Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia Laman Facebook Rasmi Parlimen Malaysia www.parlimen.gov.my VISI

Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan unggul bertaraf dunia.
(429)

Sebagai sebuah institusi legislatif yang terulung, Parlimen Malaysia berwawasan untuk terus menjadi peneraju dan penanda aras kepada institusi-institusi legislatif tempatan dan Antarabangsa. MISI

Memastikan tadbir urus yang profesional, inovatif dan strategik untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti. Komited untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan cekap kepada stakeholders, memberikan p

erkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan serta mengguna pakai amalan terbaik dan strategik dalam pengurusan sumber dan pentadbiran organisasi. MOTO

Mendukung Profesionalisme

Warga Parlimen konsisten memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesional tanpa mengira perbezaan latar belakang pelanggannya.

๐Ÿ›๏ธ Hari Terbuka Parlimen Malaysia kembali lagi!Sudah bersedia untuk melihat sendiri institusi demokrasi negara dengan le...
31/08/2026

๐Ÿ›๏ธ Hari Terbuka Parlimen Malaysia kembali lagi!

Sudah bersedia untuk melihat sendiri institusi demokrasi negara dengan lebih dekat?

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026. Sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau komuniti, inilah peluang untuk mengenali peranan Parlimen dengan lebih dekat dalam suasana yang santai dan interaktif.

๐Ÿ“… 12 & 13 September 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Perkarangan Parlimen Malaysia

Kami menantikan kehadiran anda. Jumpa di Parlimen Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 kembali lagi!Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mel...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 kembali lagi!

Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk melihat dengan lebih dekat peranan serta fungsi Parlimen Malaysia melalui pelbagai pengisian menarik yang disediakan.

๐Ÿ“… 12โ€“13 September 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Perkarangan Parlimen Malaysia

Pelbagai aktiviti menanti anda. Kami menantikan kehadiran anda semua!

Menyaksikan kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan di Putrajaya pada hari ini. Tahniah kepada semua peserta perbarisan dan...
31/08/2026

Menyaksikan kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan di Putrajaya pada hari ini. Tahniah kepada semua peserta perbarisan dan persembahan atas usaha gigih dan komitmen dalam menjayakan sambutan ini.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
31 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Arjunna Putra

Sumber

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 TAHUN MERDEKA.Kita lahir daripada sejarah yang panjang,dibina atas pengorbanan dan perjuangan.Hari ini, kita berdi...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 TAHUN MERDEKA.

Kita lahir daripada sejarah yang panjang,
dibina atas pengorbanan dan perjuangan.

Hari ini, kita berdiri sebagai satu bangsa,
dengan pelbagai warna, budaya dan cerita.

Merdeka mengajar kita bahawa
kekuatan Malaysia terletak pada kebersamaan.

Teruslah menjaga keamanan,
menghormati perbezaan,
dan menyemai rasa cinta kepada tanah air.

Kerana Malaysia bukan sekadar tempat kita berpijak,
Malaysia ialah rumah yang kita bina bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dari generasi ke generasi,
semangat ini kita wariskan.
Demi Malaysia yang terus aman, berdaulat dan sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 & Hari Malaysia 2026. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysia MADANI, Bersama Membina Masa Depan.

Ikhlas daripada

YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara.

YB Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara

YB Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YBhg. Dato' Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia

Warga Parlimen Malaysia

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia

Liputan gambar lawatan kerja Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi ke Semporna ya...
28/08/2026

Liputan gambar lawatan kerja Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi ke Semporna yang dimulakan dengan sesi taklimat mengenai status komuniti PATI, pelarian dan individu tanpa kerakyatan (stateless) yang menetap di kawasan perkampungan atas air.

Taklimat memberi tumpuan kepada isu dokumentasi, cabaran pengurusan komuniti, pembangunan penempatan atas air serta implikasi sosial dan ekonomi terhadap komuniti setempat. Perbincangan turut menyentuh usaha penyelarasan antara agensi dalam menangani cabaran berkaitan pengurusan komuniti dan keselamatan.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke Kampung Bangau-Bangau bagi meninjau situasi semasa komuniti setempat, khususnya berkaitan isu kehadiran pendatang asing, PATI dan individu stateless, serta implikasinya terhadap aspek keselamatan, dokumentasi, identiti dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Ahmad Afifi

Liputan gambar mesyuarat Housekeeping Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang berlangsung di Bilik Jawatankuasa 1,...
28/08/2026

Liputan gambar mesyuarat Housekeeping Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang berlangsung di Bilik Jawatankuasa 1, dipengerusikan oleh YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Pengerusi PAC Parlimen Malaysia.

Mesyuarat pada sesi ini meneruskan penelitian terhadap Penyata Pengurusan Perkhidmatan Bayaran Wang Jaminan Mahkamah melalui sistem e-Jamin di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (Sesi II), selaras dengan peranan PAC dalam memastikan aspek tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan pengurusan kewangan serta penyampaian perkhidmatan awam sentiasa diperkukuh.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Hazirah

Liputan bergambar Program Tranung Mari! Dari Kampus ke Parlimen: Suara Belia Membentuk Masa Depan Malaysia yang menghimp...
28/08/2026

Liputan bergambar Program Tranung Mari! Dari Kampus ke Parlimen: Suara Belia Membentuk Masa Depan Malaysia yang menghimpunkan mahasiswa dalam usaha memperkukuh kefahaman mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan belia dalam pembangunan negara.

