13/08/2026
Tahniah & Penghargaan kepada RAC 🎉
RAC telah menerima pengiktirafan atas komitmen, kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan inisiatif Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB):
“Mempercepatkan Proses Kelulusan Permohonan Komersial Business As Usual (BAU) Berskala Kecil Kurang Daripada RM5,000 daripada 60 Hari kepada 14 Hari.”
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen RAC dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja, inovasi dan pemudahcaraan urusan bagi manfaat pelanggan serta pemegang taruh.
Majlis penyerahan sijil ini telah disempurnakan oleh YB Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan kepada YBhg. Dato’ Azhar Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif RAC pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kebangsaan MOT 2026 bertempat di Dewan Sentral RAC, Kementerian Pengangkutan hari ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya inovasi demi meningkatkan produktiviti.