Kraftangan Malaysia

Kraftangan Malaysia Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
(1363)

04/09/2026
04/09/2026
🎢 SUARA HARMONI, PENTAS KREATIF: PERTANDINGAN KOIR MICF 2026! 🎢Ayuh serlahkan bakat vokal berkumpulan anda! Sempena Mala...
04/09/2026

🎢 SUARA HARMONI, PENTAS KREATIF: PERTANDINGAN KOIR MICF 2026! 🎢

Ayuh serlahkan bakat vokal berkumpulan anda! Sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026, kami mencari kumpulan koir yang mampu memukau penonton dengan kreativiti dan dendangan lagu berirama yang memikat jiwa.

Adakah kumpulan anda yang kami cari? πŸ‘‘
✨ Syarat Penyertaan:
* Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (18 tahun ke atas).
* Tiada had representasi! Dialu-alukan penyertaan daripada kelab, persatuan, komuniti, institusi, mahupun kumpulan bebas.

πŸ“Œ Info Pertandingan:
πŸ“† Tarikh: 24 September 2026
⏰ Masa: 10.00 Pagi
πŸ“ Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur

πŸ’° Hadiah Lumayan Menanti Anda:
πŸ₯‡ Johan: RM3,000 + Sijil
πŸ₯ˆ Naib Johan: RM2,000 + Sijil
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: RM1,000 + Sijil
πŸ… Saguhati (x5 Kumpulan): RM300 + Sijil

*Tarikh Tutup: 22 September 2026*

Syarat & borang penyertaan:
https://forms.gle/GzUyBt9xJmsTZtbt5

Bawa harmoni kumpulan anda ke pentas berprestij ini. Salurkan kreativiti, rebut peluang bergelar juara! πŸ†






03/09/2026
03/09/2026
02/09/2026
02/09/2026

⏳ Hanya 20 hari lagi! Bersedia untuk acara kraf terbesar di Malaysia!

✨ MALAYSIA INTERNATIONAL CRAFT FAIR (MICF) 2026 ✨

πŸ“… Edisi Antarabangsa: 24 – 28 September 2026
πŸ“… Edisi Domestik: 24 September – 5 Oktober 2026
πŸ•™ Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam
πŸ“ Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

πŸ‘‰ Maklumat lanjut layari www.micf.com.my
…………………………………………………………………………………………………………
⏳ Only 20 days to go! Get ready for Malaysia’s largest craft event!

✨ MALAYSIA INTERNATIONAL CRAFT FAIR (MICF) 2026 ✨

πŸ“… International Edition: 24 – 28 September 2026
πŸ“… Domestic Edition: 24 September – 5 October 2026
πŸ•™ Time: 10:00 AM – 10:00 PM Daily
πŸ“ Venue: Kuala Lumpur Craft Complex, Jalan Conlay

πŸ‘‰More info www.micf.com.my





KUNJUNGAN HORMAT KRAFTANGAN MALAYSIA KE MATRADESesi kunjungan hormat YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kra...
02/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT KRAFTANGAN MALAYSIA KE MATRADE

Sesi kunjungan hormat YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia kepada YBhg. Dato’ Indera Abu Bakar bin Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE di Menara MATRADE bagi membincangkan kerjasama strategik sempena penganjuran Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026. Turut hadir ialah Encik Azran bin Arip, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri serta Puan Farahin Nazmi binti Nor Azmi, Pengarah Seksyen Komersial dan Digital.

Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara Kraftangan Malaysia dan MATRADE, khususnya dalam memperluas pasaran kraf tempatan ke peringkat antarabangsa. MICF 2026 dijangka menjadi platform utama yang menghimpunkan penggiat industri kraf dari dalam dan luar negara, sekali gus membuka peluang baharu untuk mempromosikan produk kraf Malaysia di pasaran global.

Kunjungan hormat ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen bersama dalam menjayakan MICF 2026, tetapi juga menandakan langkah penting ke arah memperkukuh ekosistem industri kraf negara agar terus berdaya saing dan mampu memberi impak positif kepada ekonomi kreatif Malaysia.





Address

Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321627533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kraftangan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kraftangan Malaysia:

Shortcuts

Share