Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Government Organization, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Menara MAIWP, No. 55, Lorong Haji Hussein 2, Kuala Lumpur.
(205)

MAHASISWA MAIWP DIPERSIAPKAN MELANGKAH  KE ALAM IPTTANJUNG KARANG, SELANGOR, 15 Ogos 2026– Seramai 72 orang mahasiswa pe...
15/08/2026

MAHASISWA MAIWP DIPERSIAPKAN MELANGKAH KE ALAM IPT

TANJUNG KARANG, SELANGOR, 15 Ogos 2026– Seramai 72 orang mahasiswa penerima Bantuan Persediaan IPT MAIWP menyertai Program Persediaan Mahasiswa MAIWP 2026 yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Kem Sawah Resort, Tanjung Karang, Selangor. Dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Asnaf (BPA), program ini bertujuan memberi persediaan awal kepada peserta dari aspek akademik, pengurusan diri, kerohanian, pembinaan karakter dan kepimpinan sebelum melangkah ke alam pengajian tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Is Mohd Nizam bin Haji Yahya berkata dalam ucapan perasmian, program ini bukan hanya sekadar persediaan memasuki IPT, malah menjadi platform membina jati diri dan keyakinan mahasiswa. “Bantuan MAIWP bukan sekadar sumbangan kewangan, tetapi merupakan satu amanah dan kepercayaan kepada saudara-saudari untuk membina masa depan yang lebih baik.”

Program yang berakhir hari ini turut memberi penekanan kepada kepentingan ilmu, disiplin, dan adab sebagai asas membentuk mahasiswa yang berkualiti serta mampu memberi manfaat kepada agama, keluarga dan masyarakat.

15/08/2026

16 TAN CILI, RM207,235 KEUNTUNGAN DAN KINI 5 EKAR

Apa yang bermula dengan 3 ekar menerusi Program Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Cili MAIWP, kini berkembang kepada 5 ekar bagi Musim Kedua. Musim pertama menyaksikan 10 usahawan asnaf berjaya menghasilkan 16 tan (16,000 kg) cili dengan keuntungan keseluruhan RM207,235.

Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila asnaf diberikan peluang, kemahiran dan bimbingan, mereka mampu membina sumber pendapatan sendiri. Dengan sokongan dana wakalah RM848,000 serta kerjasama strategik MAIWP, Agrobank dan PPZ MAIWP, peserta bukan sahaja dibimbing dalam pertanian, malah turut diperkasa dalam aspek operasi, pemasaran dan keusahawanan.

Daripada penerima bantuan kepada penjana pendapatan sendiri, itulah hijrah sebenar. Matlamatnya adalah melahirkan asnaf yang berdikari, berdaya saing dan suatu hari nanti mampu beralih daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Setakat 14 Ogos 2026, MAIWP telah mengagihkan RM717,371,058 dana zakat melalui 38 Skim Bantuan, selain pelbagai inisiatif pembangunan asnaf.

Kejayaan ini diraikan menerusi Majlis Perasmian Tuai Hasil Program Hijrah Asnaf Fertigasi Cili MAIWP Kerjasama Strategik Agrobank Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta para peserta dan rakan strategik yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Inilah zakat yang bukan sekadar membantu, tetapi membina masa depan

BUKAN SEKADAR ZIARAH, INILAH AMANAH UNTUK MENYENTUH KEHIDUPANDi sebalik pintu kediaman PPR Laksamana, tersimpan kisah pe...
14/08/2026

BUKAN SEKADAR ZIARAH, INILAH AMANAH UNTUK MENYENTUH KEHIDUPAN

Di sebalik pintu kediaman PPR Laksamana, tersimpan kisah perjuangan yang mungkin tidak terlihat oleh ramai.

Ada keluarga yang tabah menjaga anak istimewa dan berdepan penyakit kronik. Ada seorang balu yang meneruskan kehidupan membesarkan lima orang anak selepas kehilangan suami. Ada juga ibu tunggal yang gigih membesarkan tiga orang anak yang masih belajar. Ketiga-tiga keluarga ini

Hari ini, menerusi Program Ziarah Asnaf Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 3 Tahun 2026, MAIWP turun padang mendekati dan menyantuni tiga keluarga asnaf di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Ziarah diketuai oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En Mohammed bin Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ, pengurusan kanan MAIWP dan PPZ MAIWP.

