijelaskan dengan baik kepada masyarakat. Walaupun pengurusan kewangan tertakluk kepada audit, penjelasan, komunikasi dan ketelusan kepada anak kariah tetap perlu diperkasakan.

Maka Mesyuarat Tahunan Kariah perlu dimanfaatkan sebagai platform untuk menyalurkan maklumat berkaitan pentadbiran, hal ehwal kewangan serta perkara-perkara lain yang memerlukan penjelasan kepada masyarakat, sekali gus memastikan aspek ketelusan, akauntabiliti dan integriti sentiasa terpelihara.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan gerak kerja bagi memastikan pengurusan masjid dan surau Zon 1 dilaksanakan secara cekap, teratur, responsif dan berintegriti, selaras dengan hasrat Pengurusan Tertinggi JAWI.

β€œPengurusan yang baik bukan sekadar mematuhi peraturan, tetapi memastikan amanah dilaksanakan dengan jelas, pantas dan dapat dirasai manfaatnya oleh anak kariah.”

PEJABAT PENTADBIRAN M/S ZON 1 JAWI

21/08/2026
TAKLIMAT AED SEMPENA MESYUARAT PENTADBIRAN MASJID / SURAU ZON 1 JAWI20 Ogos 2026 β€” Taklimat berkaitan Automated External...
21/08/2026

TAKLIMAT AED SEMPENA MESYUARAT PENTADBIRAN MASJID / SURAU ZON 1 JAWI

20 Ogos 2026 β€” Taklimat berkaitan Automated External Defibrillator (AED) telah disampaikan oleh Medic.com sempena Mesyuarat Pentadbiran Masjid / Surau Zon 1 JAWI.

Taklimat yang berlangsung dari jam 9.00 hingga 9.20 pagi ini memberikan pendedahan kepada warga pengurusan Zon 1 mengenai kepentingan AED sebagai peralatan kecemasan dalam menghadapi situasi henti jantung secara tiba-tiba.

Sesi tersebut turut menerangkan asas penggunaan AED serta kepentingan tindakan pantas dan tepat bagi membantu menyelamatkan nyawa sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

Taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kesiapsiagaan warga pengurusan masjid dan surau Zon 1 dalam menghadapi situasi kecemasan, sekali gus memperkukuh peranan masjid sebagai pusat komuniti yang selamat dan cakna terhadap kebajikan masyarakat.

PEJABAT PENTADBIRAN M/S ZON 1

21/08/2026
21/08/2026

πŸ’MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWI

Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ Ω„ΩΩ„Ω‘ΩŽΩ‡Ω وَΨ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΫ‘Ω‡Ω Ψ±ΩŽΩ°Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Dukacita serta Salam Takziah buat :
USTAZ NUR SYAMSUL BIN ABDUL RONI
Ketua Bilal Masjid Saidina Hamzah Batu Muda KL Zon 1 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AYAHANDA TERCINTA ABDUL RONI BIN ABDUL

15 Ogos 2026 / 2 Safar 1448H (SABTU) Jam 4.00 am di Kg. Jejawi Dalam Perlis

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Ayah Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

Address

Kuala Lumpur
52100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-62773424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pentadbiran Zon 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pentadbiran Zon 1:

Shortcuts

Share