31/07/2026
📢 TINDAKAN PENGUATKUASAAN ISU LONGGOKAN SAMPAH DI KAWASAN KOMERSIAL JALAN BURHANUDDIN HELMI
Sejurus menerima laporan pada 30 Julai 2026, TTDI Residents’ Association (TTDI RA) telah segera menyalurkan aduan tersebut kepada pihak SWCorp untuk tindakan lanjut.
Hasil pemeriksaan dan pemantauan, dua (2) premis telah diberikan teguran serta amaran supaya memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan lebih bertanggungjawab demi menjaga kebersihan kawasan.
SWCorp turut memaklumkan bahawa rakaman CCTV yang diterima daripada premis Tendon Kohaku menunjukkan terdapat pihak lain yang membuang sampah di lokasi tersebut. Siasatan dan pemantauan lanjut akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada SWCorp atas tindakan pantas yang diambil. TTDI RA akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan persekitaran komuniti kita kekal bersih dan terpelihara.
⸻
📢 ENFORCEMENT ACTION ON ILLEGAL WASTE DUMPING AT BURHANUDDIN HELMI COMMERCIAL AREA
Upon receiving the report on 30 July 2026, TTDI Residents’ Association (TTDI RA) immediately forwarded the complaint to SWCorp for prompt action.
Following inspections and monitoring, two (2) premises were issued warnings and reminded to manage their solid waste responsibly to maintain a clean environment.
SWCorp also informed that CCTV footage provided by Tendon Kohaku indicates that the waste was dumped by another party. Further investigations and continuous monitoring will continue.
Thank you to SWCorp for the prompt response. TTDI RA will continue working closely with the relevant authorities to help keep our community clean and well maintained.