Malaysian Timber Industry Board

Malaysian Timber Industry Board Malaysian Timber Industry Board MTIB was established in 1973 by an Act of Parliament.
(2)

The Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is a statutory body accredited to the Ministry of Plantation Industries and Commodities. The main objective is to promote and coordinate the overall development of the timber industry.

KUNJUNGAN HORMAT FOSHAN SHUNDE LUNJIAO WOODWORKING MACHINERY CHAMBER OF COMMERCE KE MTIBMTIB telah menerima kunjungan ho...
15/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT FOSHAN SHUNDE LUNJIAO WOODWORKING MACHINERY CHAMBER OF COMMERCE KE MTIB

MTIB telah menerima kunjungan hormat daripada Foshan Shunde Lunjiao Woodworking Machinery Chamber of Commerce yang telah disantuni oleh YB Datuk Larry Sng Wei Shien, Pengerusi MTIB. Delegasi ini diketuai oleh Encik Quanwo Su, Presiden Foshan Shunde Lunjiao Woodworking Machinery Chamber of Commerce, serta turut disertai oleh Encik Winson Tieng Tiam Hock, Presiden Malaysian Woodworking Machinery Association (MWMA).

Kunjungan ini menjadi platform hubungan strategik antara Malaysia dan China dalam sektor jentera kerja kayu, di samping meneroka peluang kerjasama dalam bidang teknologi, inovasi, perdagangan serta pembangunan industri perkayuan.

MTIB komited untuk terus memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan daya saing industri perkayuan negara dan menyokong pertumbuhan sektor secara mampan.

15/07/2026
15/07/2026

📢 Tingkatkan Kemahiran Seni Ukiran Anda Ke Peringkat Lanjutan‼️

Adakah anda seorang tukang ukir kayu yang ingin menguasai teknik ukiran yang lebih rumit, halus, dan bernilai tinggi❓ Jangan lepaskan peluang keemasan ini‼️

Kami menjemput anda untuk menyertai KURSUS UKIRAN KAYU (LANJUTAN) yang dianjurkan oleh Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB):

📅 Tarikh: 7 hingga 9 September 2026
📍 Tempat: Desa Ukiran Kayu (DUK), Besut Terengganu

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD!

📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia kursus di talian 03-92822235:

1️⃣ Tuan Haji Wan Mohd Hafizi Wan Mohammad @ Muda (Samb. 1372)
2️⃣ Cik Siti Mariam Ulfah Mohd Izhari (Samb. 1296)
3️⃣ Puan Wan Zarifah Hashim Munshi (Samb. 1308)

PENGUKIR malaysia










15/07/2026

PENGAMBILAN PELATIH FURNITURE DESIGN AND MAKING (FDM) : SIRI 1/ INTAKE 7 SEPTEMBER 2026
TEMPOH PROGRAM : 2 bulan

Ingin mempelajari Teknik rekabentuk dan pembuatan perabot? Memperolehi Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)? Jom daftar sebagai pelatih Furniture Design and Making (FDM).

Program ini merupakan program latihan belia untuk golongan muda dan graduan baharu. Program ini dirangka untuk melatih aspek teknikal serta pengetahuan reka bentuk dan pembuatan perabot berasaskan kayu.

Peserta yang berminat untuk menjadi pelatih, boleh mengimbas kod QR atau klik link di bawah.
https://forms.gle/3n44EVzNyMJDi6Uf8

Pengambilan pelatih adalah terhad kepada 15 peserta sahaja
("First come, first served").










Malaysian Timber Industry

15/07/2026

PENGAMBILAN PELATIH PROFESSIONAL MANAGEMENT DEVELOPMENT PROGRAMME (PMD): SIRI 1 / INTAKE 7 SEPTEMBER 2026
TEMPOH : 4 BULAN

Ingin mendapatkan pengetahuan kemahiran penyeliaan dan pengurusan berkaitan industri kayu? Memperolehi Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)?

Jom daftar sebagai pelatih Professional Management Development Programme (PMD). Program ini merupakan program latihan belia untuk graduan dan eksekutif baharu. Program ini dirangka untuk menyediakan pelatih dengan kemahiran penyeliaan dan pengurusan dalam bidang industri kayu yang kompetitif (secara teori dan praktikal). Program juga bertujuan untuk melahirkan pelatih yang berketerampilan untuk diserapkan sebagai middle management dalam industri kayu dan seterusnya membuka ruang kerjaya yang bersesuaian.

