KP JHEV ATM

KP JHEV ATM LAMAN RASMI KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐”๐“๐„๐‘ ๐‘๐ˆ๐๐€, ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐“๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐Ÿ...
15/08/2026

๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐”๐“๐„๐‘ ๐‘๐ˆ๐๐€, ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐“๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š

๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus memperkukuh agenda kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih-KTP serta Majlis Penyampaian Komputer Riba dan Bantuan Zakat Yayasan Veteran ATM (YVATM) di beberapa lokasi sekitar negeri Perak.

Program yang dipimpin Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Marjuki itu turut menyaksikan penyampaian komputer riba dan bantuan zakat kepada Veteran ATM yang memerlukan dalam satu majlis di Dewan Nur Iman, Masjid An-Nur, Batu 8, Hulu Kinta.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara).

Selain majlis penyampaian bantuan, Datoโ€™ Semaon turut melaksanakan Program Ziarah Kasih-KTP dengan mengunjungi beberapa Veteran ATM di sekitar Tanjung Rambutan, Ipoh, Kampar dan Tapah bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti keperluan kebajikan mereka.

Antara Veteran ATM yang menerima kunjungan ialah Chan Yu Kuan, 80, Ayob Sahak, 72, Ishak Abdul Rahman, 71, dan Omar Osman, 63. Melalui program tersebut, pelbagai bentuk bantuan telah dikenal pasti untuk disalurkan kepada Veteran yang layak, termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan peralatan perubatan, bantuan baik pulih rumah serta bantuan sekali beri mengikut keperluan semasa penerima.

JHEV ATM melalui pendekatan turun padang itu membolehkan agensi berkenaan menilai sendiri keadaan Veteran ATM dan memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara lebih tepat dan berkesan.

Pelaksanaan program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dan YVATM dalam memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa terpelihara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Usaha memperkukuh kesejahteraan Veteran ATM turut dipacu menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang menggariskan empat strategi dan lapan inisiatif khusus bagi mempertingkatkan kebajikan golongan berkenaan.

Pendekatan menyeluruh berasaskan konsep Whole of Government dan Whole of Society dijangka terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif kebajikan serta meningkatkan taraf hidup Veteran ATM dan keluarga mereka.

๐Ÿ,๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ” ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐‰๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐Ž๐‡๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Seramai 1,126 veteran Angkatan Tentera Malaysi...
15/08/2026

๐Ÿ,๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ” ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐‰๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐Ž๐‡

๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Seramai 1,126 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis penganugerahan yang berlangsung dengan penuh istiadat dan penghormatan yang diadakan di sini hari ini sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

Pingat berkenaan disampaikan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datoโ€™ Baharuddin Wan Md Nor.
Penganugerahan PJM merupakan penghargaan rasmi kerajaan kepada veteran ATM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi demi memastikan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara terus terpelihara.

Inisiatif itu turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan veteran sentiasa diberikan perhatian sewajarnya.

JHEV ATM akan terus memperkukuh pelbagai program kebajikan dan inisiatif penghargaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup veteran serta waris mereka, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Usaha memperkasa kesejahteraan veteran ATM turut diberi penekanan menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang menggariskan empat strategi dan lapan inisiatif khusus bagi memastikan kebajikan golongan itu terus terpelihara.

Pendekatan menyeluruh berasaskan konsep Whole of Government dan Whole of Society akan terus diperkasakan bagi memperkukuh usaha meningkatkan kesejahteraan veteran ATM sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada negara.

Turut hadir Ketua Pengarah JHEV ATM Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Haji Marjuki; Timbalan Panglima Armada Barat Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi Haji Muhammad; Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM Sophian Isswandy Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM Leftenan Kolonel Azwadi Jamian (B); Timbalan Komander ESSCOM Brigedier Jeneral Fissol Abd Hadi; Ketua Jabatan Pergigian 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Terendak Brigedier Jeneral Dr Hazudin Hassan; Pemangku Komander Pangkalan Lumut Kepten Haji Shaiful Fadzli Ismail TLDM; serta Komandan Akademi Tentera Udara Kolonel Nurul Zaidee Kassim TUDM.

