Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123

Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123 "RESET"

25/03/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆

1. Ketika Kerajaan menaikkan harga diesel kepada RM4.72 seliter - tertinggi dalam sejarah Malaysia - pesawah padi menjadi kelompok yang paling terkesan ketika ini.

2. Waktu ini pesawah berada dalam fasa kritikal, ada yang dalam musim menuai dan ada juga yang bermula dalam persediaan musim baharu.

3. Dalam waktu yang sama negara berdepan musim kemarau. Banyak kawasan sawah menyaksikan padi menjadi hampa. Sudahlah hasil terjejas, pesawah terpaksa p**a mengeluarkan kos tambahan disebabkan kenaikan harga diesel hingga ada yang menanggung kerugian.

4. Lebih mendesak, jentera penuai dan pembajak hingga kini tidak termasuk dalam skop bantuan BUDI-Agri Madani, manakala subsidi RM160 sehektar bagi kerja membajak dan RM50 sehektar bagi tuaian, jelas tidak lagi mencerminkan realiti kos semasa.

5. Persoalan juga timbul berhubung Insentif Tunai RM600 kepada pesawah. Apakah benar pesawah tidak menerima bantuan ini sejak dua musim berturut-turut?

6. Pembangkang bimbang jika kerajaan tidak menangani isu ini dengan segera, krisis harga minyak akan menjadi krisis keselamatan bekalan makanan. Kita harap kerajaan akan mengambil langkah intervensi dengan segera.

7. Pelan Kontinjensi Nasional harus dibuat segera dengan mengambil kira keadaan konflik di rantau Teluk. Ianya harus jelas dan menyeluruh supaya semua pihak sama ada kerajaan mahu pun rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan di masa hadapan.

8. Jangan sesekali bersikap defensif terhadap teguran atau cadangan yang diberikan. Negara perlukan kepimpinan yang mendengar denyut nadi rakyat, yang memahami realiti sebenar di bawah sana dan sentiasa jujur dalam setiap tindakan.

𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐌𝐙𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐈𝐍
Ketua Pembangkang
25 Mac 2026, Kuala Lumpur

20/03/2026
25/02/2026

AA Trojan Horse rupanya?

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀𝟏𝟖 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐏𝐫𝐢𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐛𝐚𝐫.J...
23/02/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝟏𝟖 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐏𝐫𝐢𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐛𝐚𝐫.

Jawatankuasa BERSATU Bahagian Cheras dengan ini mengumumkan peletakan jawatan secara beramai-ramai barisan kepimpinan utama bahagian serta keputusan untuk keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut melibatkan struktur kepimpinan teras bahagian yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Armada Bahagian, Ketua Srikandi Bahagian serta Ahli Jawatankuasa yang dipilih dan dilantik, merangkumi 𝟭𝟴 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟯 keseluruhan anggota jawatankuasa.

Sehubungan dengan pengunduran majoriti kepimpinan ini, maka Jawatankuasa BERSATU Bahagian Cheras adalah terbubar secara automatik selaras dengan kedudukan struktur organisasi bahagian.

Keputusan ini dibuat secara kolektif setelah mengambil kira perkembangan semasa dalam parti, selain mempertimbangkan prinsip perjuangan, suara akar umbi serta hala tuju gerak kerja di peringkat bahagian.

Jawatankuasa BERSATU Bahagian Cheras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan dan perjuangan.

Sebarang perkembangan lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗲𝗿𝗮𝘀

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share