Pertubuhan Keselamatan Sosial

Pertubuhan Keselamatan Sosial Laman ini merupakan Facebook Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).




NOTIS MAKLUMAN GANGGUAN SEMENTARA PORTAL ASSIST PERKESODimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem sedang dila...
04/09/2026

NOTIS MAKLUMAN GANGGUAN SEMENTARA PORTAL ASSIST PERKESO

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem sedang dilaksanakan bagi memastikan kestabilan dan kelancaran operasi Portal ASSIST PERKESO.

Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
Masa mula: 10.00 malam
Tempoh: Sehingga 5 September 2026 (Sabtu), 12.00 tengah hari

Sepanjang tempoh penyelenggaraan, Portal ASSIST PERKESO tidak dapat diakses buat sementara waktu.

Mohon kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh ini. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected].

Sudahkah anda menyemak caruman bulan ini? 🤔Pastikan caruman SIP anda dibayar dengan teratur oleh majikan melalui aplikas...
04/09/2026

Sudahkah anda menyemak caruman bulan ini? 🤔

Pastikan caruman SIP anda dibayar dengan teratur oleh majikan melalui aplikasi PERKESO Prihatin. Caruman yang teratur adalah jaminan bahawa anda dilindungi jika berlaku sebarang risiko kehilangan pekerjaan.

Ia adalah hak anda, jadi jangan biarkan ia terlepas pandang. Ambil masa 2 minit hari ini untuk semak. Langkah kecil ini adalah kunci kepada ketenangan minda masa hadapan. 🛡️✨

JapJanganPanik

Sebelum ini, pencarum diberikan tempoh untuk membuat pilihan sama ada mahu kekal dalam Skim LINDUNG 24 Jam atau membuat ...
04/09/2026

Sebelum ini, pencarum diberikan tempoh untuk membuat pilihan sama ada mahu kekal dalam Skim LINDUNG 24 Jam atau membuat keputusan sebaliknya.

Namun selepas berakhirnya 31 Ogos 2026, tempoh untuk membuat pilihan tersebut kini telah tamat.

Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO diperkenalkan selepas proses libat urus dengan wakil pekerja, majikan dan kesatuan, bagi memperluas perlindungan kemalangan di luar waktu bekerja.

03/09/2026

Kemalangan luar waktu kerja, pendapatan pun boleh terhenti. Siapa akan lindungi keluarga?

Sejak 2015 hingga pertengahan 2026, sekitar 38,000 kes ditolak kerana berlaku di luar waktu kerja sedangkan hanya sekitar 4% golongan berpendapatan rendah mempunyai perlindungan diri.

Sebab itu LINDUNG 24 Jam diwujudkan untuk membantu melindungi pekerja dan menyokong penggantian pendapatan apabila musibah berlaku.

Dengarkan penjelasan Encik Edmund Cheong Peck Huang dalam slot Assalamualaikum, TV AlHijrah bersama Hazwani Helmi.

Bila kita tak mampu bekerja, keluarga tetap perlu meneruskan hidup.

SATU LAGI SUARA PEKERJA MEMILIH PERLINDUNGANKesatuan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pelabuhan Sabah tampil menyatakan...
03/09/2026

SATU LAGI SUARA PEKERJA MEMILIH PERLINDUNGAN

Kesatuan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pelabuhan Sabah tampil menyatakan sokongan tegas terhadap pelaksanaan LINDUNG 24 Jam.

Presidennya, Mohd Airy Arin menegaskan bahawa perlindungan pekerja tidak seharusnya terhenti apabila tamat waktu bekerja kerana risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Katanya, caruman tambahan itu wajar dilihat sebagai pelaburan untuk masa depan pekerja dan tanggungan mereka, bukannya semata-mata sebagai kos. Perlindungan ini juga mampu mengurangkan tekanan kewangan keluarga sekiranya pencari nafkah ditimpa kemalangan di luar waktu bekerja.

Sokongan ini membuktikan bahawa suara pekerja bukan hanya satu. Semakin ramai yang memilih untuk melihat LINDUNG 24 Jam berdasarkan manfaat sebenar yang bakal diterima ketika musibah datang tanpa diduga.

Ini bukan soal siapa yang paling lantang bersuara. Ini soal siapa yang benar-benar memikirkan nasib pekerja dan keluarga mereka ketika kehidupan tiba-tiba berubah.

Kerana kemalangan tidak mengenal waktu, maka perlindungan juga tidak seharusnya mengenal batas waktu.

LINDUNG 24 Jam; perlindungan tidak terhenti apabila waktu bekerja berakhir.



Kota Kinabalu: The Sabah Port Companies National Workers Union (KKPPSSPS) has voiced firm support for the implementation of the 24-Hour Protection Scheme, describing it as an essential step toward bol

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak Zaidi Nasar berkata, skim berkenaan bukan sahaja mem...
03/09/2026

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak Zaidi Nasar berkata, skim berkenaan bukan sahaja memberi perlindungan kepada pekerja, malah membantu keluarga mereka menghadapi risiko kewangan sekiranya berlaku musibah.

“Perlindungan sosial adalah hak asas setiap pekerja dan Skim Lindung 24 Jam memastikan pekerja serta keluarga mereka sentiasa dilindungi, bukan sahaja ketika bekerja tetapi juga di luar waktu kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

2026-09-03T16:34:27+08:00 September 3, 2026, Khamis - 4:34pm KUCHING: Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau Skim Lindung 24 Jam disifatkan sebagai pelaburan penting untuk masa depan pekerja, dengan caruman tambahan sebanyak 0.75 peratus dilihat sebagai sumbangan berpatutan berbanding manfaat perl...

03/09/2026
Setiap keluarga memerlukan 'kepingan' yang lengkap untuk kekal bahagia dan harmoni. 🧩❤️Program Saringan Kesihatan (HSP) ...
03/09/2026

Setiap keluarga memerlukan 'kepingan' yang lengkap untuk kekal bahagia dan harmoni. 🧩❤️

Program Saringan Kesihatan (HSP) membantu kita mengenal pasti risiko kesihatan lebih awal, supaya langkah pencegahan boleh dimulakan sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Bila berdepan perkara yang tidak dijangka di luar waktu kerja, LINDUNG 24 Jam p**a melengkapkan perlindungan dengan membantu pekerja menghadapi risiko kemalangan dalam kehidupan seharian.

Menjaga diri bukan hanya tentang kekal sihat, tetapi juga memastikan kita dan keluarga mempunyai perlindungan apabila diperlukan.

Semak kelayakan HSP anda di aplikasi SEHATi hari ini.

Sihat itu amanah. Perlindungan itu persediaan.

Address

Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Keselamatan Sosial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Keselamatan Sosial:

Shortcuts

Share