Pendekatan turun padang membolehkan MAIWP melihat sendiri keadaan dan keperluan sebenar asnaf supaya bantuan yang disalurkan lebih tepat dan memberi impak. Bantuan merangkumi keperluan sara hidup, perubatan, sewa rumah, persekolahan, barangan keperluan asas serta peralatan kesihatan mengikut keperluan keluarga.

Bagi MAIWP, amanah zakat bukan sekadar tentang jumlah yang diagihkan. Ia tentang sejauh mana zakat mampu meringankan beban, menyentuh kehidupan dan memberi ruang kepada sebuah keluarga untuk kembali melangkah dengan lebih baik.

Sehingga 13 Ogos 2026, sebanyak RM717,371,058.00 dana zakat telah diagihkan MAIWP menerusi 38 Skim Bantuan, selain pelbagai program pembangunan asnaf dan manfaat melalui institusi pendidikan milik MAIWP.

Terima kasih kepada para pembayar zakat. Zakat anda, membawa sinar buat mereka.








16 TAN CILI, RM207,235 KEUNTUNGAN DAN KINI 5 EKAR Apa yang bermula dengan 3 ekar menerusi Program Hijrah Asnaf Tanaman F...
14/08/2026

16 TAN CILI, RM207,235 KEUNTUNGAN DAN KINI 5 EKAR

Apa yang bermula dengan 3 ekar menerusi Program Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Cili MAIWP, kini berkembang kepada 5 ekar bagi Musim Kedua. Musim pertama menyaksikan 6 usahawan asnaf berjaya menghasilkan 16 tan (16,000 kg) cili dengan keuntungan keseluruhan RM207,235.

Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila asnaf diberikan peluang, kemahiran dan bimbingan, mereka mampu membina sumber pendapatan sendiri. Dengan sokongan dana wakalah RM848,000 serta kerjasama strategik MAIWP, Agrobank (ACE) dan PPZ MAIWP, peserta bukan sahaja dibimbing dalam pertanian, malah turut diperkasa dalam aspek operasi, pemasaran dan keusahawanan.

Daripada penerima bantuan kepada penjana pendapatan sendiri, itulah hijrah sebenar. Matlamatnya adalah melahirkan asnaf yang berdikari, berdaya saing dan suatu hari nanti mampu beralih daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Setakat 14 Ogos 2026, MAIWP telah mengagihkan RM717,371,058 dana zakat melalui 38 Skim Bantuan, selain pelbagai inisiatif pembangunan asnaf.

Kejayaan ini diraikan menerusi Majlis Perasmian Tuai Hasil Program Hijrah Asnaf Fertigasi Cili MAIWP Kerjasama Strategik Agrobank Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta para peserta dan rakan strategik yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Inilah zakat yang bukan sekadar membantu, tetapi membina masa depan.

PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA SIRI 1: PELAJAR TINGKATAN 3 DARUL KIFAYAH PUPUK SEMANGAT JATI DIRI DAN KEPIMPINANSeramai 40 ...
14/08/2026

PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA SIRI 1: PELAJAR TINGKATAN 3 DARUL KIFAYAH PUPUK SEMANGAT JATI DIRI DAN KEPIMPINAN

Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 3 Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyertai Program Perkhemahan Perdana Siri 1 yang berlangsung dengan penuh jayanya di Tapak Perkhemahan Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada 19 Julai 2026

Program anjuran Pengurusan Kompleks Darul Kifayah itu bertujuan membina daya ketahanan fizikal dan mental pelajar, di samping mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan sahsiah terpuji dalam kalangan murid yang bakal menduduki peringkat menengah atas.

Pelbagai aktiviti ikhtiar hidup, latihan dalam kumpulan (LDK), kembara malam (night walk), dan ikatan simpulan telah dilaksanakan sepanjang program tersebut. Selain modul fizikal, program ini turut diserapkan dengan pengisian kerohanian seperti solat berjemaah, tazkirah berfokus, dan qiyamullail bagi memantapkan ketahanan spiritual para peserta.

