Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di Malaysia.

Mempromosi dan memajukan industri getah Malaysia, membantu dalam pembentukan dasar kebangsaan dan memberi keutamaan kepada pembangunan industri getah Malaysia.

REBUT PELUANG MENJADI PEMBEKAL LGM! Daftar Sistem SPEED Hari ini. Sertai Taklimat dan Mulakan Penyertaan Anda Dalam Pelu...
11/08/2026

REBUT PELUANG MENJADI PEMBEKAL LGM! Daftar Sistem SPEED Hari ini. Sertai Taklimat dan Mulakan Penyertaan Anda Dalam Peluang Perolehan LGM.

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

Malaysia’s Rubber Industry is Preparing for the Future. As global markets increasingly demand sustainability, transparen...
10/08/2026

Malaysia’s Rubber Industry is Preparing for the Future.

As global markets increasingly demand sustainability, transparency and responsible sourcing, Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) is positioning Malaysia to stay ahead.

Built around five key principles - no deforestation, land compliance, environmental sustainability, social compliance and traceability, MSNR provides a regulatory foundation for a more sustainable and competitive rubber industry.

At its heart are more than 300,000 Malaysian smallholders, supported by digital systems such as MSNR Trace to ensure rubber can be traced from source to downstream.

For Malaysia, sustainability is more than compliance. It is a competitive advantage, and a pathway towards becoming a trusted global hub for green and sustainable rubber products.

📖 Read the full article: MSNR: Future-proofing the sustainability of Malaysia’s rubber industry

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii Malaysian Rubber Council - MRC Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association

Since 1877, rubber has been one of Malaysia’s vital commodities in its economic and industrial growth, from the plantations of the colonial era to today’s modern rubber industry, placing the country among the world’s leading rubber product manufacturers. Today, however, environmental, social a...

10/08/2026

PEMINDAHAN TEKNOLOGI DALAM SESI TAKLIMAT MYROL DAN DEMONSTRASI PENOREHAN KOPERASI KUALA KABONG II KULAIJAYA BERHAD.

Rantaian aktiviti pemindahan teknologi (TOT) telah dilaksanakan dengan jayanya dalam penyampaian maklumat secara terus kepada golongan sasaran terutamanya penggerak industri getah kepada pekebun kecil getah setempat. Ini terbukti dengan pengesyoran LGM iaitu memenuhi keperluan pihak Koperasi Kuala Kabong II Kulaijaya Berhad yang berminat dengan penggunaan sistem My Rubber Online (MyROL®) iaitu sistem berasaskan web yang dibangunkan secara dalaman oleh Lembaga Getah Malavsian (LGM) untuk menyediakan sistem tender alternatif menggantikan proses tender manual bagi getah yang dikumpulkan secara kolektif oleh sekumpulan pekebun kecil di peringkat ladang.

Taklimat penggunaan sistem My Rubber Online (MyROL®) telah diadakan di Ladang Koperasi Kuala Kabong II Kulaijaya Berhad yang dihadiri oleh Ahli Lembaga Koperasi serta pekerja ladang dan taklimat telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar bin Mohamed dari Unit Perancangan Ekonomi, LGM. Ini berikutan pihak Koperasi tertarik dengan kaedah penjualan getah yang ditawarkan oleh LGM secara online berbanding kaedah yang biasa diamalkan oleh pihak Koperasi yang bercadang akan digunapakai setelah kontrak perjanjian dengan pembeli getah sedia ada selesai dalam masa terdekat.

Selanjutnya, taklimat demonstrasi torehan menaik terkawal telah dilaksanakan secara langsung kepada pihak Koperasi sebagai makluman tambahan keperluan maklumat diberikan untuk memaksimakan penggunaan panel torehan sedia ada dengan latihan secara langsung telah diadakan. Berdasarkan pemerhatian, aktiviti penorehan masih boleh diamalkan dengan pihak Koperasi mencuba sistem torehan ini di mana penggunaan panel torehan HO-I secara minima dengan pengeluaran hasil yang maksima pada masa akan datang.

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

07/08/2026

Orang S*k, Kedah & kawasan sekitar… hampa dah ready ka?! 📢🌾

Baki lagi 27 hari saja lagi sebelum Program Kaunter GeRAK (Getah Untuk Rakyat) berlangsung! ⏳✨

Satu hentian pusat (one-stop centre) untuk hampa dapatkan pelbagai perkhidmatan, pameran agensi, jualan, dan aktiviti menarik khas untuk komuniti!

🗓️ Tarikh: Khamis, 3 September 2026
📍 Lokasi: Dewan Al-Hana, S*k, Kedah

Jangan lupa set reminder, ajak jiran-jiran dan keluarga mai ramai-ramai. Pelbagai kaunter khidmat agensi menanti hampa semua! 🔥

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

03/08/2026

KURSUS ORIENTASI PEGAWAI DAN PEKHIDMAT BAHARU TAHUN 2026

22 - 23 JULAI 𝟐𝟎𝟐6 (RABU - KHAMIS) – Telah berlangsung Kursus Orientasi Pegawai dan Pekhidmat Baharu Lembaga Getah Malaysia (LGM) selama dua hari di Akademi Hevea Malaysia (AHM) Sungai Buloh, Selangor serta AHM Jasin, Melaka. Kursus ini telah disertai oleh seramai 23 orang pegawai dan pekhidmat baharu daripada pelbagai bahagian dan unit di LGM.

Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan baharu mengenai struktur organisasi, fungsi dan peranan di dalam LGM. Antara yang hadir untuk memberi perkongisan adalah Encik Ahamad Pazil bin Ahamad Puad, Ketua Unit Integriti (UI), Pn. Shahila binti Bahador Ketua Unit Kewangan dan Akaun (UKA), pegawai tadbir daripada Unit Pentadbiran (UPD) serta Unit Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dan wakil-wakil persatuan yang berdaftar di bawah LGM.

Pada hari kedua, peserta telah mengadakan lawatan ke AHM Jasin bagi meninjau fasiliti baharu yang telah dibangunkan serta melawat ladang getah yang terdapat di akademi tersebut. Selain itu, peserta berpeluang mengikuti aktiviti praktikal seperti mempelajari teknik torehan pokok getah yang betul, sekali gus memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai aspek asas industri getah.

Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan baharu dalam memahami peranan, fungsi serta budaya kerja LGM, sekali gus membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan melaksanakan tugas dengan lebih cekap, profesional serta berintegriti.

KURSUS ORIENTASI PEGAWAI DAN PEKHIDMAT BAHARU TAHUN 202622 - 23 JULAI 𝟐𝟎𝟐6 (RABU - KHAMIS) – Telah berlangsung Kursus Or...

30/07/2026
30/07/2026
30/07/2026

🚛🌱 Kami datang, kami dengar, kami bantu.

Bukan sekadar turun padang, tetapi membawa perkhidmatan terus kepada rakyat. Inilah komitmen kami untuk memastikan setiap bantuan, maklumat dan khidmat sampai kepada mereka yang memerlukan.

📍 GeRAK – Getah untuk Rakyat
🗓️ Khamis, 3 September 2026
📌 Dewan Al Hana, S*k, Kedah

Jom bersama kami. Dekat di hati, dekat dengan rakyat. ❤️

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii

Address

Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392062000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share