03/06/2026
Tulisan shafandi
Pagi ni aku duduk baca balik beberapa kes orang hilang ketika hiking di Malaysia dari tahun 2000 sampai 2026ā¦
Serius, meremang.
Bukan sebab cerita mistik semata-mata.
Tapi sebab realitinya⦠ramai yang hilang ni bukan orang biasa-biasa. Ada yang berpengalaman, fit, biasa masuk hutan, malah ada yang aktif trail run dan mendaki bertahun-tahun. Tapi akhirnya tetap āghaibā dalam hutan Malaysia.
Antara yang paling buat aku termenungā¦
š Jashiah Iskandar ā guru sekolah, hilang ketika hiking solo di Bukit Kutu tahun 2015. Sampai sekarang tak ditemui.
š Acap ā Mohammad Ashraf Hassan. Hilang masa Gopeng Ultra Trail 2019. Antara peserta depan, trek dah ditanda, SAR besar-besaran dibuat⦠tapi sampai hari ni masih belum ada jawapan.
š Nora Anne Quoirin ā ditemui meninggal dunia selepas 10 hari hilang berhampiran kawasan resort dan hutan. Sampai sekarang ramai masih tertanya-tanya macam mana dia boleh berada di lokasi tu.
š Jaslinda Saludin ā pendaki berpengalaman lebih 10 tahun. Hilang tahun 2026 ketika ekspedisi di Gunung Batu Putih. Yang buat ramai pelik⦠dia sempat tinggalkan nota di puncak gunung. Maksudnya dia memang sampai atas. Tapi lepas tu hilang tanpa jejak.
š Nur Izzati Humaira ā baru 19 tahun. Terpisah ketika turun bukit bersama keluarga. Ditemui meninggal dunia selepas beberapa hari operasi mencari.
Bila tengok balik semua kes ni, satu benda aku sedarā¦
Hutan ni tak kisah kau kuat ke tak.
Tak kisah kau pernah hiking 100 kali pun.
Kadang cukup dengan:
- cuaca berubah,
- kabus tebal,
- tersalah simpang beberapa minit,
- panik,
- atau bergerak sorang terlalu jauh.
Dan yang paling sedih⦠ada keluarga yang sampai hari ni masih tunggu kepastian.
Ramai s**a cakap āalah sesat je tuā.
Tapi bila baca detail operasi SAR sebenar ā bomba, polis, PGA, Orang Asli, K9, drone, helikopter ā kau akan faham betapa luas dan ganasnya hutan Malaysia ni.
Bukan nak takutkan orang hiking.
Tapi nak ingatkan⦠jangan terlalu yakin dengan alam.
Kadang alam diam je.
Tapi bila dia āambilā, dia ambil terus tanpa jawapan. š²