AWAN Nasional

AWAN Nasional Laman Rasmi Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN), Parti Amanah Negara

Amanah • Progresif • Peduli

14/05/2026
12/05/2026

Wanita AMANAH mengingatkan mana-mana pihak termasuk pemimpin politik dan agamawan supaya tidak menggunakan naratif sensasi berkaitan para sahabat Rasulullah SAW sehingga boleh mencetuskan salah faham terhadap Islam. Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah Al Jundi berkata pihaknya memandang serius penyeb...

Selamat Hari Jururawat 2026 🌷Di sebalik setiap wad yang sibuk,setiap malam yang panjang tanpa tidur,dan setiap air mata ...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat 2026 🌷

Di sebalik setiap wad yang sibuk,
setiap malam yang panjang tanpa tidur,
dan setiap air mata pesakit yang gugur…
ada insan bernama jururawat
yang memilih untuk terus kuat demi orang lain.

Mereka bukan sekadar petugas kesihatan.
Mereka adalah tangan yang menenangkan,
suara yang memberi harapan,
dan hati yang terus sabar walaupun penat tidak pernah hilang.

AWAN Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jururawat di Malaysia yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.

Terima kasih kerana terus berkhidmat dengan penuh ihsan, kasih sayang dan pengorbanan.
Ketika ramai berehat, kalian masih berdiri menjaga nyawa.
Ketika ramai mengalah, kalian terus bertahan demi manusia lain.

Semoga setiap langkah kalian dipermudahkan,
setiap lelah menjadi pahala,
dan setiap pengorbanan sentiasa dihargai rakyat serta negara.

✨ “Jururawat bukan sekadar profesion, tetapi jiwa kemanusiaan yang hidup untuk membantu insan lain.”

Selamat Hari Jururawat 2026
Daripada
AWAN Nasional 💐

Hari Bertemu YB Taman Templer
12/05/2026

Hari Bertemu YB Taman Templer

WANITA AMANAH : T20 BANDAR TIDAK SEMESTINYA ‘KAYA’Angkatan Wanita Amanah Negara (Wanita Amanah) menghargai komitmen Kera...
11/05/2026

WANITA AMANAH : T20 BANDAR TIDAK SEMESTINYA ‘KAYA’

Angkatan Wanita Amanah Negara (Wanita Amanah) menghargai komitmen Kerajaan dalam melaksanakan reformasi subsidi petrol bagi memperkukuh kedudukan fiskal negara. Namun begitu, cadangan penarikan subsidi RON95 terhadap kategori T20 wajar diteliti semula agar selari dengan realiti kos sara hidup rakyat hari ini.

Berdasarkan Household Income Survey 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ambang T20 nasional adalah RM12,680. Namun di Selangor (RM16,040) dan Kuala Lumpur (RM17,030), angka tersebut tidak semestinya menggambarkan kemewahan mutlak. Sebaliknya, ia mencerminkan tekanan kos sara hidup bandar yang jauh lebih tinggi, khususnya melibatkan perumahan, makanan, pendidikan, penjagaan anak dan logistik harian.

Realitinya, ramai dalam kategori ini merupakan golongan kelas menengah bandar yang berpendapatan lebih tinggi di atas kertas, tetapi berdepan komitmen kewangan yang besar serta tekanan inflasi yang berterusan.

Sehubungan itu, Wanita Amanah berpandangan bahawa penentuan kelayakan subsidi perlu lebih persis dan tidak lagi bersandarkan kategori pendapatan kasar semata-mata. Penilaian tersebut wajar mengambil kira faktor-faktor berikut :

* Pendapatan Boleh Guna (Disposable Income) : Baki pendapatan sebenar selepas ditolak komitmen asas kehidupan.

* Profil Tanggungan : Bilangan ahli keluarga yang memerlukan sokongan pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

* Lokaliti Geografik : Jurang kos sara hidup yang ketara antara bandar dan luar bandar.

* Kestabilan Ekonomi Individu : Perlindungan kepada golongan profesional dan pekerja yang terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan ketika ketidaktentuan ekonomi.

Dalam masa yang sama, reformasi subsidi ini mesti disertakan dengan jaringan keselamatan mobiliti yang kukuh agar akses rakyat ke tempat kerja dan institusi pendidikan terus terjamin.

Antara langkah yang perlu diperkukuh ialah:

* Pengangkutan Awam yang Efisien : Memperluas inisiatif Demand Responsive Transit (DRT) di kawasan bandar berkepadatan tinggi bagi menyediakan alternatif mobiliti yang lebih fleksibel dan mampu milik.

* Pembelaan Komuniti Luar Bandar : Memastikan rakyat di kawasan luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada petrol untuk aktiviti ekonomi dan logistik harian tidak terpinggir daripada manfaat subsidi bersasar.