๐‰๐š๐ฌ๐š ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐š๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง. ๐๐ž๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž...
15/08/2026

๐‰๐š๐ฌ๐š ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐š๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง. ๐๐ž๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ & ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)

Setiap bantuan yang disalurkan mencerminkan penghargaan negara kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkorban demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air.

Sepanjang enam bulan pertama tahun 2026, JHEV ATM telah menyalurkan:

โ–ช๏ธ RM98.78 juta bagi Bantuan Kebajikan, bersamaan 52.9% daripada keseluruhan perbelanjaan tahun 2025.
โ–ช๏ธ RM51.85 juta bagi Kemudahan Perubatan, iaitu 34.3% daripada jumlah perbelanjaan tahun 2025.
โ–ช๏ธ RM7.90 juta bagi Inisiatif Perumahan, melepasi keseluruhan perbelanjaan tahun 2025 sebanyak RM684,730 atau peningkatan 9.5%.
โ–ช๏ธ RM4.77 juta bagi Bantuan Mengurus Jenazah, bersamaan 31.7% daripada keseluruhan perbelanjaan tahun 2025.

Ia mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dalam memastikan setiap Veteran ATM terus menerima perhatian, sokongan dan pembelaan yang sewajarnya sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka kepada negara.

JHEV ATM Melindungi Kebajikan, Memperkasa Masa Depan Veteran.

Satu Rakyat , Satu Ringgit . Demi Pahlawanku

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

https://www.facebook.com/share/p/1BWSLFsU4K/











๐˜๐•๐€๐“๐Œ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐๐€๐“๐” ๐Š๐”๐‘๐€๐”, ๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐’ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐‘๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“๐๐€๐“๐” ๐Š๐”๐‘๐€๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Yay...
12/08/2026

๐˜๐•๐€๐“๐Œ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐๐€๐“๐” ๐Š๐”๐‘๐€๐”, ๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐’ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐‘๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“

๐๐€๐“๐” ๐Š๐”๐‘๐€๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) hari ini merasmikan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Batu Kurau bagi menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis yang berkualiti, selamat dan berpatutan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta masyarakat setempat.

Majlis perasmian pusat dialisis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) merangkap Timbalan Pengerusi YVATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Marjuki.

Turut hadir YBhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Datoโ€™ Seri Haji Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Kapten (B) Datoโ€™ Haji Najmuddin Elias; Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Tuan Mohd. Nasrul Menhat; Ketua Pegawai Eksekutif YVATM, Leftenan Kolonel (B) Azwadi Jamian; Ahli-ahli Lembaga Pengarah DVET Holding Sdn Bhd, pegawai kerajaan negeri serta persatuan Veteran ATM Perak.

Pusat Dialisis YVATM Cawangan Batu Kurau merupakan sebahagian daripada rangkaian pusat dialisis yang dikendalikan oleh DVET Holding Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh YVATM. Dengan pembukaan pusat berkenaan, DVET Holding kini menguruskan sembilan pusat dialisis di seluruh negara, meliputi empat pusat di Selangor iaitu di Seri Kembangan, Batu Caves, Bukit Sentosa dan Batang Kali, manakala lima lagi beroperasi di Jempol, Negeri Sembilan; Mersing, Johor; Muadzam Shah, Pahang; serta Bidor dan Batu Kurau di Perak.

Menurut YVATM, pembukaan pusat dialisis itu merupakan langkah strategik dalam memperluaskan penyampaian perkhidmatan rawatan dialisis kepada Veteran ATM, ahli keluarga mereka serta masyarakat umum sejajar dengan usaha meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Pusat ini dilengkapi kemudahan moden, peralatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tenaga jururawat berpengalaman serta persekitaran rawatan yang selesa dan mesra pesakit. Perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja terbuka kepada Veteran ATM, malah turut memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

YVATM turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Majlis Perbandaran Taiping, pihak berkuasa tempatan serta rakan strategik yang telah menyokong pembangunan pusat tersebut.