Antara pengisian utama program ialah forum bertajuk โ€œBelia Malaysia: Penggerak atau Penonton?โ€ yang membuka ruang perbincangan mengenai kepimpinan, penyertaan belia dalam proses demokrasi serta tanggungjawab generasi muda dalam membentuk masa depan Malaysia.

Program turut dihadiri YB Senator Datoโ€™ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail serta YBhg. Datoโ€™ Dr. Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, yang berkongsi pandangan dan berinteraksi bersama para mahasiswa.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Daniel

Saya berbesar hati mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, dalam ra...
28/08/2026

Saya berbesar hati mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, dalam rangka lawatan kerja saya ke Kemboja.

Saya merakamkan penghargaan atas kesudian beliau menerima delegasi Parlimen Malaysia serta layanan mesra dan penuh hospitaliti yang diberikan sepanjang
keberadaan kami di Phnom Penh.

Dalam pertemuan tersebut, kami bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Kemboja, termasuk melalui kerjasama antara Parlimen, hubungan ekonomi, pembangunan modal insan serta pemerkasaan golongan belia. Saya turut menghargai peranan Kerajaan Kemboja dalam memudah cara operasi dan pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di negara ini, sekali gus menyediakan persekitaran yang kondusif kepada komuniti perniagaan Malaysia.

Perkembangan di sempadan Kemboja-Thailand turut menjadi antara perkara yang diberikan perhatian. Malaysia memahami kebimbangan yang dibangkitkan Kemboja berhubung situasi semasa, termasuk kesannya terhadap penduduk di kawasan terjejas.

Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa dialog dan diplomasi perlu sentiasa diberikan ruang dalam menangani sebarang perbezaan antara negara anggota ASEAN. ASEAN telah sekian lama menjadi wadah penting bagi negara-negara di rantau ini untuk membina kepercayaan, mencari titik persefahaman dan mengurus perbezaan secara konstruktif.

Malaysia akan terus menyokong usaha yang dapat membawa semua pihak kembali ke meja rundingan dan, apabila bersesuaian, bersedia memainkan peranan yang membina dalam membantu meredakan ketegangan.

Keutamaan kita adalah memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara serta sebarang isu dua hala tidak menjejaskan semangat kebersamaan dan kesatuan ASEAN.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Arjunna Putra

Sumber

Hari ini, saya telah menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Umum Persidangan Speaker-Speaker Antara Parlimen Kedua (IS...
28/08/2026

Hari ini, saya telah menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Umum Persidangan Speaker-Speaker Antara Parlimen Kedua (ISC-2) di Phnom Penh, Kemboja.

Dalam ucapan tersebut, saya menegaskan bahawa Parlimen tidak seharusnya sekadar menjadi pemerhati terhadap cabaran yang berlaku di peringkat serantau dan global. Sebagai institusi yang mewakili suara rakyat, kita mempunyai tanggungjawab untuk terus membuka ruang dialog, membina persefahaman dan memastikan setiap keputusan yang dibuat akhirnya membawa manfaat kepada rakyat.

Saya turut menekankan pentingnya diplomasi antara Parlimen sebagai penghubung yang dapat mendekatkan negara-negara, khususnya ketika dunia berhadapan dengan perbezaan dan ketidaktentuan yang semakin kompleks.

Melalui platform seperti ISC-2, AIPA, IPU dan PUIC, hubungan antara Parlimen perlu terus diperkukuh agar kita bukan sahaja dapat bertukar pandangan, tetapi bersama-sama mencari penyelesaian yang praktikal dan membina terhadap cabaran yang dihadapi masyarakat.

Keamanan sejagat perlu diterjemahkan melalui tindakan, kerjasama dan komitmen berterusan oleh institusi Parlimen dalam menjunjung nilai kemanusiaan dan membina masa depan yang lebih aman serta sejahtera.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
28 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Arjunna Putra

Sumber

Liputan bergambar lawatan dan tinjauan Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi ke k...
27/08/2026

Liputan bergambar lawatan dan tinjauan Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi ke kawasan perairan sekitar Tawau bagi meninjau pelaksanaan operasi pasukan keselamatan dan pertahanan di kawasan sempadan.

Tinjauan meliputi laluan dari Sungai Melayu menuju Pelabuhan Sungai Nyamuk yang melibatkan isu persempadanan Malaysiaโ€“Indonesia, sebelum diteruskan ke kawasan perkampungan atas air di Batu 3 dan Batu 4 bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai cabaran keselamatan, penguatkuasaan serta pengurusan sempadan.

Usai tinjauan perairan, lawatan diteruskan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta Pelabuhan Tawau bagi meninjau operasi dan penyelarasan agensi berkaitan di pintu masuk negara.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
27 Ogos 2026

๐Ÿ“ธ Foto oleh: Ahmad Afifi

Address

Jalan Parlimen
Kuala Lumpur
50680

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60320721955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parlimen Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parlimen Malaysia:

Shortcuts

Share