Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR

Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR 'Humanity Beyond Boundaries'

12/08/2026

Mengembalikan fungsi masjid bererti mengembalikan salah satu nadi penting kehidupan masyarakat.

Di bawah Inisiatif MADANI Membantu, program pemulihan masjid di Gaza terus dilaksanakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia bersama JAKIM, MAHAR dan Ops Ihsan.

Melibatkan kawasan Al-Musaddar, Deir Al-Balah, Al-Bureij, Al-Maghazi dan Khan Younis, kerja pemulihan merangkumi pembersihan, pembaikan bekalan air dan elektrik serta penyediaan kemudahan asas.

Semoga masjid-masjid ini kembali berfungsi sebagai tempat ibadah, pendidikan dan penyatuan komuniti.

Selamat Hari Belia Antarabangsa!Belia hari ini, pemimpin masa depan. Teruskan melangkah, berinovasi dan memberi impak po...
12/08/2026

Selamat Hari Belia Antarabangsa!
Belia hari ini, pemimpin masa depan. Teruskan melangkah, berinovasi dan memberi impak positif kepada dunia.

Setinggi-tinggi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.Semoga ...
10/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia

Happy National Day, Singapore!May Singapore continue to grow in strength, unity, and prosperity.
09/08/2026

Happy National Day, Singapore!
May Singapore continue to grow in strength, unity, and prosperity.

04/08/2026

Di sebalik runtuhan yang masih membelenggu Gaza, azan tetap berkumandang dan masyarakat terus mencari ruang untuk beribadah. Namun, bagi ramai penduduk, masjid yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan komuniti kini memerlukan pemulihan agar dapat kembali berfungsi seperti sediakala.

Atas kesedaran itu, Inisiatif Pemulihan Masjid bagi Mengembalikan Fungsi Ibadah di Bandar Gaza terus dilaksanakan melalui kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia, JAKIM, MADANI Membantu, MAHAR dan Ops Ihsan. Usaha ini memberi tumpuan kepada beberapa masjid di Al-Musaddar, Deir Al-Balah, Al-Bureij, Al-Maghazi dan Khan Younis bagi memenuhi keperluan komuniti secara bersasar.

Pemulihan meliputi kerja pembersihan, pembaikan sistem bekalan air dan elektrik serta penyediaan kemudahan asas supaya masjid dapat kembali menjadi tempat ibadah, pusat pendidikan dan ruang penyatuan masyarakat.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda ...
01/08/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan buat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta terus memayungi Negeri Pahang Darul Makmur.

Selamat Hari Pahlawan.Semoga jasa, pengorbanan dan keberanian para pahlawan negara sentiasa dikenang. Terima kasih atas ...
01/08/2026

Selamat Hari Pahlawan.

Semoga jasa, pengorbanan dan keberanian para pahlawan negara sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala pengorbanan demi keamanan dan kedaulatan Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua rakan media atas komitmen dan profesionalisme dalam membuat liputan b...
30/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua rakan media atas komitmen dan profesionalisme dalam membuat liputan berhubung perkembangan terkini melibatkan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR).

Utusan Malaysia
Harian Metro
Malaysiakini
Suara Keadilan 🇲🇾

SELASA, 28 Julai 2026 - Sejak kedatangan warga Palestin ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan, MAHAR telah dia...
28/07/2026

SELASA, 28 Julai 2026 - Sejak kedatangan warga Palestin ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan, MAHAR telah diamanahkan untuk membantu menjaga kebajikan mereka bersama JAKIM, MAIWP dan Kementerian Pertahanan sepanjang tempoh mereka berada di sini.

Rawatan yang bermula di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kini diteruskan di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan bagi penelitian dan rawatan lanjut.

Setiap keputusan berkaitan penempatan, rawatan, penghantaran pulang dan keperluan harian mereka dibuat secara bersama oleh agensi-agensi yang terlibat, dengan mengambil kira tempoh singkat kehadiran mereka di Malaysia.

MAHAR sedar bahawa menunggu adalah sesuatu yang sukar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang dari jauh, dalam keadaan yang tidak menentu, menantikan jawapan tentang masa depan mereka.

Kami juga memahami kebimbangan ini, dan itulah sebabnya sesi taklimat bersama agensi-agensi berkaitan terus diadakan bagi memastikan setiap soalan dan kebajikan mereka diberi perhatian sewajarnya.

Berhubung ini, pada 28 Julai 2026, satu sesi taklimat khas telah diadakan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan iaitu JAKIM, MAIWP dan Kementerian Pertahanan bersama warga Palestin di Asrama Starpac, bagi menerangkan dengan lebih terperinci kedudukan terkini serta hala tuju seterusnya berhubung penempatan dan rawatan mereka.

Berhubung elaun, sebahagian telah pun diserahkan pada Jumaat lepas sebaik sahaja dana diterima daripada MAIWP, manakala baki elaun diserahkan pada hari ini setelah sesi taklimat selesai menjawab isu-isu berbangkit yang dibangkitkan oleh agensi-agensi berkaitan.

MAHAR menggalakkan warga Palestin yang terlibat untuk terus berhubung rapat dengan Mahar dan agensi-agensi ini bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkembangan seterusnya.

Bagi pihak MAHAR, amanah ini sentiasa ditunaikan dengan penuh telus, setiap perbelanjaan direkod, dilaporkan dan diaudit bersama MAIWP pada setiap pusingan dana, sejak Februari 2025 sehingga kini.

MAHAR terus komited dan teguh berdiri bersama warga Palestin ini, serta bekerjasama rapat dengan semua agensi demi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga sepanjang mereka berada di bumi Malaysia.

MAHAR STANDS WITH PALESTINIAN CONCERNS, URGES RESOLUTION THROUGH OFFICIAL CHANNELS
28/07/2026

MAHAR STANDS WITH PALESTINIAN CONCERNS, URGES RESOLUTION THROUGH OFFICIAL CHANNELS

Address

MAHAR Humanitarian Centre, 18, Jalan 45A/26, Sri Rampai
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60341316580

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR:

Shortcuts

Share

Category