23/08/2026
SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR | Jalur Gemilang, Lambang Maruah Negara π²πΎ
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Jalur Gemilang semakin megah menghiasi jalan, bangunan, premis dan kediaman di seluruh ibu kota.
Namun, semangat patriotisme bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang. Cara kita menggunakan dan memasangnya juga mencerminkan rasa hormat terhadap simbol kedaulatan negara.
Pastikan Jalur Gemilang dikibarkan dengan cara yang betul, tidak dipasang terbalik, tidak diubah suai sesuka hati serta tidak digunakan sebagai alas, pelapik atau pada objek yang boleh menjejaskan martabatnya.
Jika ingin menggunakan elemen Jalur Gemilang pada pakaian atau perhiasan, gunakan warna-warna asasnya dengan tertib dan sesuai, tanpa mengubah rupa fizikal bendera.
π²πΎ Kibarkan dengan bangga, gunakan dengan betul, hormati dengan penuh rasa cinta.
Kerana Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai bendera. Di sebalik setiap warna dan jalurnya tersemat identiti, maruah, perpaduan dan semangat sebuah negara.
Selamat pagi, Kuala Lumpur.
Semarakkan patriotisme, muliakan Jalur Gemilang! π²πΎ
YB Hannah Yeoh
Kredit: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur