14/08/2026
LAWATAN KEBAJIKAN KELUARGA ALLAHYARHAM MOHAMAD NUR HAZIQ BIN MOHD ANIN
Pada 14 Ogos 2026 (Jumaat), jam 10.00 pagi, IPD Brickfields telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Puan Aisyah binti Rodzi, balu kepada Allahyarham Mohamad Nur Haziq bin Mohd Anin yang terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan Jalan Travers pada 31 Julai 2026.
Lawatan ini telah diketuai oleh YDH ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields, bersama DSP Alwizan bin Jaafar, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields, DSP Muhammad Faiz bin Yusof, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfields, ASP Jaya Sangar A/L M James, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Brickfields, ASP Khairon Zainee bin Basiron, Ketua Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard dan Ustaz Mohd Anaz Ibrahim bin Mohd Zaini. Turut hadir Insp Amirul Fazli bin Md Roslim, Ketua Polis Balai Travers, Insp Hasmin binti Daniyan selaku Pengerusi PERKEP Balai Polis Travers serta warga Balai Polis Travers.
Kunjungan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan dan memberikan sokongan moral kepada Puan Aisyah yang kini meneruskan kehidupan serta membesarkan tujuh orang anak Allahyarham iaitu Muhammad Adam Haikal, 14 tahun, Muhammad Alif Haikal, 13 tahun, Nur Hannah Aleena, 10 tahun, Muhammad Arif Haikal, 8 tahun, Muhammad Ammar Haikal, 6 tahun, Nur Hannah Alyaa, 4 tahun, dan Nur Hannah Afwa, 2 tahun.
Dalam kunjungan tersebut, YDH ACP Hoo Chang Hook telah menyampaikan sumbangan peribadi/kebajikan kepada Puan Aisyah bagi membantu meringankan beban kewangan serta keperluan keluarga. Turut disampaikan sumbangan daripada warga Balai Polis Travers sebagai tanda keprihatinan dan simpati terhadap musibah yang menimpa keluarga Allahyarham.
Semoga sumbangan dan kunjungan ini dapat memberikan sedikit kekuatan, ketabahan serta semangat kepada Puan Aisyah sekeluarga dalam menghadapi ujian serta meneruskan kehidupan bersama anak-anak Allahyarham.
“PDRM Prihatin, Kebajikan Diutamakan.”