Jabatan Landskap Negara

Jabatan Landskap Negara Jabatan Landskap Negara telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 Januari 1996.

Hubungi Kami : Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara,Tingkat 10, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Penubuhan Jabatan Landskap Negara adalah hasil daripada satu evolusi penyediaan perkhidmatan landskap di negara ini yang bermula dengan tertubuhnya Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981. Jemaah menteri yan

g bermesyuarat pada 24 Mei 1995 telah memutuskan "supaya diwujudkan sebuah Jabatan yang diketuai oleh seorang pegawai kanan, khusus bertanggungjawab ke atas usaha-usaha untuk melandskapkan seluruh negara. Kementerian Kewangan diminta memberi peruntukan yang mencukupi untuk tujuan ini."Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 November 1995 telah meluluskan penubuhan Jabatan Landskap Negara dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan kepada kelulusan peruntukan dan program Jabatan Landskap Negara oleh Unit Perancangan Ekonomi, antara lain Jabatan ini perlu memainkan peranan sebagai agensi kawal selia dan memberi khidmat nasihat yang perlu disokong oleh peraturan dan undang-undang bagi memastikan usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada.

🌳 HIERARKI JALAN DAN LANDSKAP | PANDUAN PENANAMAN POKOK DI KAWASAN RIZAB JALANPemilihan saiz pokok yang sesuai bukan sek...
06/09/2026

🌳 HIERARKI JALAN DAN LANDSKAP | PANDUAN PENANAMAN POKOK DI KAWASAN RIZAB JALAN

Pemilihan saiz pokok yang sesuai bukan sekadar soal estetik, malah penting bagi memastikan penanaman pokok selamat, teratur dan bersesuaian dengan hierarki serta lebar rizab jalan 🌿

Tahukah anda? Jalan boleh dikategorikan kepada Jenis A, Jenis B dan Jenis C, dengan setiap kategori mempunyai keperluan saiz pokok yang berbeza.

🌱 Jenis Jalan A - Lebar rizab 12–20m | Pokok matang kategori kecil
🌱 Jenis Jalan B - Lebar rizab 30–40m | Pokok matang kategori sederhana
🌱 Jenis Jalan C - Lebar rizab 50–60m | Pokok matang kategori besar

Pemilihan pokok yang tepat membantu mewujudkan landskap jalan yang lebih selamat, berfungsi dan menarik, di samping memastikan pertumbuhan pokok dapat disesuaikan dengan ruang serta persekitaran jalan. πŸŒ³πŸ™οΈ

Rancang dengan betul, tanam dengan sesuai, hijaukan persekitaran secara lestari. 🌿

KPKT





🌳 TAHUKAH ANDA APA ITU TAMAN AWAM?Taman awam bukan sekadar ruang hijau untuk mencantikkan persekitaran. Ia merupakan rua...
05/09/2026

🌳 TAHUKAH ANDA APA ITU TAMAN AWAM?

Taman awam bukan sekadar ruang hijau untuk mencantikkan persekitaran. Ia merupakan ruang rekreasi, riadah, interaksi sosial dan pembelajaran yang memberi manfaat kepada masyarakat serta alam sekitar. πŸ’š

Daripada tempat bersenam dan beriadah, ruang mengeratkan hubungan komuniti hinggalah kepada fungsi sebagai β€œgreen lung” dan β€œgreen sponge” bandar, taman awam memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih indah, bersih, selamat dan sejahtera. 🌿

Taman awam yang berkualiti, kehidupan yang lebih dinikmati! ✨

Jom hargai dan manfaatkan taman awam di kawasan anda. 🌱

KPKT





🌳 SEMINAR PENGURUSAN LANDSKAP 2026 🌳MITIGASI RISIKO POKOK BANDAR: MEMACU KELESTARIAN KAWASAN HIJAU BANDAR DAN KESELAMATA...
03/09/2026

🌳 SEMINAR PENGURUSAN LANDSKAP 2026 🌳
MITIGASI RISIKO POKOK BANDAR: MEMACU KELESTARIAN KAWASAN HIJAU BANDAR DAN KESELAMATAN AWAM

Pokok bandar merupakan aset penting dalam mewujudkan persekitaran yang hijau, teduh dan selesa. Namun, pengurusan pokok yang tidak sistematik boleh meningkatkan risiko kepada keselamatan awam, infrastruktur dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, Jabatan Landskap Negara (JLN) akan menganjurkan Seminar Pengurusan Landskap 2026 yang memberi fokus kepada aspek mitigasi risiko pokok bandar, pengurusan kawasan hijau yang lestari serta usaha memperkukuh keselamatan awam.

