Pengasih Malaysia

Pengasih Malaysia "PENGASIH makes a difference"

02/10/2026
01/10/2026

Berita RTM - Radio Televisyen Malaysia untuk majlis penutup bengkel 'Addiction Recovery Coach' yang diadakan baru-baru ini. Kumpulan pertama seramai 23 peserta dari kalangan profesional dan awam telah mengikuti kursus dan menerima pensijilan sebagai jurulatih kepulihan penagihan diiktiraf ACREDA.

01/10/2026

Sorotan bengkel 'Addiction Recovery Coach' yang diadakan baru-baru ini. Kumpulan pertama seramai 23 peserta dari kalangan profesional dan awam telah mengikuti kursus dan menerima pensijilan sebagai jurulatih kepulihan penagihan diiktiraf ACREDA. Tahniah!

Alhamdulillah, berakhir sudah Kursus Addiction Recovery Coach (ARC) yang berlangsung selama 5 hari! Kursus ini bertujuan...
30/09/2026

Alhamdulillah, berakhir sudah Kursus Addiction Recovery Coach (ARC) yang berlangsung selama 5 hari!

Kursus ini bertujuan membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membantu individu yang berhadapan dengan ketagihan serta menyokong perjalanan kepulihan mereka.

Modul ARC dibangunkan oleh PENGASIH Malaysia dan telah mendapat akreditasi daripada ACREDA, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tahniah kepada semua peserta yang sangat dinamik, penuh semangat dan komited sepanjang latihan. Tahniah, anda kini bergelar Addiction Recovery Coach!

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan untuk membantu lebih ramai individu membina semula kehidupan mereka. PENGASIH berharap dapat melahirkan lebih ramai pembantu yang berkemahiran khusus dalam bidang ketagihan.

Bersama kita menyokong kepulihan, membina harapan.

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isteri tercinta. PENGASIH turut berdukacita atas kehilangan bo...
28/09/2026

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isteri tercinta. PENGASIH turut berdukacita atas kehilangan bonda permata negara.

28/09/2026

35 TAHUN PENGASIH MALAYSIA — TERUS MEMBUAT PERBEZAAN

PENGASIH Malaysia baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-35 penubuhannya di Kompleks PENGASIH Cinta Manis, Bentong.

Ditubuhkan pada 25 September 1991, perjalanan 35 tahun ini menjadi bukti komitmen PENGASIH Malaysia dalam terus berbakti kepada masyarakat serta memperkukuh usaha pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah.

Majlis turut dihadiri Yang Hormat Dato’ Haji Mohammad Shahid bin Ismail, Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Abd. Halim Mohd Hussin, Penaung PENGASIH Malaysia, rakan-rakan strategik, ketua-ketua jabatan serta pemimpin setempat.

Terima kasih kepada semua yang terus bersama PENGASIH Malaysia dalam perjalanan ini.

35 tahun membina harapan.
35 tahun mengubah kehidupan.
35 tahun terus membuat perbezaan.

PENGASIH — Makes A Difference.

25/09/2026

🔥 MALAM TERAKHIR — MALAM INI! 🔥

🎭 TOK KI akhirnya sampai ke tirai terakhir.

Kalau anda belum sempat menyaksikan kisah Mohd Isa bin Pandak Aris atau lebih dikenali 'Tok Ki', inilah peluang terakhir untuk melihat kisah seorang pekebun kecil getah yang diangkat ke pentas teater.

🗓️ 26 SEPTEMBER 2026
🕣 8.30 MALAM
📍 Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur

Jangan berlengah-lengah lagi. Malam ini pementasan terakhir.

📲 Dapatkan pas masuk di: tinyurl.com/tokki2026

TOK KI — Kisah yang diwariskan, sejarah yang dihidupkan.

Dirgahayu Ulang Tahun PENGASIH Malaysia25 September 1991Semoga PENGASIH terus komited membantu memanusiakan manusia.PENG...
24/09/2026

Dirgahayu Ulang Tahun PENGASIH Malaysia
25 September 1991

Semoga PENGASIH terus komited membantu memanusiakan manusia.

PENGASIH - Makes A Difference

19/09/2026

Address

3202, Jalan Syers, Off Lebuhraya Mahameru, Bukit Tunku
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60362064005

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengasih Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pengasih Malaysia:

Shortcuts

Share

Category