Peserta yang berminat untuk menjadi pelatih, boleh mengimbas kod QR di risalah berikut ATAU klik link di bawah.

https://forms.gle/RPrhKzFaWs9EimW7A

Pengambilan pelatih adalah terhad kepada 15 peserta sahaja
("First come, first served").










Malaysian Timber Industry Board Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia - IMPAC Lihat Sedikit

14/07/2026
AGARTECH VENTURES SASAR 1 JUTA BENIH MYKYNAM SETAHUN, PERKUKUH INDUSTRI GAHARU MALAYSIA
14/07/2026

AGARTECH VENTURES SASAR 1 JUTA BENIH MYKYNAM SETAHUN, PERKUKUH INDUSTRI GAHARU MALAYSIA





Agartech Ventures sasar 1 juta benih MyKynam setahun, perkukuh industri gaharu Malaysia johardy13/07/2026 - 16:13 Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif AVSB, Calvi

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia berum...
14/07/2026

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan 14 Ogos 2026 dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti di pautan berikut:

https://kerjaya.mtib.gov.my/

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan

📞 03-9282 2235
📧 [email protected]

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai warga kerja MTIB dan bersama-sama memacu pembangunan industri perkayuan negara.








12/07/2026

Tahukah anda bahawa penggunaan kayu dalam sektor pembinaan kini semakin mendapat perhatian kerana sifatnya yang mampan, mesra alam serta keindahan semula jadinya? Namun, untuk memastikan struktur binaan kayu selamat, tahan lama dan mengikut piawaian, pemahaman mendalam mengenai komponen serta teknik pembinaan yang betul adalah sangat penting.
Jom Sertai Kursus Penggunaan Kayu dalam Pembinaan!

✅ Kenal pasti komponen struktur kayu yang tepat untuk projek pembinaan.
✅ Fahami prinsip asas pembinaan bangunan kayu dengan kaedah yang betul.
✅ Pelajari kaedah asas penyelenggaraan bangunan kayu bagi menjamin ketahanan jangka panjang.

Kursus ini sangat sesuai untuk arkitek, jurutera, kontraktor, pengusaha industri kayu, pelajar TVET serta individu yang ingin mendalami teknologi pembinaan berasaskan kayu.

📅 Tarikh: 21 – 23 Julai 2026
📍 Tempat: WISDEC2 Banting, Selangor.
📝 Daftar sekarang:
https://bit.ly/2026CourseRegisterWISDECSelangor

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kepakaran anda dalam industri pembinaan kayu. Daftar segera dan kembangkan potensi kerjaya anda bersama kami!

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di 03-31491743 (Sambungan: 122 / 123). Sekian, Terima kasih.☺️

Malaysian Timber Industry Board




11 JULAI 2026 | KELANTANPROGRAM PROMOSI INDUSTRI PERKAYUAN SUKAN SANTUNI MADANIMTIB telah menganjurkan Program Promosi I...
12/07/2026

11 JULAI 2026 | KELANTAN

PROGRAM PROMOSI INDUSTRI PERKAYUAN SUKAN SANTUNI MADANI

MTIB telah menganjurkan Program Promosi Industri Perkayuan Sukan Santuni MADANI di Kampung Biah, Kelantan sebagai salah satu inisiatif mendekati masyarakat setempat melalui pendekatan santai yang menggabungkan elemen promosi industri, kesukanan dan pengukuhan hubungan komuniti.

Program telah disempurnakan oleh YBrs. TGr. Saiful Bahri bin Salleh, Ketua Pengarah MTIB. Sepanjang program, para peserta berpeluang mendapatkan pendedahan mengenai peranan dan fungsi MTIB dalam membangunkan industri perkayuan negara melalui sesi taklimat ringkas. Pengunjung turut berkesempatan mengunjungi reruai promosi yang menampilkan maklumat berkaitan WISDEC serta pameran Timber Verification System (TVS).

Bagi memeriahkan program, pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi telah diadakan seperti acara memancing buluh, karom kayu, dam haji kayu dan lain-lain. Program turut diserikan dengan majlis penyampaian plak kayu kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara MTIB dan komuniti setempat, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan MTIB dan potensi industri perkayuan sebagai salah satu sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Turut hadir ialah Ts. Muhammad Faizul bin Razilah, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Perkayuan (WISDEC), TEx. Mohd Tarmin bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan, Puan Huda Alhana binti Ali, Ketua MTIB Wilayah Timur, barisan pegawai MTIB dan wakil-wakil komuniti Kampung Biah.





Address

MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD Level 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, Cheras
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60392822235

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Timber Industry Board posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Timber Industry Board:

Shortcuts

Share