Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101). LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

🇲🇾 Semangat Merdeka, Semangat Bersama WiraLTAT berbesar hati mengangkat semangat patriotisme menerusi penyertaan kontinj...
01/09/2026

🇲🇾 Semangat Merdeka, Semangat Bersama Wira

LTAT berbesar hati mengangkat semangat patriotisme menerusi penyertaan kontinjen seramai 47 orang dalam Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya. Disertai warga LTAT, PERHEBAT, PERNAMA dan Yayasan LTAT, langkah seiring ini menjadi manifestasi komitmen bersama menjunjung tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Di sebalik setiap langkah, terserlah penghargaan buat seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terus gagah berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air. Pengorbanan hari ini, warisan untuk selamanya.

Demi Wira Kami! 🇲🇾



30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69, ! 🇲🇾

Sebagai penjaga amanah warga ATM, LTAT menghargai setiap usaha dan pencapaian yang mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia.

Bersempena Hari Kebangsaan ke-69, Merdeka Friendly bersama pasukan TDM dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dua hala. Terima kasih atas pengorbanan anda semua!

Merdeka bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk terus membina Malaysia yang lebih utuh, sejahtera dan makmur.D...
30/08/2026

Merdeka bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk terus membina Malaysia yang lebih utuh, sejahtera dan makmur.

Di LTAT, kami percaya setiap perjuangan wira sentiasa ada nilainya. Kami terus berdiri Bersama Wira, demi Malaysia yang lebih gemilang.

Selamat Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati



28/08/2026

Rome was not built in a day. Lagi awal merancang, lagi tenang masa depan! ✨

27/08/2026

Dengan LTAT, Rumah Pertama jadi realiti 🏠✨

Good news! Anda boleh buat Pengeluaran Harta Tak Alih melalui Portal atau Aplikasi MyWIRA 2.0. Lagi mudah, lagi cepat untuk langkah seterusnya.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di ltat.gov.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami.

LTAT turut serta memeriahkan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahana...
27/08/2026

LTAT turut serta memeriahkan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026, yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan ini mencerminkan aspirasi ke arah kesejahteraan dan kemakmuran yang dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Address

Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tingkat Bawah, Chulan Tower, No 3 Jalan Conlay
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:30
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60348158888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Tabung Angkatan Tentera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Tabung Angkatan Tentera:

Shortcuts

Share