Wanita Amanah turut mengambil maklum pandangan pakar ekonomi yang mencadangkan agar rasionalisasi subsidi dimulakan secara lebih bersasar kepada kelompok pendapatan tertinggi (T1). Pendekatan ini dilihat lebih adil bagi melindungi kelas menengah bandar yang kini berdepan tekanan kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Wanita Amanah menghargai langkah berani Kerajaan dalam memastikan hasil negara diurus secara lebih cekap dan berintegriti. Namun, reformasi subsidi tidak boleh dilaksanakan secara pukul rata. Dasar yang adil ialah dasar yang memahami jurang kos sara hidup, tekanan ekonomi bandar, dan realiti sebenar rakyat yang bekerja keras tetapi masih terbeban dengan peningkatan kos kehidupan.

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Wanita Parti Amanah Negara/ Ketua Wanita Pakatan Harapan

11 Mei 2026

Kini, Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Selangor 2026–2030 telah berjaya diluluskan.Satu khabar yang amat menggembir...
10/05/2026

Kini, Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Selangor 2026–2030 telah berjaya diluluskan.

Satu khabar yang amat menggembirakan, hasil perbincangan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang lalu. Saya amat menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

InsyaAllah, kita terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang benar-benar inklusif.

Hari ini kita meraikan insan yang paling besar pengorbanannya dalam hidup manusia iaitu seorang ibu.Wanita yang tidak pe...
10/05/2026

Hari ini kita meraikan insan yang paling besar pengorbanannya dalam hidup manusia iaitu seorang ibu.

Wanita yang tidak pernah berhenti memberi, walau sering terluka. Yang tetap kuat, walau dirinya penat dan lelah. Yang mendidik dengan kasih sayang, membina keluarga dengan sabar, dan membentuk masyarakat dengan cinta serta nilai kemanusiaan.

Ibu bukan sekadar penjaga rumah tangga.
Ibu ialah pendidik pertama. Penyambung kasih.
Benteng akhlak dan nadi kekuatan sesebuah bangsa.

AWAN Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ibu di Malaysia, suri rumah, wanita bekerjaya, ibu tunggal, nenek, penjaga, serta semua wanita yang memikul amanah kehidupan dengan penuh kasih dan ketabahan.

Dalam dunia yang semakin mencabar, perjuangan seorang ibu tidak boleh dipandang ringan.
Kesihatan mental, keselamatan wanita, tekanan ekonomi, keseimbangan kerja dan keluarga. Semua ini perlu menjadi perhatian bersama. Membela wanita dan ibu bukan sekadar slogan, tetapi tanggungjawab masyarakat dan negara.

Semoga setiap ibu terus diberikan kekuatan, kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang yang tidak pernah putus. Semoga anak-anak membesar dengan rasa hormat, ihsan dan penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu.

Selamat Hari Ibu.
Terima kasih kerana menjadi cahaya dalam kehidupan.

Ikhlas daripada,
AWAN Nasional
Angkatan Wanita AMANAH Negara

𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝟲𝟭 𝘁𝗶𝗸𝗮𝗺𝗮𝗻: 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮, 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮Adun Kota Lama, Dr Hafidzah M...
07/05/2026

𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝟲𝟭 𝘁𝗶𝗸𝗮𝗺𝗮𝗻: 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮, 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮

Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim membuat beberapa tuntutan dan cadangan untuk melindungi wanita termasuk sokongan kepada keluarga mangsa pada waktu ini.

https://harapandaily.com/2026/05/03/jangan-tunggu-mangsa-seterusnya-henti-segera-keganasan-terhadap-wanita/

𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝘀𝘂𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟰 𝗷𝗮𝗺

Cekap polis Kelantan jejak suspek dan tangkap.

https://harapandaily.com/2026/05/02/tragedi-61-tikaman-polis-kelantan-berjaya-tangkap-suspek-kurang-24-jam/

Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (H...
07/05/2026

Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasa wanita melalui penambahbaikan Undang-Undang Keluarga Islam ke arah Gender Outlook Forum (GOF) yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, di samping memperkukuh peranan agensi agama dalam menangani keganasan berasaskan Gender-Based Violence (GBV), termasuk isu femisid yang semakin membimbangkan.

Saya juga menyentuh keperluan memperkukuh sokongan kepada komuniti OKU, antaranya melalui Fiqh Autisme dalam pembangunan fatwa yang lebih responsif, serta cadangan penubuhan Jawatankuasa OKU Islam Kebangsaan sebagai platform yang lebih tersusun dan inklusif.

Saya amat menghargai inisiatif YB Menteri dalam melancarkan Fiqh Autisme, yang jelas mencerminkan komitmen beliau terhadap usaha memperkasa kefahaman serta pendekatan yang lebih inklusif kepada komuniti autisme.

Saya juga sangat terharu dan gembira apabila usaha yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor ini selari dengan perancangan di peringkat Kementerian dan YB Menteri turut menyambut baik cadangan untuk memperkukuh kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Insya-Allah, dengan usaha-usaha ini, diharap dapat membuka jalan kepada perubahan yang lebih besar. Mohon doa agar segala ikhtiar ini dipermudah dan memberi manfaat kepada seramai mungkin.



Kredit foto: Media YB Menteri

Address

Wisma Amanah Negara, No. 73-1, Jalan Seri Utara OFF Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AWAN Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AWAN Nasional:

Share