15/08/2026
๐๐๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ค-๐๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง (๐๐๐๐๐) ๐๐ฅ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง
Pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) telah menyertai Karnival Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) Plus, bertempat di Auditorium Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.
Program ini dirasmikan oleh ๐๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ง๐๐ข๐ค ๐๐๐ณ๐ฅ๐ข ๐๐ฎ๐ก๐๐ซ๐๐ข ๐๐ข๐ง ๐๐๐ซ๐๐ก๐ข๐ฆ, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan penyertaan tiga sesi ceramah oleh penceramah jemputan:
1. "Kesan Kurang Zat Makanan terhadap Kesihatan dan Perkembangan Masa Hadapan" โ ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐ณ๐ฐ๐๐ง๐ข ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ณ๐ข๐ซ, Pakar Perubatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Kepong
2. "Mengapa Gigi Anak Saya Cepat Rosak? Bahaya Tersembunyi Karies pada Tumbesaran Anak" โ ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง ๐๐๐๐ฉ๐๐ซ, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
3. "Peranan Integrasi Sensori dalam Meningkatkan Penerimaan Makanan Kanak-Kanak" โ ๐๐ข๐ค ๐๐ข๐ฏ๐๐๐ง ๐๐๐๐ญ๐ซ๐ข๐ฌ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ข๐ฌ๐๐ง๐ , Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Klinik Kesihatan Jinjang
Di reruai Bahagian Kesihatan Pergigian p**a, pelbagai aktiviti disediakan khusus buat kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir:
1. Saringan kesihatan pergigian dan rawatan asas pergigian kepada kanak-kanak, bersama ibu bapa
2. Pameran pergigian yang menekankan penjagaan gigi anak-anak dan cara memeriksa mulut anak di rumah
3. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
4. Permainan interaktif pergigian
Program turut diserikan dengan pemberian bakul PPKZM dan bahan advokasi kesihatan pergigian, persembahan lagu daripada KL Dental Busker, tayangan video montaj serta lawatan tetamu kehormat ke reruai pameran.
Seramai 300 orang pengunjung turut serta sepanjang program ini berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya dan semua agensi yang terlibat atas kerjasama menjayakan program ini. Semoga ilmu dan advokasi yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada kesihatan pemakanan dan pergigian kanak-kanak.
Terima kasih daripada kami warga Bahagian Kesihatan Pergigian, JKWPKL&P