24/07/2026
𝐔𝐏𝐍𝐌 𝐂𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫
14 Julai 2026 (Selasa) | Pusat Islam UPNM telah mengadakan satu Sesi Temuduga Pemilihan Penerima Tajaan Biasiswa Penuh oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) melalui Program BPMB Award of Group’s Undergraduate Scholarship (BAGUS UMAH) yang telah diadakan pada 2026 pada 14 Julai 2026 lalu dengan memilih seramai 10 penerima yang layak bagi tajaan biasiswa tersebut dalam kalangan pelajar UPNM kategori asnaf zakat dengan melibatkan seramai 15 orang pelajar yang hadir ke sesi temuduga tersebut.
Program ini merupakan jalinan kerjasama di antara Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dengan Pusat Islam UPNM termasuklah jalinan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Pejabat Bendahari UPNM dalam sama-sama usaha mengenal pasti pelajar yang benar-benar layak untuk dipertimbangkan menerima tajaan biasiswa ini.
Sesi temuduga diketuai oleh YBrs. Dr. Redwan bin Yasin, Pengarah Pusat Islam UPNM selaku pengerusi, Tuan Haji Ruslan bin Yohman merupakan Ketua Pengurusan Zakat, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Encik Sharizan bin Samad selaku Pengarah Pusat Kaunseling dan Kebajikan, HEPA serta Encik Mohd Hisham bin Mohd Ayat, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Bendahari.
Pusat Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BPMB, panel penemuduga, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan sesi temuduga ini.
Semoga pelajar asnaf yang terpilih menerima tajaan biasiswa ini dapat memanfaatkan bantuan yang diberikan dengan sebaik-baiknya bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan berdaya saing serta mampu mencipta masa depan yang lebih gemilang.
&KebajikanPelajar