Kementerian Kerja Raya Malaysia

Kementerian Kerja Raya Malaysia Laman Facebook rasmi Kementerian Kerja Raya Malaysia 🇲🇾 Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini.
(1)

Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik permulaan Jabatan Kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing. Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada ta

hun yang sama, beberapa Kementerian telah diwujudkan termasuklah Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian ini. Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosioekonomi negara dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan nama itu kekal sehinggalah sekarang.

31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026

Hayati erti kemerdekaan dengan semangat perpaduan, kecintaan kepada negara dan tekad untuk terus membangunkan Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati🇲🇾

Ikhlas daripada

YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya

HARI KEBANGSAAN 2026 DISAMBUT MERIAH,PENUH SEMANGAT PATRIOTIKPUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Lebih 100,000 pengunjung hadir me...
31/08/2026

HARI KEBANGSAAN 2026 DISAMBUT MERIAH,PENUH SEMANGAT PATRIOTIK

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, sekali gus menzahirkan semangat patriotik dan cinta akan negara.

Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026,“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini menekankan komitmen berterusan kerajaan dalam membina sebuah negara maju, harmoni dan sejahtera, tanpa mengira latar belakang.

Acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini melibatkan 76 kontinjen, 22 kump**an pancaragam dan 11 kereta berhias (float), dengan penglibatan 10,819 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform,syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta wakil masyarakat sivil. Buat julung kalinya, sambutan turut disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen kluster Kelestarian Ekonomi Jingga.

Sambutan turut diserikan dengan persembahan pergendangan “Gema InovasiMADANI”, iaitu gabungan Rebana Inovasi dan Kompang Inovasi, di samping pelbagai alat muzik tradisional lain yang mewakili komuniti dan wilayah di Malaysia.Persembahan ini melibatkan 150 peserta pergendangan dan 1,500 peserta grafik manusia mencerminkan kepelbagaian warisan seni dan budaya negara.

Sambutan dimeriahkan dengan persembahan skuadron pesawat pejuang,pengangkut dan helikopter oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Persembahan penutupan “Rentak MADANI, Paluan Tradisi” p**a menghimpunkan 2,350 peserta gabungan Kump**an Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),PERMATA Seni Tari, pelajar Kementerian Pendidikan (KPM), agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta badan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya. Turut membuat persembahan, penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir yang menyanyikan lagu tema rasmi HKHM 2026, "Aku Berjanji".

Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahimdan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah,kehadiran YAB Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, barisan Menteri Kabinet serta Duta dan Konsul Asing di Malaysia menambahkan lagi seri sambutan.

©️ KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA | Foto oleh Faizall Sahbudin & Jabatan Penerangan Malaysia

31/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan menyatukan kita sebagai satu bangsa, satu hati dan satu keluarg...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan menyatukan kita sebagai satu bangsa, satu hati dan satu keluarga Malaysia, meskipun berbeza kaum, agama dan budaya.

Semangat cintakan negara terus kita semarakkan dengan memperkukuh keharmonian, memelihara perpaduan dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Dengan semangat ini, Kementerian Kerja Raya akan terus komited membangunkan infrastruktur yang menghubungkan rakyat, merapatkan jurang dan membuka peluang, demi sebuah negara yang lebih maju, sejahtera dan inklusif.

Bersama membina Malaysia tercinta. 🇲🇾

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kementerian Kerja Raya




🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorba...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara kemerdekaan, memperkukuh perpaduan dan memberikan yang terbaik kepada negara.

Dengan semangat Malaysia MADANI, Kementerian Kerja Raya terus komited memperkukuh tadbir urus, kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan demi memastikan pembangunan serta infrastruktur negara memberi manfaat kepada rakyat.

Bersama menggalas amanah, memperkasa perkhidmatan, membina Malaysia. 🇲🇾

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!

Ikhlas daripada
YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim
Ketua Setiausaha
Kementerian Kerja Raya




🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Malaysia milik kita.Tanah air yang kita cintai, tempat kita membina kehidup...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Malaysia milik kita.
Tanah air yang kita cintai, tempat kita membina kehidupan dan masa depan bersama.

Semangat kemerdekaan terus kita semarakkan dengan bekerja, berbakti dan membangunkan infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negara.

Ayuh kita terus melangkah bersama, dengan perpaduan, tanggungjawab dan kecintaan kepada negara.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi amanah untuk kita ter...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi amanah untuk kita teruskan.

Semangat patriotisme dizahirkan melalui usaha membina Malaysia yang lebih maju, dengan infrastruktur yang menghubungkan rakyat, membuka peluang dan memacu pembangunan negara.

Bersama kita terus membina, demi Malaysia yang sejahtera dan gemilang. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Menteri Kerja Raya




30/08/2026
30/08/2026

[[LIVE]] Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026

Ahad | 30 Ogos 2026

'Yang sahih di RTM'

29/08/2026

Address

Kementerian Kerja Raya
Kuala Lumpur
50580

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Kerja Raya Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Kerja Raya Malaysia:

Shortcuts

Share