Menurut yayasan itu, kerjasama pelbagai pihak menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan perkhidmatan kesihatan demi meningkatkan kesejahteraan Veteran ATM dan rakyat secara keseluruhannya.
YVATM berkata pihaknya akan terus komited memperkukuh peranannya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang berkualiti, cekap dan mudah diakses melalui pengembangan rangkaian pusat dialisis di seluruh negara.

Dalam masa sama, usaha memperkasakan kesejahteraan Veteran ATM terus diperkukuh menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang menggariskan empat strategi dan lapan inisiatif bagi memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian.
Pendekatan menyeluruh berteraskan konsep Whole of Government dan Whole of Society dijangka terus memperkukuh usaha meningkatkan taraf hidup Veteran ATM sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข. ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ...
12/08/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข. ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ & ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)

Persaraan bukan penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada penghargaan yang berterusan. Sebagai menghargai jasa Veteran Angkatan Tentera Malaysia, pelbagai faedah persaraan terus disediakan bagi membantu mereka menjalani kehidupan selepas berkhidmat.

Antara faedah yang disalurkan kepada Veteran ATM yang layak ialah:

โ–ช๏ธ Pencen Sedia Ada berjumlah RM2.38 bilion, memberi manfaat kepada 155,751 Veteran.
โ–ช๏ธ Ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) berjumlah RM549.01 juta sebagai penghargaan atas tempoh perkhidmatan.
โ–ช๏ธ Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan BKKA sebanyak RM13.24 juta, memberi manfaat kepada lebih 52,000 Veteran.
โ–ช๏ธ Faedah persaraan lain seperti Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM), Elaun Pelajaran dan Ex-Gratia turut disediakan mengikut kelayakan.

Faedah yang disalurkan bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, malah mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui JHEV ATM dalam menghargai jasa dan pengorbanan Veteran ATM.

JHEV ATM Melindungi Kebajikan, Memperkasa Masa Depan Veteran.

Satu Rakyat Satu Ringgit, Demi Pahlawanku

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

https://www.facebook.com/share/p/1BWSLFsU4K/











๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐ŒKementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesejahteraan veteran ...
12/08/2026

๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesejahteraan veteran ATM melalui lima fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan keupayaan sosioekonomi. Sehingga Jun 2026, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk peluasan bantuan sara hidup kepada 33,655 penerima, bantuan kesihatan kepada lebih 4,738 penerima serta pelaksanaan 34 projek bina baharu dan 323 projek baik pulih kediaman veteran ATM.

Dalam memperkasa sosioekonomi veteran, MINDEF melalui JHEV ATM turut mempergiat pelbagai inisiatif strategik seperti PUVET ATM Master Class, IPR-INTAN, MyHero Tani, Veteran MyWira dan PROWIRA-RTW. Menerusi Program Peduli Veteran MADANI (PVM), JHEV ATM terus mendekati komuniti veteran bagi memahami keperluan mereka secara lebih dekat, memastikan jasa dan pengorbanan warga veteran sentiasa dihargai serta kesejahteraan mereka terus diperkukuh secara holistik dan berterusan.

Info lanjut: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2592767

๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง.

Satu Rakyat Satu Ringgit, Demi Pahlawanku

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

https://www.facebook.com/share/p/1BWSLFsU4K/











๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐งPerbelanjaan Skim Bantuan Kebajikan dan Kemudahan Perubatan bagi Tahun 2025 &...
12/08/2026

๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง

Perbelanjaan Skim Bantuan Kebajikan dan Kemudahan Perubatan bagi Tahun 2025 & Tahun 2026 (Berakhir 30 Jun 2026).

Menghargai jasa Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terhenti apabila mereka menamatkan perkhidmatan.

Sebaliknya, penghargaan itu diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif kebajikan, kemudahan perubatan dan faedah persaraan yang disediakan bagi memastikan kesejahteraan Veteran ATM serta waris terus terpelihara.

Setiap peruntukan yang disalurkan membawa makna yang lebih besar daripada sekadar angka. Ia mencerminkan komitmen JHEV ATM dalam menyediakan sokongan yang menyeluruh, daripada membantu meringankan beban kewangan, memastikan akses kepada rawatan kesihatan, sehinggalah menyalurkan faedah persaraan sebagai penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada negara.

Melalui pelaksanaan pelbagai skim dan bantuan yang bersasar, JHEV ATM terus berusaha memastikan setiap Veteran ATM dan waris menerima manfaat yang sewajarnya. Komitmen ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup, malah menjadi bukti bahawa pengorbanan mereka sentiasa dihargai dan tidak pernah dilupakan.

JHEV ATM akan terus komited memperkukuh penyampaian bantuan dan faedah demi memastikan kebajikan Veteran ATM serta waris terus dipelihara, hari ini dan pada masa hadapan.

JHEV ATM Melindungi Kebajikan, Memperkasa Masa Depan Veteran.

๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐‘๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ญ, ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง๐ค๐ฎ.

https://www.facebook.com/share/p/1BWSLFsU4K/

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.









,MengukuhPertahanan
MADANI:Kesejahteraan Dinikmati

Sekalung tahniah diucapkan kepada Leftenan Jeneral Datoโ€™ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan...
01/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Leftenan Jeneral Datoโ€™ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan Bersama, atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang โ€“ Yang Amat Di Mulia, Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri.

Penganugerahan tersebut disempurnakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 1 Ogos 2026 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Semoga pengiktirafan ini terus memperkukuh kepimpinan beliau serta menjadi inspirasi dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan strategik negara.

Ikhlas daripada,
Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Kementerian Pertahanan Malaysia










Sekalung tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat, atas penga...
01/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat, atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang โ€“ Yang Amat Di Mulia, Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri.

Penganugerahan tersebut disempurnakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 1 Ogos 2026 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Semoga pengiktirafan ini terus memperkukuh kepimpinan beliau serta menjadi inspirasi dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan strategik negara.

Ikhlas daripada,
Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Kementerian Pertahanan Malaysia










๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ ๐†๐‘๐”๐ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐‡๐€๐’ | ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tema sambutan "๐Ÿ”๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ" melambangkan enam de...
01/08/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ ๐†๐‘๐”๐ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐‡๐€๐’ | ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tema sambutan "๐Ÿ”๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ" melambangkan enam dekad kecemerlangan Grup Gerak Khas dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan negara dengan keberanian, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi. Sejak penubuhannya, Grup Gerak Khas telah membuktikan keupayaan sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran demi keselamatan dan keamanan tanah air.

Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-61 Grup Gerak Khas, marilah kita bersama-sama menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga dan veteran Grup Gerak Khas atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Keberanian dan kesetiaan mereka bukan sahaja menjadi benteng pertahanan negara, malah menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang untuk terus menjunjung nilai patriotisme serta semangat cintakan tanah air.

Sambutan ini turut menjadi simbol penghormatan terhadap legasi kecemerlangan Grup Gerak Khas yang telah menempa pelbagai kejayaan sepanjang 61 tahun penubuhannya. Semoga pasukan ini terus kekal unggul, berwibawa dan bersedia menggalas setiap amanah demi memastikan Malaysia terus aman, berdaulat dan sejahtera.

"๐Ÿ”๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ."

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข.

https://www.facebook.com/share/p/1BWSLFsU4K/








Address

TINGKAT 20 JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, MENARA TH PERDANA
Kuala Lumpur
50250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KP JHEV ATM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share