Perkep JSPT Bukit Aman

Perkep JSPT Bukit Aman Laman Rasmi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

18/08/2026

VIDEO PILIHAN: LENSA SEKITAR MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN PERKEP JSPT DI SALOMA KUALA LUMPUR

Disediakan oleh: Kpl Hafiszuan

MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN PERKEP JSPT: Farewell With Grace, Remembered With LovePart 2Jurufoto oleh: Kpl Azreen
17/08/2026

MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN PERKEP JSPT: Farewell With Grace, Remembered With Love

Part 2

Jurufoto oleh: Kpl Azreen

MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN PERKEP JSPT: Farewell With Grace, Remembered With LoveKuala Lumpur, 14 Ogos 2026 – PERKEP Jab...
17/08/2026

MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN PERKEP JSPT: Farewell With Grace, Remembered With Love

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 – PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menganjurkan Majlis Meraikan Pertukaran PERKEP JSPT bertemakan Farewell With Grace, Remembered With Love di Saloma Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli PERKEP yang bertukar.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato’ Hj. Che Umar, Pengerusi PERKEP JSPT, bersama barisan kepimpinan dan ahli-ahli PERKEP JSPT. Turut hadir ialah YBhg. Datin Dr. Uzaimah binti Ahmad Nizam, Naib Pengerusi I PERKEP JSPT; YBhg. Puan Noor Salasiyah binti Abu Bakar, Naib Pengerusi II PERKEP JSPT; serta YBhg. Puan Vanitha a/p Sri Suganandan.

Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk tayangan montaj, ucapan penghargaan, penyampaian cenderahati, persembahan pentas serta sesi bergambar sebagai simbolik kenangan dan penghormatan kepada warga PERKEP yang diraikan.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kekal erat walau di mana jua amanah diteruskan. Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama keluarga PERKEP JSPT.

Farewell with grace, remembered with love.

Jurufoto oleh: Kpl Azreen

Selamat Hari PERKEP kepada seluruh warga PERKEP di seluruh negara. Semoga PERKEP terus menjadi wadah yang menyatukan, me...
03/08/2026

Selamat Hari PERKEP kepada seluruh warga PERKEP di seluruh negara. Semoga PERKEP terus menjadi wadah yang menyatukan, memperkasa kebajikan serta mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PDRM. Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan demi kesejahteraan keluarga besar PDRM.

30/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2026

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, YDH CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah bin Ali dan isteri, Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato' Hj. Che Umar, selaku Pengerusi PERKEP JSPT serta seluruh warga JSPT mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan Tahun 2026 kepada semua pejuang negara.

Hari Pahlawan merupakan detik yang penuh bermakna untuk kita mengenang jasa, pengorbanan dan keberanian para perwira yang telah mempertahankan kedaulatan, keamanan serta kesejahteraan negara.

Sempena sambutan Hari Pahlawan ini, marilah kita bersama-sama menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wira negara, sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah gugur demi tanah air. Semoga semangat juang mereka akan terus mekar dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.

"Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan"

29/07/2026
PENGERUSI PERKEP JSPT ATUR GERAK KERJA, PERKASA UKHWAH AJK PERKEP9 Julai 2026 – YBhg. Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato...
09/07/2026

PENGERUSI PERKEP JSPT ATUR GERAK KERJA, PERKASA UKHWAH AJK PERKEP

9 Julai 2026 – YBhg. Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato’ Hj. Che Umar, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), telah mengadakan perjumpaan bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PERKEP JSPT bagi sesi 2026/2027 di Saloma, Kuala Lumpur.

Perjumpaan tersebut bertujuan memperkukuh ukhwah dalam kalangan barisan AJK PERKEP JSPT, di samping menyelaras gerak kerja serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti PERKEP yang telah dirancang sepanjang tahun, sama ada di peringkat PERKEP Malaysia mahupun PERKEP JSPT.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap pelaksanaan inisiatif yang lebih tersusun dan berimpak bagi memperkasakan peranan PERKEP, sekali gus memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat seluruh warga PERKEP JSPT.

Turut hadir ialah YBhg. Puan Dr. Uzaimah binti Ahmad, Naib Pengerusi I PERKEP JSPT Bukit Aman dan YBhg. Puan Noor Salasiyah binti Abu Bakar, Naib Pengerusi II PERKEP JSPT Bukit Aman.

16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H/2026M

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali dan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato’ Hj. Che Umar serta seluruh warga JSPT mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H/2026M kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Semoga kehadiran Maal Hijrah ini membawa sinar keimanan, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita. Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik, memperbaiki diri, memperkukuhkan hubungan sesama insan dan meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT.

“Hijrah Membawa Perubahan, Iman Menjadi Panduan.”

26/05/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.

Saya serta isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga PDRM khususnya warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Semangat inilah yang perlu terus diterapkan dalam setiap tugas dan perkhidmatan yang kita galas demi keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negara.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pegawai serta anggota yang tetap bertugas sepanjang musim perayaan demi memastikan kelancaran lalu lintas, keselamatan pengguna jalan raya dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Pengorbanan anda semua amat dihargai dan disanjung tinggi.

Saya menyeru kepada seluruh pengguna jalan raya agar sentiasa berhemah, mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan ketika pulang ke kampung halaman bersama keluarga tercinta.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep JSPT Bukit Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share