πŸ“… Tarikh: Rabu, 9 September 2026
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna, Aras 1, Blok 9, Kompleks Bangunan Kerajaan, Parcel F, Presint 1, 62000 Putrajaya
πŸ’» Penyertaan secara dalam talian:
Bagi yang tidak dapat hadir secara bersemuka, seminar ini turut boleh disertai secara Google Meet.
πŸ“± Imbas QR Code pada poster untuk mendapatkan pautan Google Meet dan menyertai seminar secara dalam talian.

🌱 Pokok yang selamat, bandar yang lestari.

Mari bersama-sama memperkukuh pengetahuan, amalan dan strategi pengurusan pokok bandar demi mewujudkan kawasan hijau yang selamat, lestari dan berkualiti untuk generasi akan datang.

Jabatan Landskap Negara β€” Memacu Kelestarian Landskap Negara.

KPKT





LAMAN JLN – β€œSERENITY IN A TROPICAL ROSE GARDEN” Jabatan Landskap Negara (JLN) sebagai rakan strategik penganjuran Malay...
02/09/2026

LAMAN JLN – β€œSERENITY IN A TROPICAL ROSE GARDEN”

Jabatan Landskap Negara (JLN) sebagai rakan strategik penganjuran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2026 menampilkan Laman JLN berkonsepkan β€œSerenity in a Tropical Rose Garden”, sebagai sebahagian daripada tarikan Magical Garden di MAEPS Serdang, Selangor.

Konsep ini mengangkat keindahan taman mawar tropika yang menyatukan ketenangan, keharmonian dan keindahan alam melalui gabungan bunga mawar beraneka warna dengan kehijauan landskap tropika. Susunan tanaman, laluan taman, ruang teduhan, elemen air dan pencahayaan yang harmoni melengkapkan suasana yang tenang, romantik dan menyegarkan.

Selaras dengan tema β€œMagical Garden”, Laman JLN menterjemahkan sisi magikal alam melalui permainan warna, tekstur, bentuk dan cahaya, memberikan pengalaman yang mempesonakan kepada setiap pengunjung.

Turut menyertai pembangunan Magical Garden ialah:
🌿 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
🌿 Yayasan Sime Darby
🌿 Trans Eco Farm Sdn. Bhd.
🌿 Gadek Nursery & Landscaping Sdn. Bhd.
🌿 House of Kendal

✨ Jom ke MAHA 2026!
Temui keindahan dan keajaiban di Laman JLN – β€œSerenity in a Tropical Rose Garden”.

πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor
πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026

KPKT
MAHA Official





🌿 RAHSIA LANDSKAP NAMPAK CANTIK SEPANJANG TAHUNReka bentuk yang tepat dan penyelenggaraan konsisten memastikan landskap ...
02/09/2026

🌿 RAHSIA LANDSKAP NAMPAK CANTIK SEPANJANG TAHUN

Reka bentuk yang tepat dan penyelenggaraan konsisten memastikan landskap kekal menarik.

Landskap yang cantik bukan sekadar bergantung pada pemilihan tanaman, tetapi bermula dengan perancangan yang sesuai mengikut keadaan tapak. 🌱

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian:
🌳 Pilih pokok yang sesuai dengan lokasi
🌿 Gunakan lapisan tanaman untuk membentuk ruang yang lebih seimbang
🎨 Gabungkan warna dan tekstur secara harmoni
βœ‚οΈ Amalkan penyelenggaraan yang konsisten bagi memastikan landskap sentiasa sihat, kemas dan menarik

Perancangan yang baik bersama penyelenggaraan berterusan membantu memastikan landskap kekal berkualiti, selamat dan menarik sepanjang tahun. 🌱✨

KPKT





PERHIMPUNAN JABATAN LANDSKAP NEGARA BIL. 1/2026Pada 27 Ogos 2026, telah berlangsung Perhimpunan Jabatan Landskap Negara ...
01/09/2026

PERHIMPUNAN JABATAN LANDSKAP NEGARA BIL. 1/2026

Pada 27 Ogos 2026, telah berlangsung Perhimpunan Jabatan Landskap Negara Bil. 1/2026 sebagai platform penyampaian amanat, perkongsian maklumat dan pengukuhan hala tuju organisasi.

Perhimpunan turut menyaksikan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBrs. Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, diikuti pengumuman kenaikan pangkat dan pemangkuan, penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan Surat Penghargaan Tahun 2025, serta penyampaian plak kepada pemenang Pertandingan Badminton Berkumpulan dan Pertandingan Bola Tampar Lelaki dan Wanita.

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang yang menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga pengiktirafan, integriti dan semangat kebersamaan yang diterapkan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga JLN dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan agenda pembangunan landskap negara

KPKT




PROGRAM RAKAN TAMAN 2026 DI TAMAN BANDAR PERMATA LUNAS FASA 2, LUNAS, KEDAH.Pada 23 Ogos 2026 (Ahad), Jabatan Landskap N...
01/09/2026

PROGRAM RAKAN TAMAN 2026 DI TAMAN BANDAR PERMATA LUNAS FASA 2, LUNAS, KEDAH.

Pada 23 Ogos 2026 (Ahad), Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Program Rakan Taman bertempat di Taman Bandar Permata Lunas Fasa 2, Lunas, Kedah. Program ini telah disempurnakan oleh Encik Abdullah bin Hamid, Ahli Majlis Zon 13, MPKK dan turut dihadiri oleh Encik Mahathir bin Muhamed, Pengarah, Bahagian Promosi dan Industri Landskap, JLN, dan Encik Mohamad Nasrul bin Jasamai, Pengerusi Rakan Taman Bandar Permata Lunas Fasa 2.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan program, antaranya gotong-royong menanam pokok dan mengecat dewan komuniti, menuai hasil kebun komuniti, pertandingan memasak dan memancing, serta penyerahan peralatan landskap kepada komuniti Rakan Taman.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada komuniti Taman Bandar Permata Lunas Fasa 2 atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

KPKT
Majlis Perbandaran Kulim





PROGRAM RAKAN TAMAN 2026 DI TAMAN DESA KOB INDAH, KULIM, KEDAH.Pada 23 Ogos 2026 (Ahad), Jabatan Landskap Negara (JLN) d...
01/09/2026

PROGRAM RAKAN TAMAN 2026 DI TAMAN DESA KOB INDAH, KULIM, KEDAH.

Pada 23 Ogos 2026 (Ahad), Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Program Rakan Taman bertempat di Taman Desa Kob Indah Kulim, Kedah. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK dan turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis, Pegawai JLN, Pengerusi Komuniti Rakan Taman Desa Kob Indah, barisan Ahli Jawatankuasa KRT serta penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan program, antaranya aktiviti senamrobik, mengecat fasiliti landskap, aktiviti menanam pokok limau, Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan Kanak-kanak Tabika Perpaduan serta penyerahan peralatan landskap kepada komuniti Rakan Taman.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada komuniti Taman Desa Kob Indah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

KPKT
Majlis Perbandaran Kulim





πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos merupakan tarikh penuh bermakna yang mengingatkan kita tentang per...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos merupakan tarikh penuh bermakna yang mengingatkan kita tentang perjuangan, pengorbanan dan semangat para pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara.

Marilah bersama-sama kita menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi demi Malaysia yang terus maju dan sejahtera.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Landskap Negara.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati πŸ‡²πŸ‡Ύ






NOTIS SEBUT HARGA JABATAN LANDSKAP NEGARA BERTARIKH 26 OGOS 2026No. Tender: JLN/SH/06/2026Cadangan Penyediaan Laluan Rin...
26/08/2026

NOTIS SEBUT HARGA JABATAN LANDSKAP NEGARA BERTARIKH 26 OGOS 2026

No. Tender: JLN/SH/06/2026
Cadangan Penyediaan Laluan Rintis, Pemasangan Susur Keselamatan Dan Pemuliharaan Koridor Laluan Air Di Zon Rekreasi Keluarga, Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur (Sebut Harga Semula)

Tempat dokumen dijual:
Jabatan Landskap Negara, Aras 7,Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya

Tarikh dokumen dijual:
3 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) Hingga 10 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)

Tarikh dan tempat taklimat sebut harga:
2 SEPTEMBER 2026 (rabu) | Jam 10.00 pagi di Bangunan Informasi, Zon Rekreasi Keluarga Di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari Laman Web Rasmi JLN pada pautan berikut:-

https://www.jln.gov.my/index.php/pages/view/858








Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+60380910500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Landskap Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Landskap Negara:

Shortcuts

Share