12/06/2026
π πππππ¦ π£πππ¨π‘ππ¨π₯ππ‘ πππ©π’πππ¦π πππ¦ππππ₯ππ‘ ππππ¨ πππ‘π§ππ¦ πππ₯π¦ππ π-π¦ππ π π£π’πππ¦ ππ¨πππ ππ¨π π£π¨π₯
π·πππππ²π³, 12 Jun 2026 β Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datoβ Fadil bin Hj. Marsus telah menghadiri Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas Bersama-sama Polis Kuala Lumpur yang berlangsung di SMK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.
Majlis ini dilaksanakan sebagai platform pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat, khususnya golongan pelajar, mengenai kepentingan mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas selain memupuk budaya keselamatan jalan raya, meningkatkan kesedaran terhadap risiko kemalangan, serta membentuk sikap bertanggungjawab dan berhemah dalam kalangan pengguna jalan raya.
Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas 2026 melibatkan (122) buah Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis ini merupakan inisiatif bersama antara Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan penglibatan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur.
Turut hadir adalah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur, SAC Ravindar Singh a/l Sarban Singh; Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri bin Mohd Isa; Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Lim Chun How; Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Kuala Lumpur.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Aziz bin Hashim; Pengetua SMK Alam Damai, Puan Tuan Zurina binti Tuan Mat; Timbalan Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, Encik Kuek Po Guan; Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Alam Damai, Puan Hajah Sharifah Aminah binti Syed Mohssain; Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai-Pegawai MCPF Kuala Lumpur serta barisan pentadbir, guru-guru dan pelajar SMK Alam Damai.