Pengetua Kompleks Darul Kifayah dalam ucapan perasmian penutup menegaskan bahawa penganjuran Perkhemahan Perdana Siri 1 ini merupakan wadah penting untuk membentuk modal insan yang berketrampilan dan berakhlak mulia.

"Pelajar Tingkatan 3 berada di fasa transisi penting persekolahan. Menerusi aktiviti luar seperti ini, kita bukan sahaja menguji ketahanan fizikal mereka, malah menyemai sifat kepimpinan, disiplin, dan kebolehan menyelesaikan masalah secara bersama," katanya.

Ibu bapa dan warga kerja Darul Kifayah turut memberikan sokongan padu sepanjang program berlangsung. Para peserta menunjukkan komitmen tinggi dan semangat kesukanan yang erat menerusi pertandingan antara kumpulan yang diadakan pada sesi sebelah petang.

Program Perkhemahan Perdana ini dijangka diteruskan bagi Siri ke-2 pada masa akan datang bagi merangkumi peringkat tingkatan yang lain, sebagai sebahagian daripada takwim pembangunan sahsiah pelajar di bawah naungan MAIWP.






BAHAGIAKAN IBU BAPA, JEMPUT KEBERKATAN HIDUPIbu bapa ialah insan yang paling banyak berkorban dalam membesarkan, mendidi...
13/08/2026

BAHAGIAKAN IBU BAPA, JEMPUT KEBERKATAN HIDUP

Ibu bapa ialah insan yang paling banyak berkorban dalam membesarkan, mendidik dan membentuk kehidupan anak-anak. Setiap kasih sayang, penat lelah dan doa yang mereka curahkan wajar dibalas dengan penghormatan, kasih sayang serta bakti yang berterusan.

Menghormati dan menyantuni ibu bapa bukan sekadar tuntutan akhlak, malah merupakan amalan mulia yang mengundang keberkatan dalam kehidupan. Tutur kata yang lembut, layanan yang baik serta doa yang tulus buat mereka adalah antara tanda kasih seorang anak yang tidak pernah terputus.

Marilah kita bersama-sama memuliakan ibu bapa selagi mereka masih ada, menghargai setiap pengorbanan mereka dan terus berusaha menjadi anak yang membawa bahagia kepada hati mereka.

Kasihi ibu bapa, suburkan keberkatan hidup.






KUNJUNGAN HORMAT INCEIF UNIVERSITY KE MAIWP | MEMPERKASA SINERGI DALAM BIDANG KEWANGAN SOSIAL ISLAMMAIWP berbesar hati m...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT INCEIF UNIVERSITY KE MAIWP | MEMPERKASA SINERGI DALAM BIDANG KEWANGAN SOSIAL ISLAM

MAIWP berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Assoc. Prof. Dr. Magda Ismail Abdel Mohsin, Associate Professor di INCEIF University, ke Menara MAIWP.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer.

Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian yang bermakna apabila YBhg. Datuk Pengerusi turut menerangkan mengenai struktur organisasi, peranan serta gerak kerja MAIWP dalam melaksanakan amanah berkaitan pembangunan dan kesejahteraan umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada beberapa bidang strategik dalam kewangan sosial Islam, antaranya Wakaf Tunai dan Wakaf Korporat, Zakat serta Qard al-Hasan, selari dengan kepakaran YBhg. Assoc. Prof. Dr. Magda dalam bidang Islamic Social Finance.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta penerokaan potensi kerjasama dalam memperkukuh instrumen kewangan sosial Islam agar terus relevan, mampan dan memberi impak yang lebih luas kepada masyarakat.

MAIWP sentiasa terbuka dalam memperkukuh jaringan strategik bersama institusi akademik dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa agenda pembangunan ummah.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada sinergi dan kerjasama strategik antara MAIWP dan INCEIF University pada masa akan datang.

13/08/2026

Address

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Menara MAIWP, No. 55, Lorong Haji Hussein 2
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326399000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share