29/07/2026
A Heartfelt Appreciation to Dato' Seri N. Gobalakrishnan
The National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) extends its deepest appreciation and sincere gratitude to Dato' Seri N. Gobalakrishnan for his dedicated service and exemplary leadership as President of NCCIM for the 2024–2026 term.
As he assumes the role of Immediate Past President, we express our heartfelt thanks for his unwavering commitment, visionary leadership, and steadfast dedication in advancing the interests of Malaysia's business community. His invaluable contributions have strengthened NCCIM's role as the unified voice of the nation's chambers of commerce and industry, while fostering collaboration and supporting sustainable economic growth.
His legacy of service, integrity, and leadership will continue to inspire the Chamber as it builds on the strong foundation established during his tenure.
Thank you, Dato' Seri N. Gobalakrishnan, for your outstanding service and lasting contributions to NCCIM. We wish you continued success, good health, and every blessing in your new role as Immediate Past President and in all your future endeavours.
With sincere appreciation and best wishes.
_____________________________________________
Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Dato' Seri N. Gobalakrishnan
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato' Seri N. Gobalakrishnan atas jasa bakti, komitmen dan kepimpinan cemerlang beliau sepanjang berkhidmat sebagai Presiden NCCIM bagi penggal 2024–2026.
Seiring dengan pelantikan beliau sebagai Presiden Terdahulu (Immediate Past President), kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas dedikasi, wawasan dan komitmen beliau dalam memperjuangkan kepentingan komuniti perniagaan Malaysia. Sumbangan beliau yang amat bermakna telah memperkukuh peranan NCCIM sebagai suara utama dewan-dewan perniagaan dan perindustrian negara, di samping mengukuhkan kerjasama strategik serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Legasi kepimpinan, integriti dan khidmat bakti yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada NCCIM dalam meneruskan kecemerlangan berasaskan asas kukuh yang telah dibina sepanjang tempoh kepimpinan beliau.
Terima kasih, Dato' Seri N. Gobalakrishnan, atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang tidak ternilai kepada NCCIM. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan yang berterusan serta segala yang terbaik dalam menggalas amanah baharu sebagai Presiden Terdahulu (Immediate Past President) dan dalam setiap usaha pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.