Permodalan RISDA Berhad

Permodalan RISDA Berhad Permodalan RISDA Berhad (PRB) is a wholly owned subsidiary of RISDA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & DOA SELAMAT PRB 2026 ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ“–Alhamdulillah, Permodalan RISDA Berhad  telah mengadakan Majlis Khatam ...
27/08/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & DOA SELAMAT PRB 2026 ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ“–

Alhamdulillah, Permodalan RISDA Berhad telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 2026 dalam suasana penuh kesyukuran, ketenangan dan kebersamaan.
Majlis yg telah diadakan ini merupakan program tahunan yg telah dijalankan di PRB bagi kali ke 17 dan telah dipimpin oleh YBhg Ustaz Ahmad Subki bin Osman.

Majlis ini menjadi salah satu pengisian kerohanian buat warga PRB dalam menyemarakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran, di samping mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja.

Bersempena majlis tersebut, turut diadakan bacaan doa selamat khusus buat Ketua Pengarah RISDA sempena penganugerahan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Seluruh warga PRB merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas penganugerahan tersebut. Semoga Datuk KP sentiasa dikurniakan kesihatan, keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menerajui Kumpulan RISDA ke arah mencapi kecemerlangan yang berterusan.

Semoga keberkatan Majlis Khatam Al-Quran ini menjadi asbab kepada kesejahteraan, keharmonian dan kejayaan seluruh warga PRB serta organisasi.

Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

KUNJUNGAN HORMAT & UCAPAN TAHNIAHKetua Pegawai Eksekutif serta ketua-ketua jabatan PRB telah mengadakan kunjungan hormat...
26/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT & UCAPAN TAHNIAH

Ketua Pegawai Eksekutif serta ketua-ketua jabatan PRB telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah RISDA bagi menzahirkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Ketua Pengarah RISDA atas penganugerahan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Kunjungan ini turut menjadi ruang untuk berkongsi kegembiraan atas pengiktirafan yang diterima, sekali gus mencerminkan hubungan erat dan semangat kebersamaan antara PRB dan RISDA.

Seluruh warga PRB merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas penganugerahan tersebut. Semoga Datuk terus diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam menerajui RISDA ke mercu kejayaan yang lebih gemilang

Tahniah Ketua Pengarah RISDA
YBhg. Datuk Zainal Azni Bin Zulkifli

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi ka...
24/08/2026

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah al-Ahzab

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati akhlak, kepimpinan dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๏ทบ



Hari ini kita menyusun angka, tetapi yang kita bina sebenarnya ialah masa hadapan.Bengkel Penyediaan Bajet Tahun 2027 Pe...
22/08/2026

Hari ini kita menyusun angka, tetapi yang kita bina sebenarnya ialah masa hadapan.

Bengkel Penyediaan Bajet Tahun 2027 Permodalan RISDA Berhad bukan sekadar medan membentangkan angka dan peruntukan. Ia menjadi ruang untuk setiap jabatan menyatukan perancangan, memperhalusi keutamaan dan menyusun langkah ke arah sebuah organisasi yang lebih kukuh dan berdaya saing.

Setiap pembentangan telah diteliti, setiap cadangan diperhalusi, dan keseluruhan perancangan dirumuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan RISDA Berhad Tuan Haji Zailani Bin Ahmad, sebagai panduan kepada hala tuju PRB bagi tahun 2027.

Kerana bajet yang baik bukan sekadar tentang perancangan bagi mencapai 'bottom line' yang terus berkembang tetapi juga perancangan bagi pengukuhan teras perniagaan dan setiap pendapatan serta perbelanjaan yang dirancang mampu membawa organisasi melangkah lebih jauh.

Satu perancangan. Satu hala tuju. Satu tekad, melakar pencapaian yang lebih besar untuk Permodalan RISDA Berhad.

๐Ÿ“ KESUKEB PRB | Sukan, Ukhwah & Semangat Bersama! ๐Ÿ’™Sesekali kita tinggalkan seketika rutin kerja, turun ke gelanggang da...
18/08/2026

๐Ÿ“ KESUKEB PRB | Sukan, Ukhwah & Semangat Bersama! ๐Ÿ’™

Sesekali kita tinggalkan seketika rutin kerja, turun ke gelanggang dan sama-sama keluarkan peluh!

Perlawanan Pickleballll KESUKEB PRB dimulakan dengan perasmian oleh CEO PRB, yang turut meluangkan masa untuk bersukan bersama warga PRB. Terima kasih atas sokongan dan semangat yang diberikan! ๐Ÿ™Œ

Bukan sekadar berjuang untuk mencapai kemenangan dan kejayaan, aktiviti ini menjadi ruang untuk menjaga kesihatan, mengeratkan ukhwah dan membina hubungan yang lebih baik sesama warga PRB.

Bila badan sihat, minda pun lebih segar. Bila hubungan makin erat, kerja pun jadi lebih mudah dan menyeronokkan! ๐Ÿ’ชโœจ

๐Ÿ† Tahniah kepada kumpulan yang berjaya meraih kemenangan dan syabas kepada semua yang turut memeriahkan perlawanan!

Menang kita raikan dan terus tingkatkan prestasi, kalah kita belajar dan gandakan usaha untuk mencapai prestasi yg terbaik yang penting kita bersukan, kita bersama, kita akan lebih kuat sebagai satu pasukan!
Pasukan sama yang akan memancu PRB kearah kecemerlangan ๐Ÿ’™

Mesyuarat Interaktif Jabatan Teknologi Maklumat RISDA Holdings dan PRB TechSatu Mesyuarat Interaktif antara PRB Tech dan...
12/08/2026

Mesyuarat Interaktif Jabatan Teknologi Maklumat RISDA Holdings dan PRB Tech

Satu Mesyuarat Interaktif antara PRB Tech dan Jabatan Teknologi Maklumat RISDA Holdings telah diadakan sebagai platform bagi memperkukuh jalinan kerjasama, perkongsian pandangan serta penyelarasan strategik dalam aspek teknologi bagi keperluan semasa dan perancangan masa hadapan Kumpulan RISDA Holdings.

