27/09/2026
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗖𝗥𝗔𝗙𝗧 𝗙𝗔𝗜𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2026- Majlis Perasmian Malaysia International Craft Fair
(MICF) 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man,
Timbalan Menteri MOTAC bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha
MOTAC. Hadir sama, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia dan Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Pada majlis ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri MOTAC menyampaikan Anugerah
Tokoh Kraf Negara 2026 kepada Encik Ibrahim Bin Deraman, Adiguru Kraf Batik Terap/ Blok.
Turut disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri MOTAC ialah Anugerah
Usahawan Kraf 2026 dan Anugerah Usahawan Kraf Muda 2026. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan daripada Kraftangan Malaysia kepada usahawan krafyang menunjukkan pencapaian cemerlang dan penglibatan secara aktif di dalam pembangunan industri kraf negara.
Yang Berhormat Timbalan Menteri MOTAC berkesempatan menyantuni usahawan
kraf yang terlibat dengan aktiviti Jualan Kraf dan melawat ruangan pameran
antarabangsa.
Penganjuran MICF 2026 melibatkan seramai 400 usahawan kraf yang merangkumi 300 usahawan kraf tempatan dari seluruh Malaysia serta 100 usahawan kraf antarabangsa daripada negara seperti China, Jepun, Taiwan, India, Colombia, Turkiye, Iran, Mesir, Indonesia, Thailand, Myanmar, Pakistan, Nepal, Sri Lanka dan Bangladesh.