Turut bersama dalam sesi pada hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan RISDA Berhad (PRB), Tuan Haji Zailani Bin Ahmad, serta Pengurus Besar Jabatan Teknologi Maklumat Risda Holdings, Hj. Mohamad Rizal Bin Mustapa, yang bersama-sama berkongsi pandangan dan hala tuju dalam memperkasakan pembangunan serta pengurusan teknologi ICT dan pusat data bagi memenuhi keperluan Kumpulan RISDA Holding.

Sebagai syarikat ICT dibawah Kumpulan RISDA, PRB Tech komited menyediakan segala kelengkapan berkaitan ICT seperti sewaan dan pembekalan perkakasan ICT, penyediaan perkhidmatan sistem aplikasi dan juga perkhidmatan Pusat Data kepada Kumpulan RISDA. Pertemuan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar idea, mengenal pasti peluang perniagaan yang baru serta meneroka potensi kerjasama yang dapat menyokong agenda transformasi digital dan inovasi teknologi dalam Kumpulan RISDA Holdings.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Kumpulan RISDA Holdings kearah
meningkatkan kecekapan operasi, memperkasa penyampaian perkhidmatan serta memacu kecemerlangan sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi.


Program Auditan Pengurusan Sumber Manusia Permodalan RISDA BerhadPermodalan RISDA Berhad (PRB) megalu-alukan kehadiran p...
12/08/2026

Program Auditan Pengurusan Sumber Manusia Permodalan RISDA Berhad

Permodalan RISDA Berhad (PRB) megalu-alukan kehadiran pasukan audit daripada RH, yg diketuai oleh Hjh Nor Ismahani Salwa bt Mohd Ishak Pengurus Besar Jabatan Audit Dalam bagi pelaksanaan Program Auditan di PRB kali 1/2026. KPI audit dalam yg perlu dilaksanakan adalah sebanyak 2 kali setahun.

Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PRB dalam memperkukuh tadbir urus korporat, integriti serta kecekapan pengurusan, selaras dengan tatacara, dasar dan garis panduan yang ditetapkan.

Menerusi skop auditan yg dilaksanakan, penilaian secara menyeluruh dpt dilaksanakan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan, seterusnya memastikan amalan pengurusan yang lebih sistematik, telus dan berkesan.

PRB komited untuk terus membudayakan penambahbaikan yg berterusan dan amalan tadbir urus terbaik dalam usaha memperkukuh kecekapan organisasi bagi mencapai kecemerlangan perkhidmatan.


04/08/2026
03/08/2026

๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐‡๐š๐ซ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ƒ๐ข ๐€๐ซ๐ž๐ง๐š ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ค ๐“๐š๐ค๐ซ๐š๐ฐ ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง

ISNIN | 3 OGOS 2026 | KUALA LUMPUR

Kejayaan dua warga Permodalan RISDA Berhad (PRB) merangkul pingat emas dalam acara Regu Berpasukan pada TM ISTAF Sepak Takraw World Cup 2026 telah diraikan menerusi penyampaian Insentif Khas Kecemerlangan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan RISDA Bilangan 5 Tahun 2026 yang diadakan pada pagi ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada Saudara Mohamad Azlan Alias dan Saudara Muhammad Zarif Marican bin Ibrahim Marican yang merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia yang berjaya menjuarai acara Regu Berpasukan di TM ISTAF Sepak Takraw World Cup 2026, sekali gus menghadiahkan pingat emas buat negara dalam kejohanan berprestij itu. Kejayaan tersebut bukan sahaja mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa, malah membuktikan bahawa warga Kumpulan RISDA turut mampu menempa kecemerlangan di peringkat dunia.

Insentif khas telah disampaikan oleh Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA sebagai tanda penghargaan atas dedikasi, disiplin dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh kedua-dua atlet sepanjang membawa cabaran negara.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kecemerlangan mampu dicapai melalui keseimbangan antara komitmen terhadap kerjaya dan kesungguhan dalam bidang yang diceburi. Semangat juang, disiplin serta ketabahan yang dipamerkan oleh kedua-dua atlet ini mencerminkan nilai profesionalisme dan budaya kecemerlangan yang sentiasa diterapkan dalam keluarga besar RISDA.

Pengiktirafan ini juga mencerminkan komitmen RISDA dalam menghargai bakat dan pencapaian warganya yang berjaya mengharumkan nama organisasi dan negara. Diharapkan kejayaan Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Zarif Marican bin Ibrahim Marican akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga RISDA untuk terus mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang, sekali gus membawa nama organisasi dan Malaysia ke persada yang lebih tinggi.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran YB TUAN HAJI MANNDZRI BIN HAJI NASIBPengerusi RISDA
03/08/2026

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran
YB TUAN HAJI MANNDZRI BIN HAJI NASIB
Pengerusi RISDA

๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐š๐Ÿ๐š๐ซ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga RISDA mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib.๐ŸŽ‰

Semoga Allah SWT mengurniakan YB Pengerusi dengan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berkat serta kemudahan dalam setiap urusan dunia dan akhirat.๐Ÿคฒ

Didoakan jua semoga RISDA terus cemerlang dan maju jaya di bawah pimpinan YB Pengerusi.โค๏ธ

Address

Tingkat 14, Menara Korporat RISDA, Jalan Ampang Ulu 3, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permodalan RISDA Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share